Pengikut

Ini kisah 30 tahun lepas

Gambar jualan durian dengan tulisan "1958 = 80 sen stopok", pernah viral sebelum ini.

Dengan anggaran kadar inflasi 6% setahun, nilai 80 sen pada tahun 1958 bersamaan RM29.65 pada tahun 2020

Anggaran infalasi 6% ini mungkin tinggi. Inflasi rasmi tak sampai 6%. 

Realitinya, agak mustahil dengan harga RM29.65 pada tahun 2020, kecuali yg kualiti rendah. 

Paling tidak sekitar RM80 ke RM100 bagi stopok / setompok / selonggok durian sebanyak 8 ke 10 biji. 

Jom kita kira berapa kenaikan harga diri tersebut dari tahun 1958 ke 2020, dengan anggaran harga sekarang RM80.

Kenaikan dari 80 sen ke RM80 dalam tempoh 62 tahun. Wowwww!!!

100bkali ganda!!! 3 ⁉️⁉️

⭕️ Tempoh: 62 tahun (2018 - 1958)

⭕️ Kadar kenaikan: 7.71% setahun

⭕️ Jumlah kenaikan: 9,900% 


Ini antara topik penting yg selalu kongsikan dalam #eSeminarBMW Seminar Bijak Merancang Wang dan Buku Manual Wang #BMW3series . Topik tentang inflasi.

Contoh ialah harga karipap;

✔️ Harga karipap hari ini ialah RM0.40 ke RM0.50 sebiji

✔️ Harga karipap 10 tahun lalu, tahun 2010 sekitar RM0.30

✔️ Harga karipap 20 tahun lalu, 2000 sekitar RM0.20 ke RM0.30 

✔️ Harga karipap 30 tahun lalu, 1990 sekitar RM0.10 ke RM0.20

⁉️ Bermakna dalam masa 30 tahun, harga karipap naik 5 kali ganda ⁉️

Contoh lain pula ialah rumah.

(Ia mungkin berbeza mengiku lokasi, tapi Tuan-Puan boleh bayangkan rumah yg berharga RM500,000 utk membuat anggaran & andaian yang sama)

✔️ Harga rumah hari ini ialah RM500,000 sebuah. 

✔️ Harga rumah yg sama 10 tahun lalu, tahun 2008 sekitar RM200,000 ke RM300,000

✔️ Harga rumah yang sama 20 tahun lalu, 1998 sekitar RM150,000 

✔️ Harga rumah yang sama 30 tahun lalu, 1988 sekitar RM50,00 ke RM90,000

⁉️ Bermakna harga rumah meningkat 10 kali ganda dalam masa 30 tahun⁉️

Bagaimana dengan kos sara hidup lain? 

Bagaimana dengan harga makanan?

Bagaimana dengan harga keperluan asas?

Bagaimana dengan harga tomato dan kangkung?

Lupa pikir la sendiri!

Dalam tempoh 30 tahun, berapa banyak gaji fresh graduate naik? 

Dianggarkan, gaji fresh graduate hari ini ialah RM2,500 manakala 30 tahun lepas sekitar tahun 1990, gaji fresh graduate sekitar RM1,000. 

Bermakna, ketika karipap naik 5 kali ganda, rumah naik 10 kali ganda, gaji fresh graduate hanya naik 2.5 kali ganda. 

Inflasi memakan nilai wang dalam akuan kita tanpa kita sedari. 

Ia perkara di luar kemampuan untuk kita kawal.

✖️Kita tak mampu kawal inflasi.

✖️Kita tak mampu kawal harga barang. 

✖️Kita tak mampu kawal GST. 

✖️Kita tak mampu kawal SST.

✖️ Kita tak mampu kawal harga durian.

✖️ Kita tak mampu kawal harga tomato Dan kangkung.

✖️ Kita tak mampu kawal harga nasi lemak.

✖️Kita tak mampu kawal kerajaan walaupun kita boleh pilih 4-5 tahun sekali. Dah tukar pun sama sahaja. 

Tapi kita boleh kawal cara hidup.

✔️Kita boleh kawal tindakan yang boleh kita ambil untuk menghadapi kenaikan kos Sara hidup. 

✔️Kita boleh kawal apa yang kita beli. 

✔️Kita boleh pilih pekerjaan kita. 

✔️Kita boleh pilih kereta yang kita pakai

✔️Kita boleh pilih buku apa kita nak baca

✔️Kita boleh pilih di mana kita hendak melabur. 

Cara untuk menangani kenaikan kos Sara hidup ialah dengan melakukan PELABURAN. Dan pelaburan yang paling berbaloi ialah PELABURAN ILMU. 

Usahlah berharap kepada sang penguasa untuk menurunkan harga barang. 

Usahlah harap mereka untuk meningkatkan ekonomi rakyat jelata.

Malaysia bumi yang subur tapi rakyat sendiri merempat. Bangsa asing sudah lama datang ke tanah air ini dan hirup madunya. 

Dari zaman Yap Ah Loy dari China hingga ke zaman Wak Joko dari Indonesia, Emran Qosim dari Bangladesh dan Thet Naing dari Myanmar.

Bangsa-bangsa itu datang sehelai sepinggang tapi mati dengan timbunan harta dan wang. 

Bangsaku? Masih berkelahi 24 jam bab politik. Hari ini isu apa nak gaduh?

- Afyan Mat Rawi, IFP

Nak belajar ilmu kewangan secara bermodul, klik www.WorkBookBMW.com



Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...