Sistem affiliate? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem affiliate dan bagaimana ia boleh membantu anda?
Apa sebenarnya sistem affiliate...
Katakan anda ingin menjana pendapatan tambahan. Sama ada secara online ataupun mungkin secara offline.
Cara paling mudah untuk menjana pendapatan tambahan TANPA memiliki sebarang produk sendiri adalah dengan menjadi ejen jualan kepada produk orang lain.
Bagaimana anda jana keuntungan sebagai ejen jualan?
Sudah tentunya daripada "komisyen" yang diterima bagi setiap jualan yang berjaya anda hasilkan.
Di Internet, apabila kita ingin menjadi ejen jualan kepada sesuatu produk @ laman web, kebiasaannya kita akan melihat terlebih dahulu sama ada pemilik produk / laman web tersebut ada menawarkan "program affiliate" ataupun tidak.
Ambil masa dalam 5 minit dan cuba buat carian di Google.
Taipkan perkataan berikut:-
"Affiliate Program"
atau
"Program Affiliate"
Saya percaya anda akan ketemui BANYAK laman web yang menawarkan program affiliate yang boleh anda daftar / sertai secara PERCUMA.
Dan program affiliate ini pula diuruskan oleh "sistem affiliate".
Sistem affiliate inilah yang akan merekod segala transaksi jualan yang anda lakukan.
Setiap ejen jualan (affiliate) akan menerima link promosi untuk setiap produk yang ingin
dipasarkan.
Format link promosi adalah pelbagai seperti:-
dan sebagainya.
Inilah tugas sistem affiliate dimana secara umumnya ia menguruskan pelbagai "rekod" berkaitan:-
1. Profil ejen jualan
2. Aktiviti / log link promosi (affiliate).
3. Informasi produk
4. Komisyen ejen jualan
5. Bahan promosi produk
Sekiranya anda merasakan perkongsian serba ringkas ini amat berguna, kongsikan kepada rakan - rakan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan