Pengikut

Tak Faham... Kenapa MASIH nak WHATSAPP?

Dalam era pemasaran online ini, ramai yang masih menggunakan Whatsapp sebagai medium pemasaran mereka walaupun mereka tahu adanya automasi di dalam bisnes secara talian ini. 

Pada mulanya saya kurang faham kenapa perkara ini boleh berlaku. 

Sudah ada automation, kena masih nak follow up secara manual melalui Whatsapp? 

Selepas melakukan sedikit kajian, barulah saya faham bahawa ada beberapa perkara yang masih lagi membuatkan automation di dalam bisnes online di pasaran tempatan sedikit terbantut. 

  1. bakal pembeli itu sendiri kurang yakin dengan automation dan mereka lebih suka berkomunikasi dengan penjual terlebih dahulu sebelum buat pembelian 
  2. bakal pembeli & penjual itu sendiri masih tidak faham flow jualan secara online bila ada automasi di dalamnya, termasuk bagaimana untuk memasang sistem tempahan online dan melengkapkan jualan produk 
  3. pembeli rasa lebih puas dengan pembeliannya bila ada sedikit perbualan dengan penjual, lebih-lebih lagi ada informasi yang mereka perlukan tiada di laman web atau kurang jelas penerangannya 

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda patut tinggalkan automation di dalam bisnes anda. 

Salah sama sekali. 

Anda wajib ada automation di dalam bisnes anda, dan pada masa yang sama, berikan pilihan kepada bakal pembeli anda untuk berinteraksi dengan anda atau team jualan anda. 

Contoh yang paling mudah untuk anda lihat ialah Shopee. 

Walaupun jualan di Shopee boleh berlaku secara automatik, pembeli masih lagi boleh berhubung dengan pembeli melalui ruangan chat bersama penjual sebelum atau selepas jualan. 

Mereka yang sudah biasa membeli di Shopee mungkin tidak perlu berhubung dengan penjual untuk membuat sebarang pembelian. 

Sebaliknya, mereka yang baru ataupun bakal pembeli yang masih lagi perlukan info lanjut tentang produk daripada penjual boleh berhubung dahulu dengan penjual sebelum pembelian diteruskan. 

Dalam konteks jualan secara semi-automatik ini, kedua-dua pembeli dan penjual mendapat manfaatnya. 


Teknik FB-Whatsapp? 






Tiada ulasan:

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕 🌹 πŸ“† 11-24 Jun 2024 sahaja‼️ πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 𝟯𝟡.𝟡𝟬 𝗷𝗲𝗿 πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 ...