Halaman

Projek Shopee

Macam yang kita tahu... sewaktu tempoh lockdown ini, banyak kedai yang ditutup. Malah, pihak kerajaan juga menggalakkan orang ramai membuat pembelian secara online sahaja.

Dan buat masa ini.. website yang paling popular dalam urus jual beli online di Malaysia adalah website shopee.

Untuk pengetahuan anda, seramai 1.2 juta orang memasuki website/apps shopee setiap hari ... ya.. sehari ya.. bukan sebulan.. sehari 1.2 juta pelawat!

Dengan bilangan pelawat seramai itu.. memang bermacam-macamlah barang yang dijualbeli di shopee.

Dari sekecil-kecil barang seperti skru, hinggalah kepada sebesar-besar barang seperti peti ais dan almari! Semuanya di beli di shopee sahaja!

Saya pun dulu, ragu-ragu... ada ke orang nak beli barang saya kalau saya jual kat shopee?... Maklumlah, kat shopee tu dah ramai giler orang jual barang.. mengikut statistik, sudah ada lebih 1.2 juta pihak penjual di shopee.

Tapi.. saya fikir... ala... cuba jelah try!

Kalau tak cuba.. manalah nak tahu kan?

Kalau saya cuba.. at least adalah juga kebarangkalian untuk saya berjaya.. mungkin 10% atau 20%.

Tapi.. kalau saya tak cuba langsung... maka, kebarangkalian untuk berjaya tu.. memang 0% lah!

Jadi, jika anda masih lagi belum ada kedai di shopee... mungkin anda boleh luangkan sedikit masa waktu lockdown ini, untuk setup kedai anda di shopee!

Terutama sekali, jika anda memang orang yang berniaga.

Zaman sekarang ni, kalau kita berniaga tetapi tiada kedai di shopee... dia macam tak lengkap.. macam.. makan nasi lemak tanpa sambal! Tak jadi cam gitu.... ho ho ho! Nasi lemak, mesti kena ada sambal.. tak kisahlah kalau sambal tu tak pedas ke, terlalu manis ke, tawar ke... yang penting, kena ada sambal.

Sama lah macam kedai shopee ni.. tak kisah kalau kedai shopee kita masa mula-mula tu gambar tak cantik ke, info tak cukup ke..? Tak kisah.. yang penting ada dulu.. kemudian kita perbaiki dari semasa ke semasa.

Jadi, kalau masih belum ada kedai di shopee.. cepat-cepatlah setup ya!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan