Perasan tak ramai wanita selepas berpisah dengan suami sama ada bercerai atau kematian suami, diri dia tak ada apa-apa?
Perkara ni yang ramai sangat tak ambil peduli selepas kahwin. Tak ambil tahu tentang Harta Sepencarian.
Jadi hari ni saya rasa nak kongsilah serba sedikit tentang Harta Sepencarian. Mungkin ada yang tertanya-tanya.
Jom kita baca soal jawab tentang Harta Sepencarian untuk lebih faham.
Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian.
Jawapan 1:
Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.
Soalan 2:
Apakah harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian?
Jawapan 2:
Harta yang boleh dituntut adalah harta alih dan harta tidak alih.
Harta Alih: Barang kemas, unit amanah, share syarikat, kereta, motor dan sebagainya.
Soalan 3:
Bagaimanakah Mahkamah Syariah menentukan bahagian suami atau isteri dalam tuntutan harta sepencarian?
Jawapan 3:
Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.
CONTOH:
i) Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/ maintenance fee dan lain-lain.
ii) Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan oleh isteri seperti idea, dorongan dan lain-lain.
Soalan 4:
Bilakah saya boleh menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian?
Jawapan 4:
Harta sepencarian boleh dituntut ketika pihak-pihak berlaku perceraian, poligami atau selepas kematian salah satu pihak.
Soalan 5:
Saya dan suami membeli sebuah rumah dalam tempoh perkahwinan yang didaftarkan atas nama bersama. Bolehkah saya mendapat 50% bahagian dari rumah tersebut?
Jawapan 5:
Bahagian harta sepencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri. Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, pihak-pihak boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.
Soalan 6:
Semasa dalam tempoh perkahwinan, suami saya membeli beberapa harta yang dinamakan atas nama beliau seorang. Saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumbangan kewangan ke atas harta-harta tersebut. Adakah saya masih boleh menuntut harta sepencarian selepas perceraian?
Jawapan 6:
Ya puan boleh menuntut harta sepencarian dan puan boleh mendapat bahagian berdasarkan sumbangan secara tidak langsung puan.
Soalan 7:
Saya berkahwin di Thailand, tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia. Adakah saya boleh menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia jika berlaku perceraian/ poligami/ kematian suami?
Jawapan 7:
Jika puan ingin memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia, puan perlu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Syariah Malaysia dan mendaftarkan pernikahan di Pejabat Agama terlebih dahulu.
Soalan 8:
Saya ingin menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian ke atas rumah yang didaftarkan atas nama arwah suami. Bagaimana untuk menuntut harta sepencarian selepas kematian suami?
Jawapan 8:
Bagi kes harta sepencarian selepas kematian, Puan perlu memohon di Mahkamah Syariah dan Mahkamah akan menentukan bahagian puan ke atas harta milik arwah suami tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah harta tersebut dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak.
Soalan 9:
Adakah anak saya boleh menuntut harta sepencarian?
Jawapan 9:
Hanya pasangan suami isteri sahaja yang boleh menuntut harta sepencarian.
Soalan 10:
Adakah suami saya berhak menuntut harta sepencarian ke atas harta di atas nama saya seorang?
Jawapan 10:
Ya boleh dan beliau perlu membuktikan sumbangannya ke atas harta tersebut.
Soalan 11:
Bagaimana cara nak hasilkan surat perjanjian Harta Sepencarian?
Jawapan 11:
Untuk hasilkan surat Harta Sepencarian, anda boleh dapatkan Ebook yang ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim.
Dalam Ebook ni lengkap dengan ilmu dan panduan malah cara langkah demi langkah menghasilkan surat Harta Sepencarian.
Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat template mudah hasilkan surat seperti wasiat dan hibah. Edit terus dalam komputer. Tak perlu taip karang surat dan ayat.
Anda boleh dapatkan Ebook yang sangat penting dan bermanfaat untuk masa depan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan