Sudah buat listing di eBay tetapi tidak muncul listing itu di eBay. Apabila klik ke view item for sales tidak keluar paparan barang sudah disenaraikan di eBay.
Ataupun apabila buat kajian dan intip jualan penjual lain, tidak muncul paparan barang yang dijual. Sebenarnya memang ada barang yang disenaraikan di eBay cuma ada sedikit tetapan yang perlu anda buat.
Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan tentang cara-cara nak lihat barang yang disenaraikan di eBay samada akaun diri sendiri ataupun akaun orang lain. Tukar lokasi kepada negara yang anda ingin lihat itu.
Jika ingin lihat penjual itu jual di eBay United Kingdom, ubah lokasi kepada United Kingdom. Jika ingin lihat penjual itu jual di USA, ubah lokasi kepada USA.
Masukkan nama penjual itu ataupun nama kedai eBay anda dan ubah lokasinya. Ada diterangkan dalam video di Panduan Export Mudah.
Kenapa tidak keluar semua barang kalau tidak lakukan ini?
Ada penjual yang tidak ingin barang yang dijualnya dibeli oleh pembeli dari Malaysia ataupun negara yang tidak ingin dihantar. Walaupun penjual dari Malaysia, ramai yang memilih untuk tidak dihantar ke negara sendiri.
Jika ingin kepastian barang anda memang ada di eBay senang sahaja. Masuk ke seller hub dan anda akan lihat berapa banyak listing yang anda telah buat.
Akaun penjual yang sama selepas lakukan cara ini akan dapat dilihat jumlah produk yang disenaraikan di eBay. Tidak susah sebenarnya yang penting kena tahu caranya.
Bagi yang sudah dapatkan Panduan Export Mudah boleh rujuk video panduan manakala bagi yang ingin mendapatkan panduan boleh klik link dibawah.
<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan