Pengikut

RESEPI AYAM GEPREK

MasyaAllah Tabarakallah..

Resepi asal cuma guna cabai dengan bawang putih je...tapi saya dah ubah2 ikut selera saya,

Okey boleh cuba menu nii kalau suka k..memang tangkap leleh...besttt wallaaa 



BAHAN BAHAN

Ayam kampung 1 ekor 
Gula perang - agak
Limau kasturi

BAHAN SAMBAL

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 biji
Lada merah besar 3 tangkai
Cili padi merah 5 tangkai
Cili padi hijau 5 tangkai
Belacan sikit - agak2

CARA MEMASAK

1. Ayam goreng dulu macam biasa lumurkan serbuk kunyit dan garam...selepas goreng

lenyek2 dengan lesung batu..lenyek bila sambal dah siap masak..

2. Hiris semua bahan sambal..pastu goreng dah layu terus angkat blend dalam pengisar kering, masukkan sikit minyak goreng tadi, belacan, gula, perahkan jus limau, kisar...jangan halus sangat...

3. Lumurkan sambal pada ayam, lenyek2 lagi, sedia dihidang bersama terung goreng atau apa saje ulam ulaman... siap...

Tiada ulasan:

Dah Penat Buat Konten Tapi Takde View? Cuba Guna Video AI Hack Hari Ini!

Anda dah luangkan masa buat video, rakam konten, edit berjam-jam… tapi hasilnya? View ciput. Like pun suam-suam kuku. Rasa give up kan? Saba...