Pengikut

Berhati-Hati Membuat Keputusan

"ALANG-ALANG" YG MENJERAT DIRI DLM KEWANGAN. NO 7 PALING BAHAYA. NO 8 ANDA PATUT BUAT SEGERA. 

Dalam kewangan, berhati-hati apabila membuat keputusan dengan menggunakan pendekatan "alang-alang".

1. "Alang-alang beli telefon, baik beli yang 256gb terus. Nanti boeh simpan banyak data"

- Hakikatnya, tak sampai dua tahun model telefon sudah ketinggalan dan beli pula telefon baru. 

+ Alternatif, beli dengan storage kecil pun tidak mengapa.

2. "Alang-alang pergi kerja, baik terus beli kereta. Lebih selasa berbanding naik kenderaan awam atau motosikal"

- Hakikatnya, apabila membeli kereta memakan kos 2 per 3 dariapda gaji termasuk ansuran, petrol dan penyeleggaraan yang hanya digunakan pergi dan balik kerja. 

+ Alternatif, guna sahaja kenderaan awam atau motosikal, lebih ekonmi.

3. "Alang-alang beli kereta, beli MPV terus. Nanti dah beranak pinak, senang."

+ Hakikatnya, apabila sudah beranak-pinak, MPV yg dibeli tadi sudah lusuh. Kereta lebih banyak digunakan dan dinaiki dengan jumlah ahli kelaurga yg muat utk kereta sedan.

- Alternatif, beli sedan sahaja pun memadai. Jika ahli kelaurga bertambah tidak semestinya perlu tukar MPV.

4. "Alang-alang beli rumah, beli rumah teres terus. Nanti senang apabila keluarga membesar."

+ Hakikatnya, kos membeli rumah teres sangat mahal sekarang jika dibandingkan dengan rumah apartment atau flat

- Alternatif, beli rumah apartment yg lebih murah dan sewakan kemudian menyewa sahaja di rumah teres jika perlu.

5. "Alang-alang langgan takaful, ambil yang paling mahal, semua cover"

+ Hakikatnya, takaful ialah komitmen jangka masa panjang dan produk takaful sentiasa evolve.

- Alternatif, tidak mengapa ambil dengan caruman yang rendah terlebih dahulu dan tambah sedikit demi sedikit berkadaran dengan peningkatan pendapatan.

6. "Alang-alang buat majlis kenduri kahwin, buat besar-besar. Kahwin hanya sekali"

- Hakikatnya, tidak berbaloi keluarkan kos yg tinggi, bergolak bergadai, buat pinjaman bagai, hanya semata utk majlis kenduri sehari. 

+ Lebih baik bajet yg sama digunakan utk kos kehidupan selepas kahwin spt membeli rumah dan pelaburan masa hadapan.

7. "Alang-alang kahwin, buat sampai 4"

- Rasanya belum dengar lagi "alang-alang jenis ini. Hoho!


8. "Alang-alang baca tulisan ini, kongsi dan komen la sikit. Paling kurang klik SUKA :)

Alang-alang, klik sekali www.SeminarBMW.com utk banyak lagi tips kewangan.



Tiada ulasan:

Tak Perlu Bayar Agensi RM40K Untuk Bina Web App

Minta quotation agensi software sampai RM40k untuk buat app simple sebenarnya benda yang boleh dielakkan sekarang. Pernah tak anda ada idea ...