Soalan paling panas, pedas & menyengat pasal FCPO. Berhenti berteka-teki. Ini mungkin jawapan yang anda cari
1. Trade FCPO ni kan risiko tinggi. Tak bahaya ke?
Sebelum saya jawab. Cuba anda beritahu saya perniagaan/pelaburan apa yang tiada risiko?
Jawapannya tiada! Semua perniagaan & pelaburan ada risiko. Apa yang penting, ilmu dan cara anda uruskan risiko tersebut!.
Sama juga dalam FCPO Trading ini.
Ada risiko, malah risikonya tinggi!
Persoalannya, kalau dah risiko tinggi... kenapa masih nak trade FCPO?
Sebab mereka tahu, disebalik risiko yang tinggi ada peluang dan keuntungan yang tinggi juga sedang menanti.
Jadi,sebagai seorang trader yang bijak, kita kena sedar dan berani berhadapan dengan risiko, trader tidak hanya duduk diam dan tunggu untung berdasarkan nasib.
Trader perlu ada ilmu dan strategi yang betul. Latihan yang banyak. Hanya dengan cara itu, seseorang boleh menjadi trader yang bijak menukarkan risiko menjadi keuntungan yang besar.
2. Saya dengar ramai orang kena scam dengan program trading. Camana saya nak tau FCPO ni bukan scam?
FCPO adalah produk pelaburan daripada Bursa Malaysia. Akaun pelaburan juga disediakan oleh pihak-pihak bank-bank berdaftar di Malaysia.
Jadi, ianya sah di sisi undang-undang dan bukan scam.
3. Saya tengok kawan yang trade saham atau crypto mengeluh rugi setahun dua ni. Boleh ke buat duit kat FCPO tahun 2023 ni?
Mestilah boleh.
Anda kena faham, saham dan crypto adalah produk berbeza dengan FCPO. Pergerakan saham melibatkan prestasi sesebuah syarikat.
Saham jugak berkait rapat dengan polisi kerajaan. Tak kisah la anda parti politik mana, tapi ramai setuju, zaman bossku dulu, saham memang best.
Crypto pula melibatkan pasaran kewangan digital. Pasaran saham dan cypto hanya boleh buat keuntungan pada satu arah sahaja, iaitu ketika uptrend. Bila tengah downtrend macam sekarang ni.. saham dan crypto memang tak boleh buat apa.. kena tunggu je.
Tips: Untuk labur jangka Panjang (1-2 tahun), saham dan crypto adalah sesuai.
Kalau nak trade dan nak dapat duit bulan-bulan (yang patuh shariah), FCPO kekal relevan pada tahun 2023. Sebab apa FCPO?
FCPO adalah dagangan hadapan minyak sawit. Minyak sawit adalah bahan makanan. Permintaannya tinggi dipasaran tempatan dan antarabangsa. Kelebihan paling utama FCPO adalah pasaran dua hala. Boleh untung waktu uptrend dan juga downtrend..
Paling penting patuh syariah.
Jadi, dikala prestasi syarikat-syarikat jatuh, ekonomi merundum.
Trader-trader saham merungut. Pasaran FCPO tetap meriah disebabkan permintaanya tinggi dan ada kelebihan pasaran 2 hala.
4. Dengarnya modal trade FCPO kena ada RM10,000. Banyaknya! Trade lain boleh je mula dengan ratus-ratus.
Kalau anda nak trade dengan modal ratus-ratus, kami tak halang anda.
Silakan!
Persoalannya berapa banyak yang anda boleh kembangkan daripada modal ratusan itu?
Jika target profit bulanan anda RM10,000 sebulan, adakah logik anda bermula dengan modal ratus-ratus?
Saya tidak mengatakan tak boleh! Tapi tolong berpijak dibumi yang nyata. Jika anda kata logik
!!! ???????????????????????? !!!
Anda mungkin bakal jadi mangsa ???????????????????????????? yang seterusnya!
Di FCPO, dengan modal permulaan RM10,000 tak mustahil untuk anda nak capai sasaran keuntungan RM10,000 sebulan.
5. Apa beza trade FCPO dengan trading lain?
Semestinya FCPO berbeza dengan produk trading lain seperti saham, forex dan crypto.
Bagi kami FCPO adalah produk pelaburan bursa Malaysia paling sempurna. Tidak seperti saham, anda perlu analisis banyak chart untuk mencari saham yang paling berpotensi, FCPO pula anda hanya perlu focus 1 chart sahaja. Pergerakan saham juga lambat, tapi FCPO ini pergerakan ia memang laju daripada saham
Jika dibandingkan kelebihan trade dua hala, saham tidak boleh, pasaran akan terganggu jika index jatuh. Forex pula boleh trade dua hala tetapi tidak patuh syariah, FCPO walaupun boleh trade 2 hala, ia adalah patuh syariah.
Sebab itu kami ???????????????????? FCPO adalah produk paling best daripada Bursa Malaysia untuk trader buat profit berganda!
6. Ada orang kata trading ni ????????????????????. Macam mana saya nak confirmkan yang FCPO ni patuh shariah atau tak?
Tak semua trading itu haram.
Ada yang halal dan patuh syariah.
Selain saham-saham patuh syariah, trading FCPO juga telah diputuskan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
7. Kalau saya betul-betul ZERO pasal trading, boleh ke untung trade FCPO?
????Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan…..????
Ehh…menyanyi pulak…
Jawapannya pasti boleh. Tiada perkara yang mustahil. Usaha anda menunjukkan apa yang anda inginkan. Jika anda serius nak jadi seorang trader dan buat keuntungan.
Mulakan langkah pertama anda daripada sekarang.
1. Belajar ilmu trading daripada basic kepada advance.
2. Belajar mengurus emosi dan jangan pernah berhenti buat Latihan sebanyak-banyaknya.
3. Paling penting, cari mentor atau guru yang boleh membimbing trading anda.
Ramai je student kami yang masih konsisten buat 4, 5 hingga 6 angka dengan trade FCPO pada tahun 2023 ni.
8. Saya berminat nak belajar pasal FCPO ni. Macam mana nak mula?