Pengikut

Tips Bisnes Bakeri

5 Ilmu PENTING Yang Perlu Anda Pelajari Sebelum Terjun Ke Bidang Bisnes Bakeri Yang Menguntungkan Ini!

Bisnes bakeri dari rumah antara salah satu model bisnes yang paling popular dijalankan terutamanya pada musim COVID-19 ini.. Ini kerana bisnes ini sangat mudah untuk dioperasikan tanpa memerlukan sebarang kos yang tinggi.. Malah para suri rumah juga sudah mula menjadikannya pendapatan tambahan untuk menyara kehidupan mereka..

Jika anda mempunyai minat yang mendalam dalam membuat kek, roti dan pastri SERTA rajin belajar resepi-resepi terkini secara online & menghasilkannya untuk santapan keluarga, bisnes ini adalah bisnes yang terbaik untuk anda.. Bisnes ini juga sangat menyeronokkan terutamanya ketika anda membaca komen-komen positif daripada para pembeli yang sangat berpuas hati.. Ia membuatkan anda rasa hobi anda selama ini sangat berbaloi!

Bermula dengan hobi, siapa sangka ia boleh menjadi sebuah bisnes dari rumah yang mampu menjana keuntungan 3-4 angka sebulan tanpa perlu mengeluarkan kos besar untuk menyewa kedai, membayar pekerja dan sebagainya.. Anda boleh bermula dengan modal yang kecil TAPI berpotensi untuk menjana keuntungan yang besar.. Bukankah ianya sangat hebat?

Apa yang anda perlukan untuk memastikan bisnes bakeri dari rumah anda ini benar-benar berjaya menjana untung lumayan ialah memperlajari ILMU yang mendalam mengenai cara terbaik menguruskan Bisnes Bakeri anda sendiri dari A sampai Z.. Dengan ilmu penting ini, anda mampu mengelakkan kesilapan seta mengurangkan risiko kerugian yang besar..

Inilah 5 Ilmu PENTING yang perlu anda pelajari sebelum memulakan Bisnes Bakeri anda sendiri..

#1 - Ilmu Bisnes

Ilmu pengurusan bisnes sangat sangat penting walaupun anda hanya memulakan bisnes bakeri dari rumah.. Ini kerana jika anda ingin membina bisnes yang tahan lama, anda perlu membina identiti bisnes atau branding yang tepat serta diingati oleh ramai pembeli produk bakeri anda.. Ilmu bisnes ini juga mampu selamatkan dari sebarang risiko kerugian yang sia-sia..

#2 - Ilmu Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik sangat penting dalam bisnes bakeri anda kerana setiap duit yang masuk hasil jualan produk bakeri anda inilah yang akan digunakan kembali untuk membeli bahan bagi menyiapkan tempahan yang lain pula.. Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan dicatatkan dengan detail agar anda dapat menetapkan harga yang sesuai untuk produk bakeri anda..

#3 - Ilmu Pembuatan Produk Bakeri

Ilmu menghasilkan produk bakeri yang berkualiti sangatlah penting untuk memastikan bisnes anda sentiasa mendapat sambutan ramai.. Dengan resepi yang betul & cara menghasilkannya yang tepat serta kelengkapan bakeri yang bagus, anda mampu hasilkan produk bakeri yang mendapat sambutan ramai pembeli..

#4 - Ilmu Marketing

Marketing adalah nadi kepada kejayaan sesebuah bisnes termasuklah bisnes bakeri dari rumah ini.. Dengan marketing yang berkesan, kewujudan bisnes anda dapat diketahui dengan lebih meluas dan ini mampu membantu anda mendapatkan lebih ramai pembeli yang baru untuk produk bakeri anda..

#5 - Ilmu Komunikasi

Komunikasi adalah sangat penting dalam bisnes bakeri terutamanya ketika mendapat tempahan untuk majlis atau menerima custom order melalui Whatsapp.. Pastikan anda sentiasa memilih nada yang betul dalam percakapan mahupun penulisan mesej anda kepada mereka di Whatsapp, email serta media sosial.. Komunikasi yang baik adalah aset penting bisnes bakeri anda! 

Dengan menguasai ilmu-ilmu di atas, anda bukan sahaja mampu menjana keuntungan lumayan setiap bulan dari Bisnes Bakeri anda - MALAHAN anda juga mampu menarik lebih ramai pembeli produk bakeri anda dengan lebih mudah & berkesan.. Bisnes Bakeri anda juga mampu menjadi lebih stabil dan dikenali ramai.. Inilah yang anda perlukan untuk mulakan bisnes anda!

"Di Mana Tempat TERBAIK Untuk Pelajari Ilmu-Ilmu Tersebut?"

