Pengikut

Resepi Ayam Goreng Hot and Spicy









Bahan-bahan :-

Ayam
Tepung jenama BESTARI
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili (jika perlu)
Minyak Masak

***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin

Cara-cara

1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh smpai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam)

2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Sy perap 5 jam.

3. Sediakan tepung untuk salutan pulak

4. Cmpurkan tepung bestari yg blm di bancuh dgn air dgn tepung gandum & tepung beras (sy xda sukatan yg tetap. Main agak2 je. Anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras

5. Pastu amik aym yg dh perap tdi masuk dlm cmpuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul2 sebab kalau buat bnyk2 dia jadi x cntik & tak bersalut. So kene sabarrrrrr masa bedak kan dia.

6. Masukan aym dh salut tadi dalm minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (xperlu gaul2 banyak kali. Biakan dia masak dgn tenang)

*masa goreng dlm periuk or kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jgn bnyk2 sngt. Ikot saiz tmpt masak tu lerrr

7. Lepas tu dah masak kan agak2 kekuningan. Angkat lerrrr. Lepas tu ngap la πŸ˜‚


SELAMAT MENCUBA rakan rakan semua.


Tiada ulasan:

Tak Perlu Bayar Agensi RM40K Untuk Bina Web App

Minta quotation agensi software sampai RM40k untuk buat app simple sebenarnya benda yang boleh dielakkan sekarang. Pernah tak anda ada idea ...