Halaman

Mindset Menulis

Dalam penulisan konsisten sangat penting. Kalau kita menulis pun jarang-jarang, macamana tulisan nak bagus apalagi nak viral. 

Sebab itu sebelum menulis salah satu mindset paling penting adalah konsisten. Bila dah konsisten barulah jadi cekap menulis.





Nak jadi cekap ni ada fasa2nya

4 Tahap Fasa Kecekapan

  • Fasa 1 : ketidakcekapan tanpa sedar - Kita sendiri tak tau yang kita tak pandai menulis. Tapi ini biasa bagi semua orang. Dah baca ni kira dah lepas dah tahap ni :)
  • Fasa 2 : ketidakcekapan sedar - Masa ni kita tau dah kita x cukup ilmu. Masa nilah proses pembelajaran bermula.
  • Fasa 3 : kecekapan sedar - Bila dah berjaya amalkan & praktikkan formula apa yang anda belajar anda dah sampai tahap 3. Mudah je. Ikut je apa yg anda belajar x kira siapa pun guru penulisan anda.
  • Fasa 4 : Kecekapan Tanpa Sedar - Eh..eh..sedar anda dah terer menulis :)..Kenapa? sebab anda ilmu & amal. Ambil ilmu dan praktikkan. Belajar tanpa amal memang seperti pohon yang tak berbuah. Tak berkembang. Practice make perfect kata orang. 
Bila kita dah terbiasa menulis ia akan jadi satu norma baru atau rutin. Tak payah semak2 dah anda dah tau macam mana nak menulis sebab anda dah belajar sambil mengamalkan. Try & error.

Kalau kita tanya penulis penulis terhebat di Facebook tentang bagaimana penulisan mereka boleh viral dan dikongsi oleh ribuan orang setiap hari, akan ada antara mereka yang akan berkata bahawa mereka cuma tulis macam biasa sahaja. Kenapa? Sebab mereka dah tanam formula2 penulisan dalam kepala. Cuma petik dan tulis saja. Mereka pun tak sedar dah sampai tahap 4 ni :)

Bila dah cekap menulis nak buat copywriting ke storytelling ke semua boleh sebab dah ada formula. dalam Kopyselling ada disertakan formula2 untuk buat copywriting dan storytelling. Anda cuma perlu susun dan amalkan. Lama2 cekaplah menulis :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan