Meh akak tempek resipi..mudah dan cepat..rasa juicy gitu
yang ni resipi berbeza bahan - bahan pun lain..hehehe 😋
Bahan - bahan 👇
🍗 Ayam / daging (ikut citarasa)
🍗 SOs LADAHITAM KIMBALL (Dalam pack senang n jimat)
🍗 Serbuk Rosemary herbs
🍗 Serbuk tyhme herbs
🍗 Serbuk lada hitam
🍗 Garam
🍗 Gula ( kena lebih )
🍗 Campur air panas / air suam sikit je
- 🍴 First sekali kena la basuh ayam / daging tu bersih2..selawat semua..ehehhe
- 🍴 Pastu ambik sos ladahitam kimball tu buh dalam bekas(kalau pekat tambah air panas atau suam
- 🍴 Lepaih tu kacau bagi sebati masuk perasa iaitu garam,serbuk thyme herbs,rosemary,serbuk lada hitam,dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu na)
- 🍴 Pastuh kacau la sampai dah sebati semua baru masukan ayam / daging .. perap semalam kalau nak sedap
- 🍴 Then bakaq la dalam oven ka air fryer ka..kalau rajin tu p la bakaq kat luaq buat bara api tu ...ahahah 😂😂
- 🍴 Suhu guna air fryer 200°c 17 minit(af ikut buku manual Af masing2 ye
- 🍴 Dah masak tu lagutu la rupa dia..pastu ikut suka la nak makan gu ngan apa pun 😋
Kredit: cik merpati putih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan