Beliau bahasakan diri beliau dengan panggil Kak Najah. Student yang belajar masak dengan beliau panggil Ticer Najah.
Macam mana Kak Najah ni boleh terfikir nak ajar orang buat sandwich ni?
Bagaimana Kak Najah ni boleh terjebak dengan sandwich? Meh korang baca kisah beliau sikit-sikit.
“Sebenarnya bisnes Sandwich ni dekat sangat di hati Kak Najah. Bagi sesiapa yang belum tahu, Kak Najah pernah tutup bakery beberapa tahun lalu.
Jangan la ditanya sebab apa. Banyak sebab, salah satunya mungkin masa tu Kak Najah tak banyak ilmu menguruskan bisnes.
Mujur ada kenalan sudi beli bisnes bakery Kak Najah tu termasuk la semua peralatan bakery.
Lepas tu Kak Najah hanya berjualan dari rumah sahaja. Cadang nak juai kek dan roti.
Tapi Kak Najah sudah takda peralatan melainkan perlu beli semua segala mesin semua tu. Semua tu memerlukan kos yang tinggi. Sudahla baru tutup bakery kan.
Berbulan juga Kak Najah memikirkan. Nak meniaga apa?
Hanya tahu bisnes makanan saja. Kebetulan sejak jadi surirumah masa tu, Kak Najah dah mula sediakan sendiri sarapan.
Kalau sebelum ni Kak Najah makan kat bakery ja. Tapi sekarang kena sediakan sarapan sendiri la kan.
Anak-anak setiap hari minta sandwich. Sampai berbuku-buku roti dok rotate menu. Ada hari sandwich telur laa, sardin laa, tuna laa. Tak pernah jemu.
Sampai anak kata, “Sandwich ummi tersedap di dunia, kalau juai mesti laku”
“Amboi-amboi hang pun adik, sepanjang hidup hang ni dok makan sandwich ummi jaaa. Tak pernah makan sandwich lain pun. Memang la hok ummi jadi sedap.”
Sehinggalaa suatu hari. Jeng jeng jeng…
Anak minta Kak Najah buatkan sandwich untuk jamuan kelas. Bukan sorang anak tau. Tapi 3 orang.
Setiap kelas Kak Najah bekalkan sorang sekotak. Kak Najah deko cecantik. Excited la aku punnnn.
Esoknya cikgu sekolah anak-anak wassap nak tempah. The rest is history π”
.
.
Nak tau Kak Najah ni siapa, boleh klik tengok di sini
Ebook Sandwich Mesin Duit Suri Rumah yang Kak Najah tulis tu sekarang ni tengah buat harga Launching.
Belajar bisnes dari A-Z cara nak jual sandwich hanya dari rumah dengan kos modal yang rendah.
Meh dapatkan kat sini. Semua Kak Najah turun kan ilmu sandwich dalam satu ebook yang ada 144 muka surat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan