Halaman

PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU KESATRIA GRED S19

Tahniah !kerana terpilih untuk exam SPA.

Anda memang terbaik!

Bukan semua yg memohon jawatan ni melepasi syarat utk dipanggil exam.

Pertama yang perlu diketahui oleh para calon ialah format exam yg anda akan diuji pada 21 Mei 2021 nanti.

Anda akan di uji pengetahuan anda dalam 2 seksyen berikut:.

📕Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

📗Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris.


TIPS SEKSYEN A:

Daya Menyelesaikan Masalah

Ramai calon mengeluh tidak cukup masa bila menjawab seksyen ini.

Itulah penilaiannya!

Bukan saja kemampuan menjawab diukur, kepantasan juga diambilkira.

Dalam exam kali ini, anda diberikan masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk menjawab setiap soalan.

Jadi, tajamkan semula pengetahuan anda terutama mengingat kembali konsep-konsep matematik SPM.

Ini senarai topik lazim anda perlu ulangkaji semula:

• Pecahan dan Peratus

• Persamaan Linear

• Kecerunan, m

• Persamaan Kuadratik

• Pemfaktoran

• Luas dan Perimeter

• Isipadu Bongkah

• Min, Median, Mod

• Kebarangkalian


Untuk makluman calon, exam SPA ini adalah tentang penilaian. 

Oleh itu, soalan akan merangkumi penilaian-penilaian ini.

Terdapat 4 PECAHAN SOALAN dalam seksen A:

1. PENYELESAIAN MASALAH

Soalannya agak mengelirukan sikit. Carilah set-set soalan penyelesaian masalah untuk latihan pengukuhan

2. MENGINTERPRETASI DATA

Soalan agak mudah sedikit kerana anda hanya perlu kira, congak dan buat unjuran data. Jawapan adalah berdasarkan analisis anda!

3. SOALAN MATEMATIK

Anda perlu mengira dengan formula matematik SPM. Bahagian ini boleh melengahkan masa. Jadi, jawablah dengan pantas!

4. PEMERHATIAN & LOGIK

Lebih kurang sama seperti pecahan penilaian #1 tapi lebih kepada logik fikiran anda sendiri.

Ini contoh soalan:

Manakah antara 5 binatang berikut sangat berbeza dari 4 ekor yang lain?

A. Kerbau

B. Kancil

C. Kangaroo ✅

D. Lembu


Jawapannya Kangaroo. Anda cari persamaan kelima-lima haiwan dan anda dapati semua haiwan berasal dari Malaysia kecuali Kangaroo.

Lihat semua jawapan dan cari titik persamaan atau perbezaan!

Bila anda faham pecahan-pecahan ini baru senang nak ulangkaji.

Anda boleh susun soalan jenis apa yang perlukan perhatian lebih.


Lihat Contoh Soalan dan Penyelesaian berikut :

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah:

1) Aminah mencatat markah 288, 278, 256 dan 292 dalam emoat set kuiz. Berapakah markah yang harus dicapai dalam set kelima untuk mendapatkan purata markah 282?

A) 278

B) 282

C) 296

D) 298

Jawapan;
(288+278+256+292+ kelima) /5=282

1114+kelima =1410

Kelima = 1410-1114=296 (C)


2) {3, 5, 7, 9, 4, 5, 8, 6} adalah satu himpunan data. Apakah median data ini? 

A) 5.0 

B) 5.5

C) 5.9

D) 6.5

Jawapan :

Susun dulu data ikut urutan. {3,4,5,5,6,7,8,9 }. 

Purata nombor ke4 dan ke5 

=( 5 + 6 ) / 2 

= 5.5 (B)


3) Cari mod bagi taburan nombor ini:

|23|25|23|23|24|25|24|25|23


A. 23

B. 24 

C.24.5 

D.25




Jawapan :

Mod adalah nombor yang paling kerap ( banyak)

23 : 4 kali 24 : 2 kali 25 : 3 kali

Mod ialah 23 (A)


4) Rujuk kepada set data berikut : 6,8,10,6,2,x,y. Jika min ada lah 7. Cari nilai x+y.

A. 19

B.17

C.18

D.20




Jawapan :

Min = jumlah tambah nombor di bahagi dengan bilangan nombor

= ( 6 + 8 + 10+6 + 2 + x + y) ÷ 7 = 7
= 32 + x + y = 7 x 7 = 49

x + y = 49-32 = 17 ( B)



5) Diberi jumlah nilai abjad-abjad bagi CEMERLANG ialah 90 dan purata nilai setiap abjad konsonan ialah 12. Berapakah jumlah nilai bagi abjad E jika A bernilai 4?

A ) 7

B ) 14

C ) 16

D ) 18


Diberi : C + E+M+E+R+L+A+N+G = 90

Abjad konsonan 

= C,M,R,L,N,G 6 huruf semuanya 

Purata =12 

= Jumlah hasiltambah kosonan/6

Jumlah konsonan = 72

Baki menjadi 90 -72 =18 

= hasil tambah abjad vowel ( E,E,A)

2E + A = 18



Diberi A=4 , 2E =18-4 =14. 

Jadi E =7 




Soalan tanya jumlah nilai abjad E , jadi 
=2E = 2x7=14 (B)


APA SKOP KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS? 

OK saya akan jelaskan baca sampai9 habis. 

Apa bentuk soalan dalam bahasa Inggeris SPA? 

Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam beberapa pecahan seperti berikut :

A. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris

B. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris




ESEI

Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan atau text dalam Bahasa Inggeris termasuk diberikan pilihan jawapan. Biasanya, bilangan soalan yang akan ditanya antara 5 atau 10 soalan bagi menguji kefahaman anda.

GRAMMAR 

Dalam tatabahasa Bahasa Inggeris anda akan diuji dengan beberapa penggunaan iaitu ;

- Noun

- Pronoun

- Adjective

- Verb

- Adverb

- Conjunction

- Interjection

- Preposition


Peluang untuk di panggil exam nie bukan datang selalu. Ambil peluang nie dengan persediaan mencukupi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan