Halaman

Projek USD

Nak jana pendapatan dalam USD ni ada banyak cara.. tak semestinya kena pergi atau pindah ke luar negara baru boleh buat duit dalam USD.

Zaman sekarang ni, dengan duduk dalam bilik di rumah kita pun, kita dah boleh jana pendapatan dalam nilai USD.

Sebenarnya.. ada banyak cara untuk menjual barang kepada orang putih ni... sama ada menjual di ebay, jual di amazon, atau buat website ecommerce sendiri yang mensasarkan kepada pasaran antarabangsa!

Jual kat mat saleh ni memang seronok.. sebab, kadar keuntungannya tu selalunya akan berganda-ganda... barang yang berharga USD20 pada mat saleh tu.. diorang rasa macam beli barang RM20 je.. sedangkan, USD20 tu, bila tukarkan ke matawang RM, nilainya jadi RM80.

Jadi, tidak hairanlah tuan Herman (penulis RahsiaShopify.com) boleh jana ratusan ribu ringgit seorang diri dengan hanya duduk di depan komputer di rumah beliau tanpa ada staf mahupun office.

Tapi.. Untuk buat projek ini.. memang perlukan skill serta modal yang tinggi sedikit.

Perlu ada skill teknikal sedikit, marketing sedikit dan paling penting, faham dan pandai menulis omputih sikit la... kalau bahasa inggeris sekadar tahu i u i u i u sahaja.. mungkin kurang sesuai la.. 


Eh.. saya ni tak pandai lah jual-jual barang ni.... modal pun takde.. saya suka buat benda yang rilek-rilek je.. tapi boleh jana pendapatan! Ada tak?

Oh ok... Ada... ada beberapa projek yang boleh kita buat secara santai-santai sahaja!

Tapi.. benda yang santai-santai ni... selalunya.. duit yang dapat pun santai-santai jer lah... tapi.. tak kisah.. yang penting.. kita seronok nak buat!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan