Halaman

Istilah Penting Dalam Pelaburan Saham


13 Istilah PENTING Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pelaburan Saham

Semua istilah inilah yang bakal anda dengari seumur hidup anda setelah anda membuat keputusan untuk menjadi pelabur saham!

Sahabat-sahabat sekalian,

Selepas anda mendaftar akaun CDS, pastinya anda sangat bersemangat untuk memulakan pelaburan saham di platform saham pilihan anda..

Tapi..

Bila anda mula terjun ke pelaburan saham ini, anda mula terpinga-pinga mendengar pelbagai istilah-istilah pelik yang diungkapkan oleh pelabur saham yang lain..

Jika anda rasa pelaburan saham ini hanya ada 2 perkataan "BUY" dan "SELL", pastinya anda silap besar kerana banyak istilah-istilah yang digunakan dalam pelaburan saham untuk menggambarkan pasaran saham semasa dan sebagainya.

Istilah-istilah ini sangat penting untuk difahami jika anda benar-benar mahu melabur dalam saham kerana kesilapan memahaminya mungkin membuatkan anda alami kerugian!

Berikut antara 13 istilah penting yang perlu anda tahu dalam pelaburan saham menurut ISaham.my:

#1 - Bullish - Prestasi pasaran saham dalam keadaan menaik (indeks hijau-belian)

#2 - Bearish - Prestasi pasaran saham dalam keadaan menurun (indeks merah-jualan)

#3 - Uptrend - Harga saham dalam keadaan menaik (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)

#4 - Downtrend - Harga saham dalam keadaan menurun (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)

#5 - Sideway - Harga saham dalam keadaan mendatar (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)

#6 - Support - Paras saham yang dikatakan sukar untuk teruskan penurunan. Harga akan terus menurun jika paras ini ditembusi.

#7 - Resistance - Paras saham yang dikatakn sukar untuk teruskan kenaikan. Harga akan terus naik jika paras ini ditembusi.

#8 - Gap Up - Harga dibuka lebih tinggi berbanding harga penutup semalam

#9 - Gap down - Harga dibuka lebih rendah berbanding harga penutup semalam

#10 - Q Buy - Masukkan pesanan untuk membeli

#11 - Q Sell - Masukkan pesanan untuk menjual

#12 - SELL/Exit - Jual Saham

#13 - BUY/Entry - Membeli Saham

Sebenarnya banyak lagi istilah yang perlu anda tahu, cuma dengan memahami 13 istilah asas di atas, sudah cukup untuk anda memulakan pelaburan saham anda dengan lebih bijak dengan ilmu pelaburan yang betul.

Nak belajar lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan saham sebenar?

Klik link berikut untuk mengetahuinya:







5 Nasihat Dari Pelabur Berjaya


Inilah 5 Nasihat Daripada Pelabur BERJAYA Tentang Cara Pelaburan Saham Sebenar..

Kesemua nasihat ini mampu mengubah diri anda menjadi seorang pelabur saham yang bijak, matang dan pasti berjaya pada masa depan!

Pernah anda alami situasi sebegini..

Mula-mula anda membaca mengenai pelaburan saham dan potensinya, anda jadi bersemangat untuk memulakan pelaburan saham secepat mungkin kerana takut hilang peluang untuk membuat keuntungan terutama musim COVID-19 ini..

Tapi lepas anda mempunyai akaun CDS dan login platform saham pilihan anda..

Tiba-tiba anda menjadi tidak keruan dan emosi anda menjadi tidak stabil apabila melihat kaunter-kaunter saham yang disenaraikan.. Dan hati mula tertanya-tanya adakah kaunter itu menguntungkan atau sebaliknya?

Rileks, bukan anda seorang yang mengalami situasi ini.. Ramai yang mengalaminya termasuklah pelabur yang berpengalaman sewaktu memulakan pelaburan saham dulu..

Anda hanya perlu belajar cara menguruskan emosi anda daripada otai-otai pelaburan agar tidak terperangkap dalam permainan emosi yang tak berkesudahan ini - yang boleh menyebabkan kerugian masa & modal..

Berikut antara 5 nasihat terbaik daripada pelabur saham berpengalaman yang mampu mengubah diri anda menjadi lebih yakin dalam setiap tindakan pelaburan anda:

#1 - "An investment in knowledge pays the best interest.." - Benjamin Franklin

Dalam pelaburan saham, tiada yang lebih berbaloi untuk dilaburkan selain daripada ilmu pelaburan saham sendiri. Belajar dengan lebih mendalam tentang pelaburan saham sebelum terjun ke bidang ini.


#2 - "I will tell you how to become rich. Close the doors. Be fearful when others are greedy. Be greedy when others are fearful.." - Warren Buffett

Bersiap untuk melabur ketika pasaran menurun dan "keluar" daripada pelaburan tersebut ketika ia melambung tinggi.


#3 - "It's not whether you're right or wrong that's important, but how much money you make when you're right and how much you lose when you're wrong.." - George Soros

Terlalu ramai pelabur yang obses dengan membuat keputusan yang betul walaupun hanya mendapat keuntungan yang sedikit. Untung besar & dapat kurangkan kerugian ketika buat keputusan yang salah kadangkala lebih baik.


#4 - "In investing, what is comfortable is rarely profitable.." - Robert Arnott

Kadangkala anda harus keluar dari zon selesa anda untuk memperoleh keuntungan yang lebih besar. Mulakannya sedikit demi sedikit agar dapat membina keyakinan diri sebagai seorang pelabur yang profesional.

#5 - The stock market is filled with individuals who know the price of everything, but the value of nothing." - Phillip Fisher

Membuat pelaburan tanpa sebarang ilmu serta kajian yang mendalam akan menyebabkan anda membuat keputusan yang bakal merugikan setiap pelaburan anda. Kajian mendalam sangat penting berbanding sekadar mendengar pandangan orang lain.


Usah risau jika anda masih berasa down dan tertekan.. Usah risau juga jika anda mengalami situasi untung dan rugi dalam saham.. Ianya perkara biasa!

Dengan ilmu pelaburan saham yang betul SERTA mentor saham yang berpengalaman, anda pasti mampu mengawal emosi anda dan mula menjana keuntungan hasil pelaburan saham anda dengan strategi yang betul!

Klik link di bawah jika anda betul-betul serius untuk memulakan pelaburan saham!





5 Soalan Panas Pelaburan Saham


5 Soalan PANAS Yang Selalu Di Tanya Tentang Pelaburan Saham..

Inilah persoalan-persoalan yang sering menghalang anda untuk mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham!

Salah satu sebab anda masih tidak memulakan pelaburan saham ialah kerana masih berasa ragu-ragu & tidak yakin dengan pelaburan ini SERTA takut rugi..

Yeah, jika anda ada perasaan begini.. Ianya NORMAL!

Kerana ramai orang termasuklah pelabur-pelabur lama dan baru pernah menghadapi perkara yang sama sehingga ada yang terpaksa tangguhkan hasrat untuk memulakan pelaburan saham akibat emosi takut ini.

Ditambah dengan berita-berita negatif yang menggambarkan betapa dasyatnya jika mengalami kerugian akibat pelaburan saham.. Fuh seram rasanya!

Tapi..

Ini bukanlah bermaksud pelaburan saham sangat menakutkan.. Ia cuma menunjukkan banyak persoalan mengenai pelaburan saham perlu di jawab sebelum kita betul-betul yakin untuk mulakan pelaburan saham yang menguntungkan ini..

Berikut antara 5 soalan panas yang sering bermain di fikiran kita berkenaan dengan pelaburan saham:

#1 - Saya tiada modal besar.. Bolehkah saya melabur saham dengan modal yang kecil dahulu?

Pembelian minimum saham adalah 1 lot, di mana 1 lot bersamaan dengan 100 unit saham. Dan saham-saham yang ditawarkan di bursa juga ada yang mahal hingga 3 angka seunit dan ada yang paling minimum RM0.005 seunit.

Jika anda mahu membeli saham murah ini maksudnya anda perlu membayar RM0.50 sahaja (RM0.005 x 100 unit). Inilah modal yang paling minimum untuk membeli saham.

Tapi itu hanyalah contoh, elakkan membeli saham-saham yang terlalu murah RM0.005 ini kerana risikonya sangat tinggi. Anda boleh mula bermain-main dengan saham yang berharga sekitar RM0.10 hingga RM1.00 dahulu


#2 - Di mana saya harus melabur jika saya masih baru dalam pelaburan saham ini?

Jika anda baru terlintas untuk melabur saham, pastikan anda terlebih dahulu melabur untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkenaan pelaburan saham sebelum terjun ke bidang ini. Ia boleh mengelakkan anda daripada alami kerugian besar dalam pelaburan anda.

Pastikan juga anda mencari mentor-mentor saham yang benar-benar berpengalaman dalam melabur saham dan bukannya hanya sekadar orang yang mengajar teori semata.


#3 - Apakah persediaan yang perlu ada sebelum terjun untuk melabur saham secara serius?

Ada 3 persediaan yang anda perlu ada sebelum mula melabur saham iaitu persediaan mental (pengurusan mindset & emosi), persediaan ilmu-ilmu berkenaan dengan pelaburan saham (membeli ebook, berguru dan sebagainya) dan persediaan modal untuk melabur saham.


#4 - Bagaimana cara untuk memilih kaunter-kaunter saham yang menguntungkan?

Dalam ebook Jom Labur Saham ada menunjukkan 3 teknik terbaik untuk memilih saham yang berpotensi iaitu memilih kaunter saham berdasarkan:

- Pergerakan Sectorial Index.
- Transacton/Volume yang aktif.
- Berdasarkan Alert/ signal pada chart.

#5 - Apakah hukum sebenar pelaburan saham ini dalam Islam?

Hukum pelaburan saham adalah harus bagi saham-saham patuh syariah. Terdapat lebih dari 900 kaunter saham yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan lebih dari 80 peratus adalah saham-saham patuh syariah berdasarkan tetapan yang dibuat oleh badan penasihat shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Usah bimbang, Shariah Advisory Council (SAC) bersidang setiap 2 kali setahun untuk menentukan adakah saham-saham yang mematuhi kriteria patuh shariah masih kekal mematuhi syarat-syarat atau sudah mengalami perubahan.

Dengan kesemua jawapan kepada soalan-soalan di atas, saya yakin tiada lagi sebab untuk anda takut memulakan pelaburan saham. Apa yang anda perlukan ialah ilmu yang mencukupi dan semuanya akan menjadi lancar!

Ilmu dan mentor yang betul pasti dapat meminimumkan risiko kerugian yang bakal anda hadapi dan mula menggandakan keuntungan dalam pelaburan saham.

Nak belajar lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan saham daripada kosong?

Klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:





3 Persediaan Penting Sebelum Melabur Saham



PENTING! 3 Persediaan Penting Sebelum Mula Melabur Saham!"

Inilah kunci UTAMA yang menjadi penentu sama ada anda mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham atau hanya mampu menghanguskan duit semata!

Ramai juga yang terus terjun ke bidang pelaburan saham ini tanpa ada sebarang persediaan kerana sering mendengar iklan-iklan serta kata-kata orang yang ceritakan hanya yang indah-indah sahaja tentang pelaburan berisiko ini.

Akibatnya, duit modal pelaburan yang ada tersebut terus terlebur hingga menyebabkan mereka jatuh terduduk dengan penuh kekecewaan!

Sahabat-sahabatku,

Pelaburan saham ini bukanlah sekadar melaburkan duit tanpa perlu fikir panjang dan duit akan beranak pinak sendiri kerana ianya bukanlah seperti pelaburan ASB, Tabung Haji dan sebagainya..

Pelaburan saham ini memerlukan analisis mendalam berkenaan dengan pasaran saham semasa dan perlu melihat carta-carta serta peka dengan berita serta laporan semasa. Ini kerana pelaburan saham sangatlah berisiko!

Tanpa persediaan diri yang lengkap, anda hanya ibarat seperti menghulur leher untuk dipancung - pastinya anda akan alami kerugian yang banyak..

Inilah 3 persediaan yang anda PERLU ada sebelum memulakan langkah pertama sebagai seorang pelabur saham:


#1 - Persiapan Mental

Pelaburan saham adalah pelaburan yang sangat berisiko tinggi - setiap saat kaunter saham boleh berubah-ubah sama ada untung ataupun rugi. Pengurusan mental dan emosi sangatlah penting agar tidak tertekan melihat carta turun naik saham tersebut.

Memiliki mindset sebagai seorang pelabur saham profesional juga perlu agar dapat mengawal diri daripada membuat tindakan-tindakan yang tidak bijak akibat permainan emosi tadi.


#2 - Persiapan Ilmu

Untuk lebih berjaya dalam pelaburan saham, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu pelaburan saham sebenar. Pakar-pakar saham yang ada pada hari ini membelanjakan berpuluh-puluh ribu untuk sentiasa terus mencari ilmu tentang pelaburan ini.

Ini boleh membantu anda meminimumkan jumlah kerugian & memaksimumkan keuntungan pelaburan anda tanpa melakukan sebarang kesilapan.


#3 - Persiapan Modal

Ya, ianya sangat wajib! Anda perlu mempunyai modal yang cukup sebelum mulakan pelaburan saham. Tak perlu modal yang besar, tetapi pastikan anda cukup modal untuk membeli saham-saham yang didagangkan di bursa saham.

Pastikan modal yang digunakan ini bukanlah duit perbelanjaan bulanan anda - Gunakan duit lebihan daripada simpanan kecemasan anda untuk melabur!


Dengan adanya 3 persediaan ini, pastinya anda telah bersedia untuk menjadi pelabur saham yang berjaya dan pasti mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham anda!

Jika anda sudah bersedia, anda boleh mulakan langkah anda dengan membuat pelaburan ilmu SAHAM yang benar-benar terbaik dari pakar Saham sebenar - Dan mula menjadi pelabur saham yang menjana keuntungan lumayan dengan bermain saham!

Klik link di bawah untuk mengetahui cara terbaik untuk memulakannya..







5 Perkara Penting Sangat Dalam Pelaburan Saham



5 Perkara PENTING yang Saya Pelajari Tentang Pelaburan Saham Dari 'Doktor' Saham SEBENAR..

Ia mampu menyelamatkan saya daripada kerugian beribu-ribu ringgit setiap hari dan memahami pelaburan saham dengan lebih mendalam!

Orang kata pelaburan saham itu senang..

Asal ada duit + Beli Saham yang menguntungkan = Pasti mampu buat duit!

Tapi hakikatnya ianya tak semudah yang disangkakan..

Bayangkanlah nak mencari kaunter saham yang menguntungkan pun kita perlu ada ilmu yang betul dan perlu mengkaji lebih mendalam sebelum buat pelaburan.. Ia perlukan banyak masa!

Bak kata pakar pelaburan,

"Rugi itu biasa.. Untung itu belum tentu.."

Untuk mengelakkannya, kita perlu berguru dengan banyakkan melabur dalam ilmu tentang pelaburan saham daripada pakar-pakar saham yang berpengalaman.

Baru-baru ini, saya sempat membaca sebuah e-book yang mengajar cara sebenar bermain saham dari zero.. Ia sangat membuka mata saya untuk mula melabur saham dengan lebih bijak!

Berikut antara 5 perkara penting yang saya pelajari daripada ebook yang ditulis sendiri hasil pengalaman seorang otai pelabur saham yang bergelar doktor ini:

#1 - 3 perkara yang perlu kuasai untuk mahir di dalam trading saham ialah menguasai dan memahami platform saham, memahami/menguasai Chart dan menguasai/mengawal emosi.

#2 - Pasaran saham bergerak dengan sifatnya tersendiri.. Jadi pasaran tak ikut kita, kita yang kena ikut pasaran.

#3 - Perlu tahu trading style yang paling sesuai dengan anda, adakah anda jenis rempit (intraday, scalper), swing atau investor?

#4 - Fahami kepentingan Time Frame (TF) amat penting untuk anda membuat kajian saham. TF 30minit tak sama dengan TF weekly

#5 - Pentingnya mencari ilmu tentang pelaburan saham sebelum terjun melabur

Pendek kata, jika anda serius untuk melabur saham, saya sangat sarankan anda mencari mentor saham sebenar yang mampu membantu anda memahami pelaburan berisiko ini tanpa perlu menanggung kerugian besar..

Jika anda benar-benar mahu mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan saham daripada guru saham sebenar, boleh klik link dibawah:-





Beza Orang Kaya & Orang Kurang Kaya!


Apa beza orang kaya dengan orang yang kurang kaya?

Orang kaya.... duit bekerja untuk mereka
Orang kurang kaya... mereka bekerja untuk duit!

Macam mana duit boleh bekerja?
Duit tu kerja kat mana? Bawa grab ke?

He he.. tak.. tak...
Maksud duit bekerja itu adalah.. duit itu.. boleh hasilkan lebih banyak duit!

Contohnya...
Kita simpan duit kat ASB, contohnya.. RM1,000 .
Selepas setahun, kita dapat dividen 5%... Maka, dari RM1,000.. duit kita bertambah menjadi RM1,050.

Tapi.. itulah..

Kalau kita letak duit kita di ASB, Tabung Haji, KWSP, SSPN, Fixed Deposit... Kebolehan duit tersebut untuk berganda dan menghasilkan duit yang lain, adalah sangat kecil... iaitu sekadar 3-7% sahaja setahun.


Tetapi... jika kita letakkan ia di pasaran saham.. Duit kita itu berpotensi untuk berkembang sebanyak 20-30%... malah, kalau bernasib baik.. boleh dapat lebih dari itu!

Tapi... Tapi... Tapi....
.
.
Kenalah ada ilmu!
Bukan main taram sahaja!

Kena belajar dulu selok belok melabur di dalam pasaran saham!

Macam mana nak belajar?

Hah! Mudah sahaja!

Ini ada seorang doktor dah tulis sebuah ebook panduan step-by-step.. macam mana nak mula melabur dalam pasaran saham?

Dari mula macam mana nak buka akaun saham... Sampailah kepada cara nak membeli dan menjual saham... gunakan phone sahaja!

Semua dia tunjuk step by step..
klik link kat bawah ni kalau nak tahu lebih lanjut pasal ebook tersebut!








Khas Untuk Newbie



Khas Untuk Newbie Yang Baru Nak Belajar Step-By-Step Jual Beli Saham!

Hi...

Sekiranya tuan/puan memang ada niat untuk memulakan pelaburan tapi keliru nak pilih pelaburan mana yang memberikan pulangan yang tinggi , boleh mula kaji tentang pasaran saham.

Ianya datang dengan risiko , tetapi bak kata pelabur terkenal dan pernah menjadi manusia terkaya di dunia sebelum ini.. Warren Buffet,
"Risk Come From Not Knowing What You Are Doing".

Sekiranya anda ada ilmu yang betul dan tahu langkah-langkah yang betul, insyaAllah risiko dapat diuruskan dengan baik.

Tuan/puan boleh bermula dari langkah pertama atau babystep dengan mempelajari step-step penting yang terdapat di dalam ebook ini.

Tuan/puan klikjer link di bawah ini untuk dapatkan ebook ini dan pelajari step-step penting yang diterangkan satu persatu.


Klik link web di bawah ini sekarang.



















𝐊𝐚𝐭𝐚 𝐅𝐂𝐏𝐎 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐥? 𝐀𝐩𝐬𝐚𝐥 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐤 𝐧𝐢?!


Nak dapat untung besar dalam masa pendek macam Encik Helmi kita? FCPO memang power sebab dalam satu malam boleh buat profit lagi banyak dari dua bulan saham punya untung! Encik Helmi ni dulu trader saham, dia terkejut dengan profit yang FCPO boleh dapat dalam masa terdekat!

Tapi jangan sampai terjun tanpa ilmu, nanti haram pulak macam berjudi!. Encik Helmi tu nasihatkan semua yang nak join trading kena belajar dulu. Lagipun, trainer dekat WR ni real traders so semuanya betul2 nak student2 berjaya.

Kalau berminat, join je seminar ATM di WR, boleh belajar cara trading FCPO dan invest bijak. Peluang ni jangan miss tau so daftar sekarang Seminar ATM hari ni

PENAFIAN: Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan atau dagangan. WR tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian dari FCPO. Material ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia







TIPS BUAT FB ADS HIGHLY CONVERT


Korang nak buat iklan fb ads yang highly convert?

Gila2 punya convert?

Ni tips simple untuk korang:

1. Buat page nama orang/individu
2. Buat storytelling
3. Guna gambar, biasa no editing










Sambutan Luar Biasa


" Alhamdullilah sambutan luarbiasa. "

Buat colek je hampa. Modal nya RM6 9 je then hampa boleh guna seumur hidup. Online je semua. Register terus dapat on the spot!

Complete Kakfel share dengan hampa :
  • Video tutorial step by step proses pembuatan colek
  • Resepi bertulis lengkap & langkah-langkah pembuatan colek
  • Tips & strategi mudah menjadikan colek sebagai sumber pendapatan
  • Kiraan harga kos & cadangan harga jualan yang sesuai
  • Gambar produk yang berkualiti tinggi & menggiurkan.

Sebelum ni dengan Colek ni kakfel dah buat puluhan beribu botol.

Rasa dia memang tiptop sebab tu permintaan masa tu tak tertampung kakfel. Sampai sekarang masih ramai yang bertanya kt mana nak boleh dapatkan colek ketagih kakfelmasak.

Sebab tu kakfel open pakej resepi ni. InshaAllah kali ni hampa boleh guna resepi ni & buat brand sendiri. Kakfel yakin hampa pun boleh buat mcm kakfel.

So macam mana nak purchase ? 






Aiskrim milo homemade





Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dgn aiskrim milo yg jual kat kedai tu..menjadi jugak 😘

Resepi aiskrim milo :

1 tin susu cair
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa)
1 sk esen vanila
Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole)

Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe

Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je smpai sebati n gebu, pastu boleh la tuang dlm bekas n sejukkan semalaman.

Makaroni Bakar






Bahan-Bahan :
2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
500 gm daging kisar(cincang)
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*

Semua bahan bertanda * di tumbuk
Sedikit minyak jagung+sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair ideal+1 tin air
sedikit daun bawang/sup (pilihan)
sedikit bawang goreng
4biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Cara-cara Menyediakan:
  1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.
  3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
  4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
  5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
  6. Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.
  7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
  8. Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.
  9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.
  10. *Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

PULUT BANGKOK




Beras pulut cuci,rendam dgn pewarna hijau selama 1jm ,kemudian kukus separuh masak.. 1/2kg santan letak gula dn garam sedikit nk bg pulut rasa lemak..masukkn dlm pulut separuh masak td,dn kukus lagi sampai pulut masak

Letak pulut atas plastik,letak pisang dn gulung sampai pulut padat..pusing hujung plastik macam gula2,susun dlm pengukus...kukus lg sampai pisang masak... Sejuk kn,buangg plastik golek pulut td atas kelapa,kemudian potong ikut suka...
Sebiji kelapa parut campur gula dn sebati kn.

Selamat mencuba.
.
Kredit: Siti Zubaidah Hassan

Kek marjerin





Bahan-bahan:
.
  • 1½ cwn gandum self raising flour(ayak)/ gandum +1sdu kecil baking powder
  • 1cwn gula kastor
  • 1cwn marjerin
  • 1penutup esen vanilla
  • 4 biji telur

Cara-cara:
.
  • Mix gula kastor & marjerin hingga putih berkrim
  • Masukkan esen vanilla.lepastu masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan td
  • Masukkan gandum sikit2.sampai sebati
  • Sapu loyang dgn marjerin.masukkan adunan td dan bakar suhu 180 selama 40 minit.mengikut oven masing-masing.

Kredit: ‎Ida Zaida‎

NASI HUJAN PANAS






By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan (simpul)
1 kiub ayam maggie
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis)
Minyak/Mentega/minyak sapi
Pewarna merah,ijo n kuning
Hirisan ketumbar,gajus n kismis


Cara-Cara:

Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau.

Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum

Masukkan air dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih

Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati.Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)

Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan ijo. Letak berasingan (jauh2 sket setiap lubang)

Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis.


Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)

Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Bahan-bahan diperlukan:
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

2 sudu mentega

1 1/2 sudu tepung gandum

Sebiji bawang besar (potong dadu)

Sebiji tomato (potong dadu)

Seketul kiub ayam Knors

2 cawan air

Sedikit kicap pekat

Sedikit sos cili/sos tomato

Garam dan gula secukup rasa

1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*

boleh lebihkan amaun ikut seleraTepung jagung (jika perlu)

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Cara menyediakan dan memasak:
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Cairkan mentega dengan api kecil.

Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.

Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.

Masukkan kiub ayam dan kacau.

Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.

Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.

PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.

Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.

Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.

Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap..



RESIPI CEKODOK PISANG!


Rangup di luar dan lembut di dalam 🤤

Bahan-bahan
5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum

Cara-cara :
  1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
  2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
  3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
  4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
  5. Siapppp.

Kredit Resepi & Foto: Cik Pooja




Burger Turki BBQ


Ini adalah burger yang lazat dengan menggunakan sumber terbaik protein tanpa lemak iaitu ayam belanda.

Bahan-bahan:
1/2 kg dada ayam belanda
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 sudu teh paprika
1/4 sudu teh jintan putih tanah
Sedikit garam untuk rasa
1/4 sudu teh serbuk lada hitam hitam
4 keping bawang india, panggangkan
1/4 cawan sos barbeku
4 (1.6 oz) roti biji bijan, bakar


Penyediaan:

1. Dalam mangkuk sederhana, perlahan-lahan campurkan bersama-sama ayam belanda, bawang putih, paprika, dan jintan putih.

2. asingkan ayam belanda ke dalam 4 (4 inci) Patties; garam dan lada.

3. Panaskan grill sederhana tinggi; grillkan pattie ayam belanda dan balikkan sehingga sekali sahaja sehingga burger masak (kira-kira 7 minit setiap sisi). Hidangkan dengan topping dan Roti dikehendaki.