Bisnes air lebih mudah dijalankan kerana penyediaan air balang tidak rumit dan tidak memerlukan banyak masa. Bahan-bahan dalam resepi air pun tidak banyak. Inilah kelebihan menjalan bisnes ini. Begitu juga dadih dan mousse, ia mudah dihasilkan. Ia sangat sesuai dijalankan sepenuh masa atau sambil bekerja. Anda boleh mulakan menjual air balang pada hari minggu secara dulu. Selepas anda melihat potensinya, saya pasti anda akan buat secara full time. Manakal soya botol, dadih dan mousse anda boleh buat pada hari minggu dengan kuantiti yang banyak, dan supply kepada kantin dan gerai pada hari biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan