Panggilan ke temuduga jawatan Pemandu Kenderaan H11 adalah ramai ... dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah.
Ini kerana tidak lain ... sesi temuduga Pemandu Kenderaan H11 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.
Jadi ... sekiranya korang calon yang di panggil ... berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran Temuduga Pemandu Kenderaan H11 yang mantap.
Korang mesti tahu deskripsi tugas Pemandu Kenderaan H11. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak di soal dalam temuduga kerajaan.
Pada kebiasaannya ... Pemandu Kenderaan H11 di tempatkan di pelbagai Kementerian atau Jabatan.
Jadi korang kena study jabatan dan kementerian betul2.
Antara soalan popular temuduga
- Kenalkan diri secar ringkas
- Apakah tanggung jawab anda sebagai Pemandu Kenderaan?
- Nyatakan jenis2 kenderaan yang perlu di pandu?
- Bagaimanakah caranya anda membuat pemeriksaan sesebuah kenderaan? Berikan contoh kepada saya.
- Mengapakah anda perlu membuat laporan pada buku log kenderaan?
- Apakah tugas lain yang perlu anda lakukan sebagai pemandu kenderaan?
- Bagaimanakah caranya anda bekerja dengan penyelia yang lebih muda dari anda?
- Berapa lama tahunkah pengalaman memandu anda?
- Bagaimanakah anda mengendalikan kerosakan pada kereta seperti menukar tayar kenderaan?
- Adakah anda akan membantu mangsa kemalangan sekiranya berlaku kemalangan di hadapan anda?
- Apakah jenis kenderaan yang pernah anda pandu selain daripada kereta?
- Mengapakah anda memohon kerja ini?
- Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda terlibat dalan kemalangan?
- Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum memandu kenderaan?
- Bagaimanakah untuk mengenal pasti kenderaan tayar kereta yang sudah haus?
- Adakah anda berminat untuk memandu teksi atau kenderaan e-hailing?
- Siapakah Menteri Pengangkutan sekarang?
- Apakah isu terkini yang berlaku dalam negara?
- Adakah anda mempunyai kelayakan khas sebagai pemandu kenderaan?
5 SEBAB UTAMA GAGAL TEMUDUGA
1. Lebih 90% calon tidak membuat persediaan. Ianya adalah di sebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu di lakukan.
2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini memang ketara ... jadi pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan2 yangmungkin di tanyakan oleh pihak penemuduga.
3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama di sebabkan terlalu gementar.
4. Penampilan yang tidak tepat.
5. Over confident! Kesilapan biasa yang sering di lakukan oleh calon2 terutamanya yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
Untuk persediaan yang lebih rapi ... teruskan dapatkan rujukan Temuduga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan