Resepi Tauhu Berlauk Mudah & Tersedappp
Cara masak Step by step
Ni bahan2:
2 ketul isi Ayam
3 keping tauhu petak tu.
4 ketul tauhu telur yang berbungkus tu.
3 biji telur
Bawang holland
Carrot
Daun sup
1 kiub ayam
Sebuk lads hitam kalau nak buh
- Blend tauhu petak tu... isi ayam, tauhu telur dan telur.. blend sampai sebati dan semua hancur halus lawo okeh...
- Masukkan dalam bekas... Campurkan sekali ngan carrot, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus... Masukkan garam, ajino, serbuk lada hitam dan 1ketul kiub ayam.. kalo ada lada sulah, boleh hentam buh.. lagi sedap kot.. rumah ni xder lada sulah...korang kukus dulu.. Nanti telur tu jadi keras skit.. So boleh simpan dalam bekas... Nak makan baru goreng dengan celup telur.. Buat bekal anak2 sekolah pun OK sebab ada sayur
Sambal kicap
Bahan-bahan
5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Perasa - Ajinomoto, kalau suka
Kicap manis
Sedikit jus limau
Cara cara:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati. Masukkan gula.. Garam.. Tumbuk lagi.. Pastu keluar masukkan dalam mangkuk... Masukkan Kicap..perahkan limau.
#MirPerhatiJer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan