Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dgn aiskrim milo yg jual kat kedai tu..menjadi jugak π
Resepi aiskrim milo :
1 tin susu cair
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa)
1 sk esen vanila
Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole)
Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe
Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je smpai sebati n gebu, pastu boleh la tuang dlm bekas n sejukkan semalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan