Minta quotation agensi software sampai RM40k untuk buat app simple sebenarnya benda yang boleh dielakkan sekarang.
Pernah tak anda ada idea aplikasi web yang dirasa boleh pergi jauh, tapi bila tengok kos upah programmer atau cuba belajar coding kat YouTube, terus rasa nak putus asa? Akhirnya, idea yang berpotensi itu tinggal senyap sebagai catatan dalam nota telefon sahaja sebab tiada latar belakang IT.
Bila kita tiada kemahiran teknikal, jalan biasa yang orang selalu lalu cuma ada dua. Sama ada cari technical co-founder yang selalunya susah nak jumpa, atau keluarkan simpanan berpuluh ribu ringgit untuk bayar agensi. Kalau cuba belajar sendiri secara manual, baru masuk bab syntax, database dengan pautan payment gateway, kepala dah mula berpusing dan akhirnya terhenti di tengah jalan.
Saya ingat nak bina aplikasi web ni wajib kena hafal beribu baris kod dan faham istilah IT yang sukar. Rupanya melalui pendekatan baru yang dipanggil Vibe Coding, peranan kita sebenarnya dah berubah terus daripada jadi tukang bina rumah kepada seorang arkitek atau CEO.
Dalam era Vibe Coding ni, kita tak perlu lagi menghafal kod. Tugas kita cuma bagi visi, jalan cerita dan arahan perniagaan dalam bahasa biasa, manakala AI akan bertindak sebagai kontraktor teknikal yang menyiapkan semua kod di belakang tabir. Dengan teknik binaan berperingkat menggunakan sistem Save Point, kita boleh bereksperimen dengan selamat tanpa takut projek rosak jika ada kesilapan. Dari blueprint asas, pautan pangkalan data, sistem login pengguna, sehinggalah melancarkan aplikasi sebenar yang boleh diakses orang ramai di internet dengan domain sendiri, semuanya boleh dikendalikan dengan panduan mengarah AI secara betul.
Benda ni dipandu dengan sangat praktikal dalam ebook Mudahnya Vibe Coding tulisan Wan Huzaifah, seorang pakar yang memang berpengalaman membina sistem laporan AI industri. Dalam ebook ini, beliau tunjukkan langkah demi langkah menggunakan contoh projek sebenar iaitu aplikasi Kalkulator Solar Nexvolt dari kosong sampai siap sedia diguna di internet.
Kalau anda jenis yang ada idea bisnes tapi tersangkut sebab zero coding dan nak kurangkan kos pembangunan aplikasi, ebook ini sangat sesuai untuk difahami. Dengan harga RM60, anda juga dapat akses ke komuniti Telegram, checklist SOP launch-ready, panduan 100 idea app, serta jaminan wang dikembalikan 100% dalam tempoh 30 hari kalau rasa kandungan ebook ini tidak berbaloi. Boleh tonton contoh dan baca info lanjut kat sini:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan