BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya - ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi - jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
- Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
- Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati.
KREDIT RESIPI & FOTO: ZAT HERNANI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan