Halaman

Tiada lagi email pembeli di eBay

 


Perasan tak yang sekarang ni tiada lagi email pembeli di eBay? Jika sebelum ini email pembeli eBay akan paparkan selama 14 hari tetapi kali ini tiada lagi email pembeli di eBay.

eBay mahu semua transkasi dilakukan di eBay sahaja. Hubungi pembeli hanya melalui mesej di eBay dan bukannya email yang pembeli daftar di eBay. 

Ianya memudahkan lagi untuk eBay untuk memantau segala aktiviti antara pembeli dan penjual. Satu lagi sebab ialah bertujuan untuk penjual tidak berurusan di luar eBay untuk pembelian yang seterusnya.

Jadi eBay masih lagi boleh menjana pendapatan hasil dari jualan di eBay. Nombor telefon pembeli masih ada. Kenapa nombor masih ada? Ianya bertujuan untuk pihak kurier hubungi pembeli apabila barang mereka sampai.




Email yang dipaparkan sekarang hanya menggunakan domain ebay.com bermakna setiap mesej yang dihantar akan masuk ke mesej pembeli di eBay sahaja. Bukannya seperti sebelum ini email menggunakan gmail, yahoo, icloud dan sebagainya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan