Pengikut

RESEPI AYAM GEPREK

MasyaAllah Tabarakallah..

Resepi asal cuma guna cabai dengan bawang putih je...tapi saya dah ubah2 ikut selera saya,

Okey boleh cuba menu nii kalau suka k..memang tangkap leleh...besttt wallaaa 



BAHAN BAHAN

Ayam kampung 1 ekor 
Gula perang - agak
Limau kasturi

BAHAN SAMBAL

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 biji
Lada merah besar 3 tangkai
Cili padi merah 5 tangkai
Cili padi hijau 5 tangkai
Belacan sikit - agak2

CARA MEMASAK

1. Ayam goreng dulu macam biasa lumurkan serbuk kunyit dan garam...selepas goreng

lenyek2 dengan lesung batu..lenyek bila sambal dah siap masak..

2. Hiris semua bahan sambal..pastu goreng dah layu terus angkat blend dalam pengisar kering, masukkan sikit minyak goreng tadi, belacan, gula, perahkan jus limau, kisar...jangan halus sangat...

3. Lumurkan sambal pada ayam, lenyek2 lagi, sedia dihidang bersama terung goreng atau apa saje ulam ulaman... siap...

Tiada ulasan:

Nak Buat Duit Extra RM2K+ Sebulan? Boleh Buat Part Time Je!

Korang yang tengah: Nak cari side income tapi tak tau nak start macam mana? Nak buat bisnes online tapi takut tersalah langkah? Nak belajar ...