Pengikut

PEPERIKSAAN ONLINE JURUFOTOGRAFI GRED B19 DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SEMENANJUNG)

Apa nak kena baca untuk Pengetahuan Am Jurufotografi B19 ni?

Jawapan: 

1. anda perlu study tentang skop, tugas dan fungsi jawatan B19 ni. Perlu fahamkan jawatan apa yang anda pohon.

2. study tentang KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM). Contohnya seperti sejarah, dasar, Menteri, Carta organisasi, fungsi KKMM itu sendiri, misi dan visi, akta, piagam pelanggan dan lain-lain

Bukan hanya tentang KKMM dan jawatan B19, calon juga perlu study perkara-perkara lain juga. Ini senarai topik-topik popular yang calon boleh study

  • Mengenai negara Malaysia 
  • Perlembagaan Malaysia
  • Fakta-fakta penting seperti tarikh atau sejarah
  • Sistem pentadbiran
  • Dasar-dasar kerajaan dan polisi kementerian
  • Dasar pentadbiran negara
  • Isu-isu semasa dalam dan luar negeri
  • Hal ehwal politik
  • Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi
  • Keselamatan dalam negara
  • KDN (dasar baru & lama)
  • sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
  • Struktur pentadbiran negeri dan pusat
  • Pentadbiran dan pembangunan wilayah, tanah, daerah & tempatan
  • WKB 2030
  • Penjana
  • Rang undang-undang
  • Peristiwa penting yang berlaku (Darurat, Vaksin, S.O.P atau apa sahaja yang berlaku sekarang)
  • Insentif-insentif kerajaan
  • Dan banyak lagi lah!
Dah tau dah serba sedikit apa nak kena study? Mulakan dari sekarang

Untuk calon mencari lebih banyak contoh soalan untuk latih tubi. Boleh dapatkan Ebook Extra Seksyen ini.

Seksyen Pengetahuan Am
======================

  • Komponen umpama LATIH TUBI untuk anda. Mengandungi 90 Soalan tambahan khas Seksyen A. Disediakan juga untuk rujukan tambahan anda nota berbentuk 'mind map'. Contoh Soalan ini tidaklah spesifik kepada Jurufotografi, ianya lebih kepada umum/general. Namun sesuai untuk anda buat latih tubi.

Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris
===============================

  • 65 Soalan bersama jawapan. EXTRA Seksyen ini memberikan anda lebih soalan untuk faham dan tahu bagaimana pecahan penilaian seksyen ini. Seksyen ini amat saya saran anda ambil. Seksyen B ni nampak senang tapi ramai yang 'kantoi' sebenarnya seksyen ni..

Maklumat Perjawatan Jurufotografi B19

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
===============================

GAJI MINIMUM : RM1,360.00    
GAJI MAKSIMUM : RM4,032.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00


SYARAT LANTIKAN :
===================

1.  Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)  warganegara Malaysia;
(b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19
=================================
    
(i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).

       
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
==================================
    
2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv) atau 1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    
    
SYARAT UJIAN KHAS
==================

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. Calon yang memohon jawatan ini perlu memiliki kamera DSLR untuk dibawa bersama semasa menghadiri Ujian Bakat Jurufotografi.
    
DESKRIPSI TUGAS
================

Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.

Apakah itu Fotografi
==================

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipantulkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.

Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:

Pengumpul cahaya = Kamera
Perakam cahaya = Filem atau sensor

DEFINASI FOTOGRAFI
=====================

  • Cahaya yang dipegunkan (freeze the light).
  • Lukisan cahaya (light painting)
  • Pegunan (kaku) suasana (freeze the moment)

Ilmu Teknikal Fotografi
***********************
  • Aperture (bukaan) 
  • Shutter speed (kelajuan pengatup) 
  • ISO (kepekatan cahaya)

Kerangka Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia: Misi & Visi



VISI
====

Masyarakat Terhubung, Berinformasi, Kreatif dan Berbudaya DigitaL

MISI
====

  • Memperkasa jaringan dan infrastruktur telekomunikasi digital dan komunikasi sosial serta memacu pertumbuhan ekonomi digital
  • Mengukuhkan masyarakat bermaklumat, terhubung dan berdaya maju menerusi penerangan, penyiaran dan informasi yang berkualiti, berkesan dan berintegriti serta mengembangkan industri kreatif negara.

OBJEKTIF
=========

  • Menyediakan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh dan inklusif
  • Membangun ekonomi digital
  • Memperkasa teknologi maklumat dan komunikasi negara
  • Memperluas dan memperdalam penyampaian serta penyebaran maklumat, secara strategik

ENAM TERAS STRATEGIK KEMENTERIAN KOUNIKASI MULTIMEDIA                                                                                                                   Teras 1: 
Memantapkan infrastruktur telekomunikasi yang terpercaya, berpatutan, berkualiti dan kebolehcapaian

Teras 2: 
Memacu ekonomi digital & ICT ke arah negara maju

Teras 3: 
Memperkukuhkan kawal selia ekosistem komunikasi dan multimedia yang terpercaya dan stabil

Teras 4: 
Memperluas penyebaran maklumat kenegaraan untuk meningkatkan jati diri dan semangat patriotik rakyat

Teras 5: 
Memperkasa perkhidmatan penyiaran yang berkualiti dan terkini

Teras 6: 
Memangkin industri kandungan kreatif yang berdaya saing dan bertaraf global

Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA)

Sejajar dengan pelan langkah jangka pendek yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat dan pemain industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19, Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) telah dilancarkan pada 5 Februari 2021. Di bawah kategori filem untuk inisiatif PRISMA dalam tempoh cabaran pandemik ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mewujudkan enam inisiatif iaitu 

1. Dana Mikro (Daya Kreatif): Dana bagi penerbitan kandungan kreatif berdurasi pendek.

2. Dana Mikro (Pembangunan Idea dan Skrip): Dana bagi penghasilan idea dan skrip kreatif.

3. Skim Pindaan Milestone Dana Kandungan Digital:  Memudahcara pembayaran dana kepada syarikat/individu yang terjejas akibat PKP 2.0.

4. Borneo Pitch @PRISMA DKD: Memudahcara pengurusan dan operasi pitching dana di Sabah dan Sarawak yang kini dikendalikan FINAS Borneo.

5. Program PELAKSANA Fasa 2: Pembayaran kepada penerima dana Program PELAKSANA 2 yang akan dilaksanakan dalam tempoh PKP ini.

6. Program Creativity Never Stops: Program pembangunan modal insan bagi Individu & syarikat berlatarbelakangkan industri kandungan kreatif untuk menganjurkan bengkel secara dalam talian melibatkan komponen dalam bidang pra-produksi, produksi dan pasca produksi secara atas talian.

Layari www.kkmm.gov.my/awam/prisma atau www.finas.gov.my/prisma untuk syarat dan maklumat lanjut.

Sumber: FINAS Malaysia

#PRISMAKKMM #KKMM #KomunikasiKita



Piagam Pelanggan KKMM
======================

▪️Menyampaikan maklumat terkini dan dasar Kerajaan kepada masyarakat dengan sahih, tepat, cepat, jelas dan berkesan menerusi media elektronik, cetak dan komunikasi bersemuka;

▪️Menyediakan prasarana dan perkhidmatan komunikasi jalur lebar, Internet dan selular yang bermutu bagi memenuhi kehendak pelanggan;

▪️Memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap;

▪️Memberi respons kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:

♡Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja;
♡Maklum balas awal dalam tempoh 3 hari bekerja; dan
♡Laporan status bulanan aduan awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) pada minggu pertama setiap bulan;

▪️Memastikan bil dan invois dibayar dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Carta Organisasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia



Perkara yang perlu anda tahu senarai agensi dibawah KKMM :

BERNAMA
FINAS
SKMM
MDEC
MYNIC
CYBER SECURITY MALAYSIA
MYCREATIVE VENTURES

Senarai Akta utama dan perundangan subsidiari di bawah seliaan KKMM

1. AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981 [AKTA 244]

2. AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 [AKTA 588]

3. AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA 1998 [AKTA 589]

4. AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 [AKTA 562] 

5. AKTA PERKHIDMATAN POS 2012 [AKTA 741]

6. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [AKTA 709]

7. AKTA BERNAMA 1967 [AKTA 780]

8. PERINTAH FI (KEMUDAHAN, PERALATAN DAN KURSUS) (INSTITUT PENYIARAN TUN ABDUL RAZAK) 1999

9. PERINTAH FI (KEMUDAHAN DAN PERALATAN KEJURUTERAAN RADIO DAN TELEVISYEN) (JABATAN PENYIARAN) 2000

10. PERINTAH FI (FUTEJ) 1999


Sejarah Penubuhan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.

Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.

Pada 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof.

Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978, majlis pelancaran TV warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28 Disember 1978. 

Program dalam bentuk warna yang pertama disiarkan adalah siaran langsung program Puspawarna.

Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan Kementerian Penerangan bertambah daripada hanya mengendalikan perkhidmatan penerangan dan penyiaran kepada penyaluran berita dalam dan luar negara melalui penyertaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sebelum ini diletak dibawah Kementerian Perdagangan dan Industri telah menyertai Kementerian Penerangan pada tahun 1981 dengan objektif untuk membangun, menggalak dan memajukan industri perfileman tempatan. Manakala itu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) pula ditubuhkan di bawah Kementerian ini pada tahun 2000 bertujuan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu bagi memahami dan menghayati semangat kesetiaan dan cintakan negara

P/s: buat persediaan sebaik mungkin exam kali ini. Extra Seksyen ini boleh membantu untuk exam Jurufotografi B19












Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...