Jika anda benar-benar serius ingin mulakan Bisnes Bakeri dari rumah anda sendiri, ada 2 pilihan kaedah pembelajaran yang anda boleh ikuti bagi mempelajari ilmu-ilmu yang diperlukan iaitu:

#1 - Kaedah Pembelajaran Sendiri

Jika anda mempunyai masa lapang, anda boleh menghadiri kursus-kursus pembuatan kek, roti dan pastri SERTA menghadiri seminar-seminar keusahawan untuk menambah ilmu tentang cara berbisnes dengan lebih menguntungkan.. Anda boleh pelajarinya sendiri secara berdepan dalam setiap kelas atau seminar yang dianjurkan..

Atau jika anda tidak mempunyai pengangkutan, anda boleh belajar sendiri dari rumah dengan menonton video-video pembuatan produk bakeri & keusahawanan di YouTube atau Channel "Asian Food Channel" di televisyen anda.. Anda boleh bereksperimen dengan menghasilkan produk bakeri daripada resepi baru yang anda pelajari ini..

Tapi JIKA anda tiada masa, saya cadangkan anda melihat kaedah pembelajaran seterusnya..

#2 - Kaedah Pembelajaran Pantas

Ya, anda tidak tersilap - ianya tertulis kaedah pembelajaran pantas kerana ia bagaikan "shortcut" untuk anda membina Bisnes Bakeri yang berjaya.. Apa yang anda perlu lakukan HANYALAH belajar sendiri daripada pengusaha bakeri dari rumah yang telah berjaya.. Pengalaman mereka mampu bantu anda membina bisnes yang lebih menguntungkan tanpa perlu mengalami sebarang risiko kerugian..

Seorang pengusaha Bakeri dari rumah yang berjaya bernama Puan Nik Roslin Nik Men berkongsi ilmu dari A sampai Z bagaimana anda mampu membina sebuah Bisnes Bakeri dari rumah yang benar-benar mampu menjana keuntungan konsisten setiap bulan tanpa memerlukan sebarang bajet besar dalam ebook yang bertajuk "Panduan Bisnes Bakeri.. 

Ebook ini ditulis berdasarkan kepada pengalamannya sendiri membina Bisnes Bakeri dari kosong sampai berjaya hari ini.. Antara ilmu yang bakal anda pelajari dalam ebook ini ialah:

  • Penerangan SEBENAR cara memulakan & menguruskan Bisnes Bakeri Dari Rumah
  • Formula 2M + 2P yang memudahkan anda kekal bermotivasi sepanjang berbisnes dari rumah
  • Strategi pemilihan produk bakeri yang TERBAIK untuk Bisnes Bakeri anda
  • 4 langkah MUDAH untuk membuka bisnes bakeri dari rumah sendiri
  • Senarai LENGKAP peralatan yang anda perlukan beserta anggaran kosnya
  • Formula TERBAIK untuk menetapkan harga setiap produk bakeri
  • 8 kaedah promosi yang BERKESAN untuk bisnes bakeri anda
  • 5 kesilapan NGERI yang perlu dielakkan dalam bisnes bakeri
  • 9 cabaran bisnes bakeri & cara TERBAIK untuk tanganinya
  • Strategi BERKESAN menjana minimum RM2,000 setiap bulan dengan bisnes bakeri
  • Dan 10 tips PENTING untuk hasilkan produk bakeri yang sangat berkualiti!


Dengan ilmu yang dikongsikan dalam ebook "Panduan Bisnes Bakeri" ini, anda pasti mampu membina sebuah bisnes yang dapat menjana keuntungan konsisten 3 hingga 4 angka setiap bulan - hanya dengan membuat produk bakeri dari rumah sahaja.. Kos untuk memulakannya juga sangat rendah TETAPI potensi pendapatannya sangat tinggi.. Inilah lubuk lumayan terbaik untuk anda!

Malah resepi menu bakeri terlaris juga turut diberikan bersama ebook ini disamping ilmu lengkap tentang bahan asas bakeri berserta cara pembuatan roti yang benar-benar disukai ramai.. Inilah shortcut terbaik yang mampu membantu anda membina sebuah bisnes bakeri dari rumah yang benar-benar berjaya!

Kini pilihan di tangan anda.. Sama ada anda mahu CEPAT BELAJAR menguasai ilmu terbaik cara membina bisnes bakeri dari rumah yang menguntungkan anda ini ATAU anda mahu belajar secara perlahan-lahan & terus melakukan eksperimen untuk berjaya.. Ingatlah satu perkara penting dalam bisnes ini, "SIAPA YANG PANTAS AMBIL PELUANG DIALAH YANG PALING UNTUNG!"






Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...