Pengikut

Kita baca storytelling sendiri pun rasa macam bosan


Orang lain tulis storytelling, seronok je baca.
Kita tulis storytelling, sendiri baca pun rasa bosan.

Kan?

Mostly ramai orang nak menulis storytelling tetapi gagal disebabkan tidak memahami asas yang betul.

Main hentam je, mana mahunyeeee.

Kena ikut step by step
Kena faham setiap flow
Kena kerap berlatih menulis

Barulah cerita kita akan jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

So, nak tak belajar menulis storytelling dengan cara yang betul?

Baca info ringkas di sini & mulakan penulisan storytelling anda.






4 benda yang simple dan mudah faham


Bila nak tulis cerita, kena tahu benda ni:
Elemen storytelling
Prinsip storytelling
Format storytelling
Penghias storytelling

Kita tak bercakap bahasa jargon bombastik, ini 4 benda yang simple dan mudah faham.

Tahu semua ni, insyaallah boleh menulis dengan baik

Jom kita belajar dulu, kemudian kita sama-sama menulis cerita yang bagus untuk diri, brand & bisnes.





Anda tahu tak storytelling tu apa?


Ramai orang tak tahu storytelling ni bukan sekadar cerita tetapi ada kegunaannya. Anda boleh guna storytelling untuk tujuan berikut:
✅ Kutip derma / sumbangan
✅ Sampaikan dakwah
✅ Jual produk
✅ Naikkan brand
✅ Kongsi pengalaman

Even kau nak berak pun, kau boleh sampaikan dengan baik melalui storytelling.

Tak rugi pun belajar storytelling.

Bukan 24 jam kena guna storytelling, hanya guna bila perlu & ikut kesesuaian content sahaja.

Nak belajar tak?

Boleh belajar di sini







Minta cuti dengan majikan?

Tahu tak, anda boleh minta cuti dengan majikan menggunakan storytelling?

Ni aku bagi contoh storytelling ringkas

Sebelum tulis, kita set matlamat akhir

[Bos, saya nak minta cuti sebab saya sakit perut]

Kita tukar jadi storytelling

===>

Semalam balik kerja, mak ajak keluar makan. Saya dah penat tapi keluar juga la sebab mak nak belanja makan.

“Nak makan di mana?”, tanya mak.

Saya angkat bahu je sebab tak tahu nak pergi kedai mana

“Kita gerak je la dulu, jumpa kedai kita berhenti makan. Setuju?”, kata mak.

“Orait, jom”, saya balas pendek.

Mak start kereta dan bawa kereta ke arah pekan. Terjumpa satu kedai tepi jalan tapi nampak kurang menarik, orang pun tak ramai.

Saya geleng kepala “tak best kot kedai ni”

Mak teruskan perjalanan.

Beberapa kedai dah lepas, semuanya saya geleng sebab memang nampak tak menarik.

Sampailah saya ternampak satu kedai yang dipenuhi kenderaan.

“Mesti kedai ni sedap mak, ramai orang”

Mak pun terus belok masuk ke halaman kedai dan parking kereta.

“Jom, kita pergi makan”, mak dah teruja nak makan.

Kami pun order makanan dan makan sampai selesai. Kemudian pulang ke rumah.

Saya bersiap dan terus masuk tidur lepas solat.

Bangun pagi ni, perut memulas dengan kesakitan yang maksimum. Saya masuk tandas dan mula membuang air besar.

“Tak apa, buang biasa je ni. Kejap lagi pergi kerja”, kata hati saya.

Belum sempat nak keluar dari tandas, perut memulas sekali lagi.

“Sah, kena cirit birit. Mesti salah makan di kedai semalam”, saya fikir.

Keluar dari tandas, saya tanya mak in case dia pun kena cirit birit. Saya cari mak di dapur, tak ada. Ketuk pintu bilik, rupanya mak pun dah 5 kali berulang masuk tandas.

Kami berdua kena cirit-birit.

Jadi, maaf bos.

Saya terpaksa off day hari ini. Kalau pergi kerja pun, saya yakin saya tak boleh buat kerja dengan baik.

Boleh bos?

===

Agak-agak, yang mana lebih convincing untuk dapat cuti?

Meh belajar tulis storytelling cara mudah di sini








Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...