Pengikut

Surat Saman Daaaaa .....

Ada sorang ni power sungguh dia edit video upload di youtube. Boleh dapat banyak view tu. Tiba-tiba video kena claim copyright sebab ada ambil hakcipta orang. Jadi, tak boleh buat duit pun.

Maka ia ibarat ada bini lawa, tapi rupanya bini pondan.

Youtube bukan berkaitan power edit video sangat. Ia berkaitan undang-undang.

Impian nak buat duit dengan youtube rupa-rupanya bukan duit yang dapat. Tapi dapat SURAT SAMAN!

Jom belajar buat duit di youtube dengan cara yang betul dan berkesan ....

Tak tahu buat content youtube?

Sesebuah kejayaan itu bukan datang terus bergolek. Semuanya bermula dari bawah. Dari bawahlah kita kenal erti susah dan senang, gagal dan berjaya, jatuh dan bangun. Semua itu adalah sebuah pembelajaran untuk menuju ke arah kejayaan yang sebenar.

Apa yang perlu? Usaha, usaha dan usaha.... .

Berminat jadi YOUTUBER?

Tidak tahu nak buat Content Youtube? Boleh tekan link E-Book Youtuber



Resepi Kek Santan Viral







BLEND :

4 biji telur
1 sudu besar ovellate
3 sudu besar susu pekat (asal 4 sudu)
1/2 cawan gula (asal 1 cawan)

Dah kembang, tuang dalam mangkuk.

CAMPUR YANG DAH DIBLEND TADI DENGAN:

1 sudu besar baking powder
2 cawan tepung gandum
1 kotak santan apa-apa brand (200ml)

Letak pewarna, ikut suka.
Tuang dalam loyang saiz 8x8.
Lepas tu kukus selama 40 minit.


Sesuai sangat untuk sarapan or minum petang.

Selamat mencuba ya, kawan-kawan! 




Terima kasih untuk owner resepi. 




#resepiPKP

Kena Ada Lesen Ke Kalau Jadi Youtuber?

Siapa kata nak jadi youtuber kena ada lesen?







Rahsia Metada Youtube

E-Book ini berharga RM40. Padat dengan ilmu hebat tentang buat duit dengan youtube. 

Siap ada lagi hidden advantage iaitu anda berpotensi untuk jadi power dalam ilmu online marketing. Sebab apa? 

Kalau nak tahu boleh la dapatkan E-Book ni...

Ok tunggu apa lagi?? Jom dapatkan E-Book ini sekarang. Klik link ni untuk melihat info, kandungan dan kelebihannya.





Cara Buat Duit Dengan Youtube

Cara buat duit dengan YouTube tanpa perlu ada banyak views.

Ramai orang ingat nak buat duit dengan YouTube, mesti kena ada banyak views. Memang betul, lagi banyak views, lagi banyak potensi income. 

Tapi, kalau kita yang masih baru nak mula bagaimana nak mula jana income dari video Youtube yang baru kita upload. 

Dalam E-Book Rahsia Metadata Youtube, dikongsikan step by step setting dalam Youtube bagi video kita supaya dapat hasilkan income walaupun views sikit.




Mula buat duit Youtube di sini





Cara Buat Income Pasif

Ini cara buat income pasif dengan hanya sistem set & forget ini.

Siapa sangka, dengan hanya upload video dalam Youtube pun boleh dapat income pasif. Hanya upload & tunggu income masuk. 

Stop! Stop!

Bukan semudah itu. Penulis E-Book ini sendiri dah berkecimpung dalam bidang ini hampir 2 tahun pun struggle untuk jumpa formula semudah ini. 

So korang jangan buat kesilapan macam dia. 

Dalam E-Book Rahsia Metadata Youtube, penulis E-Book ini akan kongsi step by step setting dalam Youtube bagi video kita supaya dapat hasilkan income walaupun views sikit.

Mula buat duit Youtube di sini






View Sikit Tapi Income Banyak!

Khas untuk youtuber newbie, amatur & profesional yang ingin lipatgandakan lagi income youtube dan nak tingkatkan lagi kualiti channel youtube. 

Menjadikan channel youtube anda bertaraf alam di sebalik mata dia panggil.

Untuk info dan kandungan lanjut, tekan link ini SEKARANG





EBOOK BAGAIMANA BANKRAP MENJADIKAN AKU KAYA

Jika anda down, putus ada, bankrap, bacalah ebook ini untuk bangun semula dan rasa lebih bersemangat. Kalau kita rasa susah, ada orang yang pernah merasai kesusahan dari apa yang kita alami. Siapa kata bankrap tak boleh buat duit? Hafiz Mansor buktikan dalam keadaan bankrap boleh buat duit ribuan ringgit hingga kini.




RAHSIA YOUTUBER NAIKKAN VIEWS DENGAN HEADLINE

Ramai yang ambil tidak peduli hasilkan headline yang menarik pada video. Headline video menarik akan bantu buat orang berhenti untuk klik dan tengok. Jadi belajar cara tarik view dengan hasilkan headline yang power.



EBOOK 365 AYAT EMOSI MUDAH VIRAL

Post di fanpage, di wall facebook, instagram dan twitter tak menarik perhatian? Semuanya telah disediakan dalam 365 ayat emosi memikat jiwa. Orang suka share ayat-ayat jiwang. Jadi Ebook memudahkan kerja anda. Jadikan dalam bentuk gambar dan post di media sosial.




EBOOK 105 TEMPLATE HEADLINE PADU

Apa guna menjual barang atau menulis sesuatu yang menarik di facebook, ecommerce atau blog tapi tak mampu buat orang berhenti untuk membaca. Jadi Ebook ni telah sediakan 105 template headline untuk anda hasilkan headline yang padu. Sangan mudah hanya isi tempat kosong sahaja dengan perkataan yang sesuai. Contoh juga disediakan.





EBOOK 176 TEMPLATE COPYWRITING THE STORY SELLING

Ebook ini memudahkan anda menjual produk melalui jalan penceritaan. Jual dimedia sosial paling terbaik adalah dengan bercerita. Ebook ni bukan hanya memudahkan anda dengan 176 template, malah mengajar cara membuat cerita untuk menjual terutama di Facebook.



TEMU DUGA PEGAWAI SAINS GRED C41 (EMBRIOLOGI) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini adalah produk evergreen sejak tahun 2009. Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Adakah nama anda di panggil?

Rujukan ini khas untuk anda





TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 JABATAN PERTANIAN MALAYSIA


Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini adalah produk evergreen sejak tahun 2009. Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Adakah nama anda di panggil?

Rujukan ini khas untuk anda


TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29 JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini adalah produk evergreen sejak tahun 2009. Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Adakah nama anda di panggil?

Rujukan ini khas untuk anda

EBOOK BUAT DUIT DENGAN BISNES BAJU BUNDLE

Ebook ni ajar bagaimana nak buat bisnes yang mudah dapatkan tunai yang cepat dengan menjual baju bundle. Semua info berkaitan disediakan sebelum nak mulakan bisnes baju bundle. Info pemborong baju bundle juga disediakan.


EBOOK SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH

Sehingga kini masih ramai yang tidak buat perjanjian sewa rumah atas alasan tidak tahu, susah dan tidak sempat. Ia menimbulkan masalah bila owner halau keluar atau penyewa tidak mahu bayar. Surat ini akan selesaikan masalah yang berlaku.




Kisah Pelabur Tersontot

Kecoh isu pelabur hartanah "tersontot" dek terbeban dengan hutang hartanah. Khabarnya, dia buat multiple submission untuk beli beberapa hartanah serentak, selepas belajar dari seorang Sifu Hartanah. 

Multiple submission ialah menghantar beberapa application pembelian rumah secara hutang kepada banyak bank secara serentak. Maknanya, kalau nak beli 5 rumah, hantar 5 application serentak kepada sekurang-kurangnya 5 bank.

Jadi, setiap bank hanya menyemak kelayakan peminjam berdasarkan rekod sedia ada dan tak mengetahui bahawa ada 4 lagi application daripada peminjam yang sama kepada bank lain.

Jika semua bank meletakkan pra-syarat yang sama dan pemohon mempunyai rekod kewangan dan CCRIS yang cantik, kebarangkalian besar permohonan 5 buah hartanah tadi diluluskan. 

Ini ialah pro dan kontra multiple submission:

PRO

- Dapat manipulasi kelemahan sistem bank.

- Dapat beli rumah lebih daripada kelayakan sebenar.

- Dapat levarage OPM (others people's money) 


KON

- Apabila membeli rumah melebihi kelayakan sebenar bermakna ia juga di luar kemampuan sebenar kita.

- Jumlah hutang tak mamadai kedudukan aliran tunai kita

- Ansuran bulanan juga akan melebihi kemampuan sebenar pendapatan kita.

Dalam modul Bijak Merancang Wang, mengandungi penyata aset dan hutang ini (rujuk gambar) untuk menyemak sama ada hutang yang kita miliki itu sihat atau tidak.

Ya, kewangan juga ada tahap kesihatan. Ia memerlukan "financial check up" sebagaimana tubuh badan memerlukan medical check up.

Buku Manual Wang #BMW3series mengandungi format untuk menyemak sendiri tahap kesihatan kewangan kita. Gambar di atas adalah sample sebahagian buku manual ini.

Detail buku manual ini di www.WorkBookBMW.com







Jom Belajar Bijak Merancang Kewangan

E-Learning Seminar Merancang Wang atau #eSeminarBMW adalah rangkuman modul kewangan yang dimulai dengan pembentukan mindset kewangan yang betul dan kemudian diikuti dengan profil kewangan dari mula mendapat gaji, mengumpul harta, menguruskan hutang, membuat simpanan, melanggan takaful, merancang persaraan, membayar zakat sehinggalah kepada pengurusan wasiat dan pusaka. Ia dibangunkan sejak lebih 10 tahun dan dipersembahkan kepada ribuan peserta melalui siri-siri ceramah, program, bengkel dan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW diseluruh negara, ia turut digunakan oleh para konsultan di INFAQ Consultancy untuk membantu pelanggan. Ini pertama kali dipersembahkan dalam bentuk rakaman video dan disertakan bersama ebook dalam pakej #eSeminarBMW.



Bayangkan Bagi Yang Acah-Acah Kaya

Sehingga kini saya tak percaya pada teori sesetengah usahawan "beli kereta untuk impress klien, senang rekrut dan bukti kejayaan bisnes"

Bagi yang mampu, seumpama Tauke Ayam Bismi, pun bersungut selepas beberapa tahun apabila mendapati harga susut nilai dari RM380,000 ke RM85,000.

Bayangkan bagi yang beli untuk acah-acah kaya?

Tak dinafikan, ada sesetengah mazhab bisnes menjadikan amalan beli kereta mahal sebagai dorongan dan motivasi usahawan. Maaf kata, ia biasa berlaku dalam industri MLM, networking, salesman, takaful dan unit trust.

Dalam mazhab ini, apabila ejen / salesman / usahawan beli kereta yang mahal, maka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan installment kereta yang dibelinya.

Salahkah cara tersebut? Tak salah. Memang ia mampu memberi rangsangan kpd usahawan terbabit utk bekerja keras. Sebab dalam mindset mereka, "aku kena kejar sales bulan ni. Kalau tak, kereta kena tarik".

Tapi maaf, ia bukan mazhab kewangan yang saya amalkan. Jika ada yang amalkan, saya tak salahkan selagi mana lakukan secara legal dan patuh syariah.

Tapi perasan tak, geng-geng skim cepat kaya selalunya amalkan mazhab ini? 

Masa saya jadi ejen dan dapat banyak trip ke luar negara, saya close klien pakai kereta kancil. Masa saya naik sebagai Agency Manager, saya hanya pakai kereta Proton Persona yang dibeli dari used car. 

Masa saya naik sebagai Group Agency Manager (GAM), saya hanya pakai MPV 2nd hand yang dibeli dengan harga tak sampai RM100K.

Malah masa saya naik jadi GAM, ada ejen saya pakai kereta lebih mahal daripada kereta saya. Hahahha! 

Saya beli kereta ikut keperluan dan kemampuan kewangan. Rule of thumb, beli kereta dengan harga tak melebihi total income setahun. Lagi murah lagi bagus.

Topik ini antara yang dikongsi dalam modul #eSeminarBMW dan #BMW3series






Berhati-Hati Membuat Keputusan

"ALANG-ALANG" YG MENJERAT DIRI DLM KEWANGAN. NO 7 PALING BAHAYA. NO 8 ANDA PATUT BUAT SEGERA. 

Dalam kewangan, berhati-hati apabila membuat keputusan dengan menggunakan pendekatan "alang-alang".

1. "Alang-alang beli telefon, baik beli yang 256gb terus. Nanti boeh simpan banyak data"

- Hakikatnya, tak sampai dua tahun model telefon sudah ketinggalan dan beli pula telefon baru. 

+ Alternatif, beli dengan storage kecil pun tidak mengapa.

2. "Alang-alang pergi kerja, baik terus beli kereta. Lebih selasa berbanding naik kenderaan awam atau motosikal"

- Hakikatnya, apabila membeli kereta memakan kos 2 per 3 dariapda gaji termasuk ansuran, petrol dan penyeleggaraan yang hanya digunakan pergi dan balik kerja. 

+ Alternatif, guna sahaja kenderaan awam atau motosikal, lebih ekonmi.

3. "Alang-alang beli kereta, beli MPV terus. Nanti dah beranak pinak, senang."

+ Hakikatnya, apabila sudah beranak-pinak, MPV yg dibeli tadi sudah lusuh. Kereta lebih banyak digunakan dan dinaiki dengan jumlah ahli kelaurga yg muat utk kereta sedan.

- Alternatif, beli sedan sahaja pun memadai. Jika ahli kelaurga bertambah tidak semestinya perlu tukar MPV.

4. "Alang-alang beli rumah, beli rumah teres terus. Nanti senang apabila keluarga membesar."

+ Hakikatnya, kos membeli rumah teres sangat mahal sekarang jika dibandingkan dengan rumah apartment atau flat

- Alternatif, beli rumah apartment yg lebih murah dan sewakan kemudian menyewa sahaja di rumah teres jika perlu.

5. "Alang-alang langgan takaful, ambil yang paling mahal, semua cover"

+ Hakikatnya, takaful ialah komitmen jangka masa panjang dan produk takaful sentiasa evolve.

- Alternatif, tidak mengapa ambil dengan caruman yang rendah terlebih dahulu dan tambah sedikit demi sedikit berkadaran dengan peningkatan pendapatan.

6. "Alang-alang buat majlis kenduri kahwin, buat besar-besar. Kahwin hanya sekali"

- Hakikatnya, tidak berbaloi keluarkan kos yg tinggi, bergolak bergadai, buat pinjaman bagai, hanya semata utk majlis kenduri sehari. 

+ Lebih baik bajet yg sama digunakan utk kos kehidupan selepas kahwin spt membeli rumah dan pelaburan masa hadapan.

7. "Alang-alang kahwin, buat sampai 4"

- Rasanya belum dengar lagi "alang-alang jenis ini. Hoho!


8. "Alang-alang baca tulisan ini, kongsi dan komen la sikit. Paling kurang klik SUKA :)

Alang-alang, klik sekali www.SeminarBMW.com utk banyak lagi tips kewangan.



Jangan Salah Beli Kereta

Beli kereta tak salah, tapi ramai orang beli kereta yang salah.

Kalau Salah beli kereta mahal - Bantley Continental, Mercedes-Benz SUV, Audi Q7, Lamborghini Aventador, dan paling murah Toyota Camry - tidak salah sebab memang dia mampu.

Tapi kalau kita baru gaji RM2,000 ke RM3,000 tapi bernafsu besar beli kereta macam Salah, itu dah salah.

Pastikan harga kereta bersamaan dengan gaji kita setahun. Sama ada kita beli kereta yang harga rendah atau berusaha supaya gaji lebih lagi baru beli kereta impian.

Kena usaha dulu untuk kejar gaji macam Salah supaya dapat beli kereta macam Salah beli. 

Kalau salah beli nanti jadi #nerakawang. Tapi kalau Salah yang beli, ia #syrugawang sebab dia memang mampu dan kaya.

Belajar cara yang urus wang dengan dan beli kereta yang betul di www.SeminarBMW.com

Dalam ini ada 17 video dan 1 ebook, dan ada topik khas pasal beli kereta supaya tak terjerumus dalam #nerakawang disebabkan kereta dan bagaimana kita mampu mengumpul RM100,000 dengan hanya beli kenderaan yang betul.

Nak jadi macam Salah? Jangan salah beli kereta.

Kalau nak beli juga kereta mahal dan kemudian terjerumus dalam #nerakawang, jangan cari salah sesiapa atau salahkan Salah.

Jangan cakap Makcik Kiah tak payung. Makcik Kiah dah pesan awal-awal untuk beli www.SeminarBMW.com. Jauh lagi murah daripada ansuran Kancil tak tak?





40 Hadis Amalan Sedikit Pahala Berganda

Buku ini mengumpulkan 42 hadis yang berkaitan dengan amalan dan bacaan yang mudah, tetapi pahala dan ganjaran yang sangat banyak yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mengamalkannya.



40 AMALAN MUDAH MENURUT SUNNAH (ISLAMIK)



Mengamalkan Sunnah Nabi SAW merupakan antara nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada seorang Muslim. Oleh itu, ulama silam sanggup mengembara jauh semata-mata mahu mencari sepotong hadis.
Buku ini menghimpunkan 40 amalan mudah berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Penulis menghimpunkan amalan-amalan harian yang mudah untuk diamalkan agar kita dapat mengamalkan Sunnah setiap hari dalam kehidupan.



Punca Utama Muflis

Berdasarkan statistik Malaysian Department of Insolvency (MDI), hutang pinjaman kereta dikenal pasti menjadi punca utama kalangan rakyat mengalami muflis.

Jumlah ini adalah sebanyak 27.18 peratus daripada punca keseluruhan kes muflis.

Daripada sejumlah orang yang diisytiharkan muflis di negara kita, seramai 34.42 peratus adalah terdiri kalangan rakyat yang berusia antara 35 hingga 44 tahun.

Perangkaan menunjukkan daripada tahun 2013, sehingga Februari tahun 2017, sebanyak 23,191 kes muflis telah tercatat disebabkan tidak berupaya menjelaskan hutang pinjaman kereta.
 
Beli kereta tak salah. Tapi ramai yang beli kereta yang salah.

Ukur baju di badan sendiri.

Formula ampuh untuk mengelakkan kereta yang kita beli menjadi kenderaan yang membawa ke #nerakawang ialah, harga kereta jangan lebih dari harga setahun pendapatan.

Kalau pendapatan bulanan RM2,000 maka harga kereta jangan lebih daripada RM2,000 X 12 = RM24,000.

Masih boleh beri kereta jenama Bangsa H, tapi yang terpakai la. Tak dapat second hand, boleh cari third hand, forth hand sampai dan seterusnya.

Malu pakai kereta lama? Nak pakai kereta baru? Carilah kereta kompak. Ada kereta Bangsa V. Bukan Vios, tapi Viva.

Malu pakai kereta kecil? Malu nanti apa kata orang lain grad universiti pakai kereta kecil? Nak pakai kereta mahal juga lepas grad? Mahalkan dahulu pendapatan.

Nanti pendapatan dah "mahal", boleh beli kereta mahal. Bukan setakat Honda, Vios, dan sebagainya. Mustang pun boleh. Tapi harga kereta jangan lebih setahun pendapatan.

Beli kereta bukan sekadar bayar ansuran bulanan kepada bank.

Ia meliputi perbelanjaan lain seperti petrol, maintenance, tol, parking, servis, aksesori, bateri, takaful, cukai jalan, tayar, aircond dan segala macam perbelanjaan mak nenek.

Masa mula-mula beli kereta mungkin tak perasan sebab bayaran ansuran sahaja. Kemudian perasan hanya petrol, tol dan parking. 

Tapi bila dah masuk 2-3 bulan, baru perasan ada kos servis dan maintenance.

Masuk setahun, baru perasan pasal kos insurans takaful, cukai jalan, major servis dll. Masa ni dah start guna kad kredit. Tambah satu lagi hutang. 

Masuk dua tahun, baru perasan pula kos maintenance tayar, air cond, timing belt, bateri dan lain-lain tadi. Tak cukup kad kredit, ambil pula "personal loan" untuk cover hutang kad kredit yang makin menimbun.

Tak masuk lagi kos balik kampung, kos percutian, kos baiki kereta sebab kemalangan kecil...

Tahun ketiga pakai kereta mula salah bank, salahkan kerajaan, salahkan kapitalis, salahkan Yahudi, salahkan Zionis, salahkan Rostchild.

Pendek kata, semua salah kecuali diri sendiri. 

Tak perasan, diri sendiri dah mula terjerumus ke #nerakawang.

Kisah berlaku di Wakanda. Jangan lah sentap sangat.

Di Malaysia tak berlaku semua ni.

Harap maklum.




- Afyan Mat Rawi

Pernah tersalah beli kereta Kancil lepas grad, sampai sekarang menyesal.

Jualan #eSeminarBMW dibuka kembali. Klik www.seminarbmw.com





Golongan manakah yang di isytiharkan muflis?

Tahukah anda, majoriti golongan yang diisytiharkan muflis, adalah dari kalangan orang muda? Baca laporan di bawah:

1. 60‰ golongan muflis adakah daripada golongan muda.

2. 49% orang muda muflis berpunca daripada hutang kereta dan hutang peribadi.

3. Majoriti golongan muda yang muflis itu berpunca daripada hutang utk kepuasan peribadi, bukan utk pelaburan atau membina kekayaan.

4. Punca utama muflis adakah disebabkan tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

5. Dari tahun 2012 ke 2018, muflis disebabkan pinjaman peribadi mencatat peningkatan 104%.

6. Manakala muflis disebabkan hutang kad kredit mencatat peningkatan 43%.

7. 32% pelanggan AKPK yg berpendapatan bawah RM5,000, membuat pinjaman peribadi untuk barangan kehendak.

8. Malah, ada yang membuat pinjaman peribadi untuk belanja barangan kehendak, dua kali ganda melebihi keperluan.

9. 25% isi rumah di Kuala Lumpur memperoleh gaji bulanan kurang daripada anggaran paras kehidupan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

10. Paras kehidupan di KL dan bandar-bandar besar yang ditetapkan oleh BNM itu ialah RM2,700 bagi individu tidak berkahwin, RM4,500 bagi pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.

11. Individu dan isi rumah yg berpendapatan rendah lebih cenderung utk mengambil pinjaman peribadi & kad kredit.

12. Kebiasaan daripada rakyat Malaysia memiliki lebih dari 1 kad kredit, dan ia menyebabkan perbelanjaan melebihi kemampuan.

13. Semua di atas adalah #nerakawang

14. Cara untuk elak semua ini ialah dengan menambah ilmu kewangan. Antaranya di www.SeminarBMW.com 

Semua di atas adalah laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, yang dipetik dari Berita Harian.


Kecuali 2 yang terakhir.




- Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy




Kelas Tuisyen Online (KTO) Maths Catch


Ada anak sekolah rendah atau menengah?

Kalau anak anda sebelumni Tak Minat, Tak Fokus , Dan Masih lemah dalam Matematik,kelas KTO ni sangat sesuai untuk join.





Rahsia Saya Bersara Awal

Ok saya pernah kerja syarikat swasta sebelum ni. Saya juga pernah buat part time jual insurance sebelum ni.

Kenapa dah kerja swasta, buat part time jual insurance pulak?

Hehe.. soalan tu selalu saya dapat. Sebabnya, gaji tak pernah cukup dan bonus pun tak lah sebesar mana pun.. lebih kurang setengah bulan gaji je. 

So far, bila saya dah bersara awal ni... bonus setiap bulan saya boleh beri pada diri saya sendiri...selain tu saya boleh meluangkan masa saya dengan begitu banyak bersama keluarga saya.

Semuanya kerana Bisnes Internet yang saya buat sekarang ni. Saya bermula dengan jual produk Affiliate.

Dari part time terus full time. So, sekarang masa untuk saya bantu anda pula.

Jika anda serius nak buat duit dari rumah dengan bisnes Affiliate, dapatkan panduan lengkap A-Z







Hanya 1 link sahaja

Hanya guna 1 link sahaja! Khas untuk peniaga online yang sentiasa berurusan melalui wasap.

Ini adalah kad bisnes digital anda. Boleh letak semua jenis media sosial dalam 1 link. Dan yang paling penting, anda juga boleh letak produk jualan.

Kenapa perlu pakai link berbeza? 1 link pun dah cukup.





Tengah survey ke tuuuu?????

Sebelum beli, elok baca juga posting ini.

Saya tahu, sekarang musim orang survey kereta baru. Bukan untuk menghalang, tapi untuk berkongsi pengalaman. 

Apabila bertemu dengan individu-individu yang mempunyai masalah kewangan, berikut adalah beberapa situasi yang saya temui;

🚘 Dalam banyak situasi, kereta bukan keperluan dan banyak mendatangkan musibat kepada pemiliknya berbanding manfaat.

🚘 Dalam banyak situasi, kereta digunakan HANYA untuk pergi dan balik kerja sahaja dan sesekali sahaja untuk perjalanan jarak jauh. 

🚘 Dalam banyak situasi, pembayaran ansuran kereta kita-kira 30% ke 40% daripada gaji. 

🚘 Dalam banyak situasi, apabila dikira kos sebenar memiliki kereta termasuk petrol, tol, servis maintenance, parking, roadtax, takaful kereta, tayar, aircond, saman, aksesori dan sebagainya - ia mencecah 50% ke 70% daripada gaji. 

❌ Bermakna, kerja separuh hari hanya untuk menganggung kereta⁉️

❌ Bermakna, kerja Isnin sampai Rabu hanya untuk menanggung kos membela kereta⁉️

❌ Bermakna kerja dari 1hb hingga 15hb hanya untuk membayar kereta⁉️

❌Bermakna, kerja dari Januari hingga Jun / Julai hanya untuk kereta⁉️

SOLUSI;

🚗 Dalam banyak situasi juga, masalah kewangan dapat diselesaikan dengan menjual kereta atau paling kurang tukar kereta yang lebih murah dan rendah maintenance. 

🚗 Tapi tak ramai yang mengalami masalah kewangan, yang SANGGUP untuk mengorbankan kereta mereka. 

Rela menanggung beban kereta daripada selesaikan masalah kewangan. 

Kata mereka; 

"Kalau pakai kereta kecik, nanti apa orang kata" walhal bukan orang yang mengata tu nanti bayar installment kereta kita.

"Saya beli sebab nak bawa balik kampung" walhal balik kampung sekali sekala.

"Saya beli kereta besar supaya senang bawa anak-anak ramai nanti" walhal anak baru dua orang 

"Saya beli kereta sebab nak pergi ofis" ini dah saya hurai panjang di atas. 

Bermakna masalah yang dihadapi bukanlah masalah kewangan, tapi masalah emosi. 

Panduan dan tips beli kereta adalah antara topik menarik dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.

Ketahui bagaimana strategi kumpul simpanan melalui kos membeli kereta.


Mesti ada yang kecam sebab posting ambil kesempatan untuk promote produk. Hoho!





Kisah jutawan

Di TV, kebanyakan drama atau filem melayu menggambarkan bisnesman sebagai seorang korporat, rumah besar, kereta besar, anak belajar oversea (kalau tak UK, mesti US), sembang bisnes saham juta-juta, guna panggilan “papa-mama”, pakai formal suit masuk pejabat, bawa breif case besar, disambut oleh gadis cantik sebagai PA dan sebagainya. 

Kemudian selalunya, mereka ada konflik rumah tangga - pasangan curang, bisnesman itu sendiri main kayu 3, skandal dengan PA, atau anak-anak yang bermasalah. 

Atau si bisnesman ada masalah bisnes dengan partner masing-masing kemudian anak mereka saling jatuh cinta. 

Atau mungkin juga partner bisnes mengkhianati atau pecah amanah.

Tuan-Puan boleh tambah sendiri. 

Saya ada 3 guru bisnes jutawan. Jutawan sebenar-benarnya. Harta mereka melebihi RM1 juta nilai aset bersih mereka. 

Saya mengenali secara personal, 3 orang jutawan yang saya anggap mereka sebagai sifu saya. 

Ketiga-tiga mereka adalah Melayu Muslim, yang mempunyai bisnes tersendiri. 

Seorang mempunyai bisnes penerbitan, seorang lagi pula jutawan melalui pelaburan, dan seorang lagi melalui bisnes eksport.

Tapi ketiga-tiga mereka, tidak seperti jutawan sebagaimana digambarkan di FB, filem atau drama Melayu. 

Seorang, saya pernah ke rumahnya yang tidak mempunyai perabot malah tiada pagar pun rumahnya. 

Seorang lagi, ketika mula-mula kenal sehingga kini lebih selesa membawa Kelisa. 

Yang seorang lagi hanya bawa motosikal Honda Cup!

Hahahaha!

Langsung tak sama dengan gambaran orang bisnes dalam TV. Mungkin saya jumpa jutawan yang salah kot. 

Hahahaha!

Kalau ada yang nak belajar ilmu urus wang, klik www.SeminarBMW.com 

- Afyan Mat Rawi





Perancangan Kewangan Suami Isteri


15 Step Perancangan Kewangan Suami Isteri

1. Ia bermula sebaik sahaja memulakan perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama.

2. Rancang majlis perkahwinan dengan kos yang bersesuaian dan bukan ikut trend atau fikir apa kata orang. Jauhkan dari berhutang. Pedulikan kata-kata pakcik dan makcik bawang. Biar majlis tak grand, asal tak berhutang.

3. Selepas berkahwin, boleh mula menabung untuk beli rumah pertama, bukan untuk beli kereta pertama. Selalu berlaku, tak dapat beli rumah sebab duit dah habis banyak untuk ansuran dan maintenance kereta. Jadi, rancang untuk beli rumah dulu baru beli kereta, bukan sebaliknya. Pastikan installment rumah lebih rendah oleh kadar sewa.

4. Tak perlu malu kalau rumah pertama ialah rumah pangsa. Ia jauh lebih baik dari menyewa sampai tua. Lepas ada rumah pertama, kita akan bernafsu untuk rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Masa tu tak kisah pun kalau pakai kereta buruk sahaja.

5. Pilih kenderaan yang sesuai, fungsinya untuk bergerak dari titik A ke titik B. Kalau baru berdua tak perlu sampai pakai MPV. Harganya jangan lebih setahun gaji.

6. Gabungkan gaji bersama untuk rancang kos kehidupan berkeluarga. Bahagikan ikut formula 30% untuk belanja isi rumah, 30% untuk hutang, 5% ekstra, 5% pemberian dan 30% lebihan.

7. Pastikan perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang piutang tak lebih dari 30% setiap satu atau maksima 60% kombinasi kedua-duanya. Ekstra 5% sebagai tambahan jadi 65%. Jika dari awal dapat susun, makin lama makin mudah.

8. Rancang minima 30% lebihan untuk 3 perkara penting ini; 10% simpanan, 10% perlindungan takaful, 10% pelaburan. Ia perancangan sepanjang masa hingga akhir usia.

9. Langgan takaful income protection untuk suami isteri. Pastikan coverage mencukupi 10 tahun gaji. Jika langgan “loving couple policy” – jika salah seorang mati, polisi satu lagi jadi free. Kemudian baru rancang untuk medical card pula.

10. Boleh mula untuk buat perancangan pusaka dan harta sepencarian. Kita tidak tahu usia kita sampai bila, maka permudahkan urusan pasangan.

11. Rancangan persaraan. Dari sekarang perlu buat tabungan. Ini penting supaya kelak tua kita tidak terbeban. Boleh mula pelaburan yang paling mudah dan murah; emas dan unit trust sebelum beralih kepada yang lebih sukar dan sukar; saham dan hartanah.

12. Apabila mula menimbang cahaya mata, boleh mulakan perancangan dana pendidikan mereka. Ada banyak cara; takaful pendidikan, TH, ASB dan SSPN-I antara pilihannya.

13. Aset penting dalam sebuah keluarga ialah ilmu. Penuhi rumah dengan buku. Kena ada perpustakaan mini di satu bucu. Bukan TV, Astor, pinggan, mangkuk, sudu atau garfu.

14. Jangan lupa rancang untuk pergi haji. Pastikan dah daftar dengan Tabung Haji. Daftar untuk anak-anak sekali. Semoga dapat panggilan ilahi.

15. Perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain tadi perlu di”review” sekali-sekala. Supaya ia dikemaskini sentiasa. Sebaiknya 2-3 tahun secara berkala.

Belajar ilmu kewangan secara bermodul dalam #eSeminarBMW www.SeminarBMW.com







Di Manakah Kewangan Kita Sekarang

Perkara biasa yang saya saya hadapi apabila berhadapan dengan masalah kewangan ialah, "tak tau nak start dari mana." 

Sebenarnya, merancang kewangan ni macam kita guna GPS.

Masa guna GPS, apa perkara pertama yg perlu kita lakukan?

Yes, kita akan masukkan loaksi destinasi yang kita nak pergi. Betul tak?

Baik, ini semua orang tahu.

Sama macam dalam perancangan kewangan. Semua orang ada matlamat masing-masing.

Nak selesaikan hutang.

Nak beli rumah.

Nak gaji besar.

Nak kereta besar.

Nak jadi jutawan.

Nak menunaikan haji.

Dan segala macam matlamat lagi. 

Tapi adakah kita letak matlamat itu secara praktikal dan realistik?

Contoh, kita di KL, adakah kita akan letak lokasi "Mekah" sebagai destinasi kita dalam GPS?

Tentu tidak. Kita akan letakkan lokasi yang memang kita nak pergi dan praktikal.

Apa yang seterusnya?

Selepas kita masukkan lokasi, GPS akan mengesan lokasi kita sekarang secara spesifik.

Maka, begitulah juga dalam kewangan peribadi.

Kena kenal pasti lokasi spesifik kita berada sekarang.

Cuba bayangkan, GPS yang kita gunakan tak dapat kesan lokasi kita sekarang? Sudah tentu ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebagaimana GPS, begitu juga untuk kewangan peribadi.

Kita kena tahu di mana kedudukan kita sekarang. Kedudukan kewangan kita sekarang boleh dikenal pasti melalui 2 maklumat ini:

1. Penyata Aliran Tunai / Cashflow

2. Penyata Aset Bersih / Networth

PENYATA ALIRAN TUNAI mengandungi duit masuk dan duit keluar.

Manakala PENYATA ASET BERSIH pula mengandungi maklumat aset dan hutang-piutang kita.

Panduan ini ada dalam modul kewangan #eSeminarBMW di www.SeminarBMW.com 




Gambar sekadar hiasan.





Pelaburan Ketika Krisis

Starter-pack pelaburan ketika krisis

1. Mulakan dengan allocatio untuk simpanan kecemasan, 3 bulan gaji. Gabungkan wang lebihan daripada moratorium, KWSP, penjimatan kos isi rumah dll. Asingkan ke Tabung simpanan kecemasan bersamaan 3 bulan gaji.

2. Mulakan dengan buat research dan bacaan peluang-peluang pelaburan yang ada. Pelaburan yang paling menguntungkan ilmu. Jangan terburu melabur nanti jadi melebur. Cari guru.

3. Bahagikan kepada beberapa kelas risiko dan jenis pelaburan. Contoh, emas, unit trust, saham, hartanah, dan lain-lain. Setiap jenis pelaburan juga ada kategori-kategori tertentu dari sudut kelas risiko. Jangan letak semua telur dalam satu bakul.

4. Fokuskan kepada palaburan yang mudah cair. Dalam situasi krisis sebegini, pelaburan mudah cair lebih mudah untuk diuruskan untuk urusan jual, beli. Lagi mudah ia dicairkan, lagi mudah. Sebaiknya ia boleh dilakukan secara online.

5. Pastikan pelaburan patuh syariah. Kita nak kejar untuk di dunia dan di akhirat. Bukan kejar untung dunia sahaja. Saham, pastikan kaunter syariah. Unit trust, pastikan patuh syariah. Emas, pastikan patuh syariah. Forex tak patuh syariah ya.

6. Letakkan untuk jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 3 tahun setengah. Melabur macam kita tanam pokok, hari ini tanam untuk dapatkan hasilnya dalam tempoh tertentu. Takkan kahwin hari ini dapat anak esok? Nak dapat hasil segera bukan dengan cara melabur, tapi meniaga.

7. Susun startegi sama ada lump sum atau dolar cost averaging. Jangan laburkan sekaligus. Jangan tamak. Jangan ikut emosi. Jangan ikut trend. Jangan ikut-ikut orang lain. Ikut ilmu.

8. Sentiasa monitor, bukan semata-mata mengharapkan market naik. Sambil monitor, sambil tambah ilmu. Lagi tinggi ilmu, lagi tinggi peluang untung.

9. Bersedia untuk rugi. Pelabur yang bijak bukan pelabur yang tidak pernah rugi. Tapi pelabur yang bijak ialah pelabur yang belajar setiap kali rugi. Dia bukan rugi, cuma belum buat untung. Pelabur yang paling bijak di dunia pun banyak kali rugi. Apatah lagi kita yang baru acah-acah melabur.

10. Jika tak pandai, atau malas malas, atau tak sanggup nak buat semua ini, lebih baik tak payah melabur. Nanti apabila rugi, cakap "semua pelaburan sama". Sama ada tak payah melabur langsung atau minta tolong orang lain laburkan.

Untuk pelaburan ilmu, boleh sertai E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dgn 17 video kewangan, 2 ebook dan 1 eworkbook kewangan.




Tools Penting Berniaga Musim PKP Ni

Dalam musim PKP ni, ramai yang nampak dan sedar kepentingan mempunyai laman web, khususnya web ecommerce.

Saya nak kongsikan 5 sebab pentingnya ada web ecommerce ni:

  • Mudah closing - dah tak perlu nak close sales di wasap atau platform lain
  • 24/7 - kedai online ada berjalan 24 jam sehari, tak perlu cuti
  • Branding & Kredibiliti - Kedai online lebih dipercayai berbanding setakat iklan di FB dan wasap
  • Mudah Promosi - Mudah untuk promosi jualan kerana adanya kedai online. Hanya perlu sebarkan link sahaja
  • Automatik - Segala urusan jualan berlaku secara automaik tanpa anda perlu terlibat secara terus. Hanya perlu bawa prospek ke kedai online anda dan bila pelanggan membuat bayaran akan menggunakan ’payment gateway’ dan anda hanya lihat jumlah jualan yang terhasil

Nak ada sebuah web ecommerce mungkin makan modal yang tinggi kalau nak upah web designer. Tapi, sekarang ni dah mudah nak buat sendiri. Tak perlu coding sana-sini. Cuma 'drag and drop' saja. Setting sikit dah siap.

Boleh belajar step by step di sini






Semoga bermanfaat

Psikologi Kewangan

Kebanyakan orang yang hidupnya kesempitan wang kerana dalam mindanya negatif terhadap wang.

“Wang bukan segala-galanya”

“Wang punca kejahatan”

“Wang banyak pun bukan boleh dibawa ke kubur”

Bertanggapan buruk terhadap wang, tidak salah sama sekali.

Tidak berdosa pun.

Tapi dengan tanggapan-tanggapan negatif ini, maka secara separa sedar, minda akan menjauhkan kita daripada memiliki banyak wang.

Kenapa tidak ia ditukar kepada yang lebih positif:

“Wang boleh membahagiakan diri sendiri dan kita boleh bahagiakan orang lain”

“Wang boleh membantu orang yang kesempitan”

“Wang adalah amanah Allah”

“Banyak perkara baik dapat dibuat apabila banyak wang”

“Lagi banyak wang, lagi banyak zakat boleh dikeluarkan dan lagi asnaf dapat dibantu”

Dan seperkara lagi perkara yang perlu diketahui ialah bagaimana merancang wang.

Belajar cara urus yang betul secara bermodul dalam #eSeminarBMW





Jangan Silap Percaturan

Membaca kisah-kisah terciduk dalam pelaburan hartanah, teringat kisah-kisah yang sampai kepada saya secara langsung oleh pelabur yabg terlibat.

Dalam konteks ini, saya lebih suka gunakan perkataan "terciduk" dan bukan "tersontot", yang lebih sesuai jika ia melibatkan scam. 

KISAH 1

Beberapa tahun lepas pernah didatangi sepasang suami isteri pelabur yang pernah berpendapatan RM1 juta kemudiannya beli beberapa buah rumah dengan cara multisub.

Masa datang jumpa saya, cashflow rumah negatif, pendapatan bisnes menyusut dan jumpa saya suami isteri untuk strukturkan balik kewangan mereka.

Rumah-rumah kondo yang dibeli dijanjikan GRR (Guaranteed Rental Return) selama beberapa tahun menyebabkan mereka tertarik membeli unit tersebut. Tidak ada maslaha dengan janji tersebut, sebab pemaju memang delivery apa yang dijanjikan. 

Ketika datang jumpa saya, pendapatan utama mereka telah banyak menyusut akibat kemelesetan ekonomi ketika itu (cerita ini sekitar 2017 / 2018).

Memang mereka mengakui terpengaruh dengan strategi dan teknik yang diajar melalui seminar-seminar yang mereka hadiri untuk membeli banyak rumah serentak.

Sementelah, mereka memang layak pun untuk beli unit-unit tersebut sesuai dengan pendapatan bisnes mereka 1 juta setahun.

Selepas menyemak aliran tunai mereka, ternyata ia negatif. Pendapatan semasa tidak mampu menanggung perbelanjaan bulanan mereka dan bergantung kepada kad kredit dan hutang. Dalam masa sama, tempoh GRR mereka juga sudah hampir tamat dan kos bulanan mereka bakal meningkat lagi dan aliran tunai negatif akan bertambah. 

Bayangkan, orang yang berpendapatan RM1 juta pun boleh terciduk!

Dalam konteks kes ini, ia adalah silap percaturan. Sekurang-kurangnya 3 percaturan mereka yang silap. 

1. Pertama, silap percaturan tentang pendapatan tahunan RM1 juta tadi boleh kekal lama.

2. Kedua, silap percaturan sewa unit-unit hartanah mereka boleh berikan aliran tunai positif.

3. Ketiga, tidak menyediakan dana kecemasan untuk menghadapi "bleading" pelaburan hartanah sewaan mereka.

Apa yang saya syorkan kepada mereka ialah jual sahaja unit-unit tersebut untuk tujuan cut-loss. Mereka hanya jumpa saya sekali sahaja dan tak pasti apakah nasib mereka selepas itu.

KISAH 2

Ini cerita terbaru.

Seorang rakan saya yang menjalankan bisnes homestay dengan lebih 10 unit, sudah lepaskan unit-unit yang dipegang baru-baru ini.

Ya, lebih 10 unit homestay di Shah Alam dan pendapatannya terjejas teruk apabila kurang penyewa disebabkan krisis Covid-19 sejak tahun lepas.

Tapi bagaimana dengan mudah beliau lepaskan unit-unit homestay itu? Ia bukan multisub tapi sublet. Nampak sama tapi bukan.

Bagi yang tak tahu, istilah "sublet" bermaksud kita sewa dengan pemilik asal rumah, kemudian sewakan kembali kepada orang lain. Ia salah satu strategi dalam pelaburan hartanah. 

Mujurlah beliau jalankan bisnes homestay melalui cara sublet. Jadi, lebih mudah untuk dilepaskan berbanding yang menggunakan pinjaman bank.

Hujung tahun 2019 pasaran sewaan homestay belia semakin kuranh dan beliau hubungi pemilik-pemilik asal untuk tamatkan kontrak.

Ketika PKP, beliau bersyukur kerana tidak lagi memegang sebarang unit kecuali unit sendiri.

Saya nampak startegi beliau menjalankan secara sublet lebih cerdik dan mudah untuk keluar, walaupun kos bulanan mungkin lebih tinggi berbanding ansuran bulanan jika buat sewa beli dengan bank.

Beberapa kelebihan sublet

1. Tak perlu buat hutang dengan bank.

2. Nama tak ada dalam CCRIS

3. Mudah dilepaskan sekiranya terdesak berbanding nak jual.

Ada orang tak suka cara sublet sebab kita tak memiliki rumah tersebut. Tapi bagi saya "cinta tak semestinya memiliki". Eh, apa kaitan? Hahahaha...

JANGKAAN PASARAN DAN POTENSI HARTANAH 

Suka saya letakkan DISCLAIMER awal-awal, saya bukan pelabur hartanah tegar dan bukan trainer dan sifu hartanah. Saya hanya ejen cabuk.

1. Saya jangkakan, akan lebih ramai pelabur hartanah akan terciduk selepas tamat moratorium nanti.

2. Dalam masa sama, dijangka akan ada banyak unit-unit hartanah yang akan dijual di bawah harga pasaran. Sekarang pun begitu. Banyak juga saya dapati harga jualan rumah di pasaran sekunder yang dijual lebih kurang harga lelong.

3. Jika ada yang mahu membeli rumah, sekarang ialah masa yang sesuai. Boleh survey dulu dan rancang untuk beli. Itu pun dengan syarat ada tunai yang mencukupi.

4. OPR diturunkan beberapa kali ini menyebabkan sekarang masa yang sesuai untuk membeli hartanah. Ansuran bulanan akan jadi rendah. Yang untung ialah pembeli sedia ada. 

5. Elakkan beli unit under construction, dibimbangi pemaju tak mampu siapkan dalam masa yang munasabah. Jika nak beli juga, lakukan due diligence. Semak betul-betul latar belakang pamaju.

6. Untuk kurangkan risiko, boleh juga mulakan pelaburan hartanah melalui cara sub let. Ia ada kelebihan tersendiri walaupun kita tak memiliki rumah tersebut. Cinta tak semestinya memiliki... 😍

7. Pelaburan hartanah ialah pelaburan yang mempunyai risiko. Risikonya tinggi dan jalan keluar juga makan masa yang lama untuk jual dan masa jual tak semestinya untung.

8. Jika tak melabur hartanah pun, paling kurang boleh rancang untuk beli sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan peluang. Ia macam LRT. Sekali ia terlepas, akan ada lagi train baru akan sampai. Kena belajar dan bersabar.




- Afyan Mat Rawi

Jom belajar ilmu kewangan secara online dan bermodul di #eSeminarBMW klik www.SeminarBMW.com



Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...