Pengikut

Asam pindang ikan susu







BAHAN-BAHAN :


1 ekor ikan susu - dibersihkan dan di potong
2 batang serai - dititik
1 cekak pokok daun kesum
2 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Bahabn Di Tumbuk Lumat


1 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan yang dah dibakar 


*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas dan masin adalah seimbang . Bahan boleh ditambah atau dikurang kan ikut selera sendiri .

Saya akan hancurkan belacan yg sudah dibakar supaya senang nak simpan dalam bekas .


CARA MEMASAK :


  • Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masak kuah sampai mendidih dn boleh di masukkan semua ikan ikan susu dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Saya datang dari masa depan?

Ketika saya tulis status ini 6 tahun lalu, harga rumah naik mencanak-canak.

Ketika itu juga muncul ramai sifu-sifu hartanah. Kelas-kelas hartanah juga muncul bagaikan cendawan.

Ketika itu juga teknik flipping sangat popular sebab ramai yang untuk lebih 6 angka dalam masa hanya beberapa tahun dengan hanya membeli sebuah rumah.

Teknik multiple submission juga sudah diperkenalkan ketika itu untuk menggandakan keuntungan dari 6 angka menjadi 7 angka.

Semua itu benar.

Pelabur hartanah untung 6 angka itu benar dalam masa kurang 5 tahun itu benar. 

Pelabur hartanah jadi jutawan dalam masa yang singkat itu benar.

Ramai peserta membanjiri seminar dan kelas hartanah yang dianjurkan oleh sifu-sifu hartanah yang muncul tadi. Tapi yang kekal konsisten berkongsi tentang hartanah hingga sekarang, boleh dibilang dengan jari.

Dah lah boleh dibilang dengan jari, bergaduh pula tu. Siap saman menyaman. Siapa yang jadi mangsa?

Saya banyak kali pesan, berhati-hati jika melabur dalam pelaburan yang sedang trending. Bukan larang, tapi pesan. Bukan halang, tapi beri peringatan.

Sebab? Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang kewangan selama 17 tahun, saya ada satu teori tersendiri yang saya pegang:


  • Jika sesuatu itu ramai orang beli / dapatkan, lama kelamaan ia akan naik. Ketika ramai orang nak dapatkan, ia memang boleh naik mencanak. 
  • Apabila sudah ramai yang dapatkan, permintaan akan mula berkurang.
  • Apabila permintaan kurang, harga dan nilainya sudah tidak boleh naik lagi tinggi. Ia juga boleh turun. 
  • Yang sudah tersangkut di pucuk, akan hold. Jika ada simpanan yang kukuh, boleh teruskan. Jika tidak? Terpaksa lepaskan.
  • Jika holding power tak kuat, kena lepaskan. Nak lepaskan dengan harga asal, susah. Jadi terpaksa lepaskan dengan harga yang lebih rendah dan RUGI.
Ia bukan hanya berlaku dalam hartanah. Ia boleh jadi berlaku dalam semua aspek pelaburan dan perniagaan.

Sebagai contoh semasa, cuba tengok face mask. Berapa harga setahun lepas, masa krisis Covid-19 mula muncul.

Kemudian tengok pula berapa harganya ketika PKP bulan Mac - Mei lepas.

Kemudian bandingkan pula harga sekarang.

Ia turut berlaku dalam pelaburan emas baru-baru ini. Orang panik dan membeli. Selepas sudah ramai beli, ia mula turun dan tidak ramai pula beli. Walhal, beli waktu harga rendah lebih untung.

Sama juga dalam pelaburan saham. Tengok trend beberapa kaunter yang orang berebut ketika ia sedang naik. Berapa ramai yang terciduk ketika di pucuk.

Apa yang saya tulis adalah teori semata. Pembaca boleh buat penilaian sendiri. 

Yang pastinya dan fakta, majoriti rakyat Malaysia tidak pandai menguruskan kewangan mereka. Majoriti pelaburan adalah rugi dan balik modal sahaja. Majoriti bisnes tidak mampu bertahan lebih 3 tahun.

Jadi, kenapa kita nak ikut trend? Kenapa nak ikut majoriti? 

Nampak tak apa yang saya nak sampaikan? 

Kepada rakan yang pernah bertanya soalan di atas pada 6 tahun lepas, sekarang masa sesuai untuk membeli rumah, tambah-tambah lagi selepas moratorium nanti. Dijangka lebih banyak rumah dijual di bawah harga pasaran.

OPR dan BFR juga sedang rendah. Jadi ansuran memang akan jadi rendah. Siapa yg sudah bersedia sejak 5 - 6 tahun lepas, memang akan ambil peluang ini.

Saya jangkakan 3 ke 5 tahun akan datang, kemunculan kembali sifu-sifu hartanah. Simpan lagi mesej ini untuk 5 tahun akan datang.

Cara nak kenal Sifu hartanah tegar, mereka nj dari 5 ke 6 tahun lepas konsisten berkongsi tentang pelaburan hartanah, tidak kira market naik atau turun. Mungkin berbeza cara dan strategi.

Benda ni bukan nujum, bukan pakai mesin masa, bukan pakai teropong ajaib. Ia pakai pengalaman. 

Penulisan ini berdasarkan pengalaman peribadi 17 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan. Saya bukan pelaburan hartanah tegar.

Pengalaman ini saya baru bukukan dalam naskhah #bukuBMW Bijak Merancang Wang yang sedang dibuka untuk pra tempahan.

Buku ini mengandungi 7 modul teras dalam kewangan berdasarkan pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini.

Dari aspek aliran rumah, aset, hutang, simpanan, takaful, pelaburan, cukai, zakat, hingga ke faraid dan pengurusan pusaka.

Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com. Buku ini mengandungi 320 halaman berwarna dengan harga Super Palestin. 

Untuk 1,000 pertama, akan dapat sekali video rakaman Live Seminar Bijak Merancang Wang 2020 dengan durasi 5 jam non-stop.






Nak income USD channel youtube anda BERKUALITI??

 







Kenapa iklan korang krik krik

Korang tahu tak sebab apa korang iklan dekat Facebook korang lepas tu krik krik?

Sebab direct sales! Direct sales orang tak suka!

Sapa nak tengok iklan? Memang tak lah.. Kecuali letak orang lawa pakai bikini.

Orang lagi suka baca kisah-kisah hal orang ni. Barulah layan, syok dan stim nak mengumpat.

Masalahnya, macam mana nak buat cerita hal orang dan digabungkan dengan iklan?



Tak perlu susah payah nak pikir benda ni semua sampai boleh darah tinggi.

Korang guna sajalah 176 Template Copywriting The Story Selling yang siap sedia dengan cerita dan ayat jualan dalam tu.

Yang salut tepung tu kan?

Tu Tempura. Ni template. Benda yang dah ready dikarangkan.  Korang hanya perlu copy, edit dan paste sahaja.

Nak tau lebih-lebih, korang tengok dan baca kat sini

Logam lain dalam emas, pembeli digesa berwaspa

Ini berita daripada FB Berita AlHijrah bertajuk "Logam lain dalam emas, pembeli digesa berwaspa"

Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh. Ini adalah salah satu risiko pelaburan emas iaitu terbeli emas palsu yang disangka tulen.

Ia bukan barang kemas Zhulian yang memang diberitahu bahawa ia bukan emas. Tapi barang kemas yang kandungannya bukan 100% emas tapi dijual dengan harga emas sebenar.

Teka apakah logam yang dimuatkan dalam emas tersebut?

Ia bukan besi. Ia juga bukan vibranium. Logam tersebut ialah tungsten. 

Emas palsu dibuat daripada tungsten yg mempunyai ketumpatan logam seumpama emas. Ketumpatannya 99% menyamai emas. 

Sudah ada banyak kes emas palsu, malah saya pernah terbaca satu pendedahan bahawa kira-kira separuh emas yg berlegar dlm pasaran ialah emas palsu. Tak ingat di mana tulisannya.

Malah ada juga kes emas yg dibeli dari kedai pajak gadai ialah emas palsu.

Bayangkan, kedai pajak gadai yg hari-hari berurusan dgn emas pun boleh tertipu dengan sendiket emas palsu.

Biasanya ketulenan emas diuji dengan berat dan diuji melalui ketumpatan air. Melalui cara ini, ia hanya menepati 99% shj.

Seorang pensyarah dlm bidang fizik pernah berkongsi dengan saya bahawa ketulenan emas hanya 100% tepat menggunakan satu jenis alat yg memerlukan emas itu dipotong terlebih dahulu dan kemudian diuji.

Dan alat itu tidak sampai 10 pun di Malaysia kerana harganya yg mahal.

Ketika itu saya berprogram di UPM, pensyarah tersebut menerangkan bahawa alat tersebut ada di makmalnya.

Berdasarkan laporan akhbar Harian Metro suatu ketika dahulu, alat yang digunakan namanya X-Ray Fluorescence.

Semua pelaburan ada risiko.

Tapi risiko pelaburan emas yang ini agak unik tidak terdapat dalam mana-mana pelaburan lain. Tidak ada pelabur hartanah yang beli rumah kemudian selepas beberapa tahun baru tahu bahawa rumah yang dibelinya itu rumah palsu.

Mana ada pelabur saham atau unit trust, yang beli selepas beberapa tahun baru tahu saham atau unit trust yang dibeli adalah palsu? Hahahah

Ia berbeza dengan scam dan penipuan dalam pelaburan. Ia tak sama macam beli rumah Alfafa yabg rumah pun tak nampak bayang.

Atau scam Mevva Fund yang dapat duit bulan-bulan. 

Dalam membuat pelaburan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah cari ilmu, bukan terus melabur.

Perkara ini ada dikongsikan dalam buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW, dalam modul pelaburan.

Ada 7 modul yang dimuatkan dalam buku ini iaitu:

1. Aliran tunai

2. Aset dan hutang

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pewarisan 


Boleh dapatkan buku setebal 320 muka surat halaman warna ini di www.bukuBMW.com.





Hakikat kereta

Sempena hangat isu ini apabila dibangkitkan oleh Dr Azizul Azli Ahmad tempoh hari.

Beli kereta tak salah, tapi ramai yang beli kereta yang salah.




Rule of thumb, beli kereta jangan lebih harganya daripada setahun gaji.

Bukan jenis kereta yang menentukan kereta tu salah atau tak. Tapi sejauh mana kemampuan kita memiliki kereta.

Kalau nak beli MYVI baru tapi gaji baru 2,000, kereta tersebut nanti membawa ke #nerakawang.

Tapi kalau nak beli Mustang dan dah ada pendapatan RM200,000 ke RM3,000, ok la tu.

Belajar lagi ilmu kewangan dalam bukuBMW.com






Korang tau .. apa yang paling aku suka?

Benda paling aku suka adalah duit dan paling malas adalah menulis buat iklan!

Hahaha.. Patut lah aku tak ada duit sebelum ni. 

Mana berniaga nak datangnya duit kalau tak buat iklan! Sales pun tak jalan sebab orang tak tau.

Kalau gosip pasal orang, memang membawang nombor 1 la..


Sekarang dah ada orang sediakan 176 Template Copywriting The Story Selling untuk mudah iklan dekat Facebook. Sapa yang rajin ni?

Copy, edit dan paste saja lah. Mudah sangat kerja ni. Orang bisu dan orang ada resdung pun boleh buat.

Nak tau macam mana Template tu, korang klik sini

Mudah betul aku nak jual kat Facebook sekarang!

Sejak ada jual 176 Template Copywriting The Story Selling, aku tak payah dah perah idea nak tulis apa dan nak tulis macam mana.

Semua dah siap dan aku boleh pilih nak pakai mana-mana walaupun niche berbeza.

Aku copy, edit adjust mana yang patut ikut apa aku jual dan paste! 

Ada la like dan komen berbanding cara aku tulis dulu. Hahaha.. Teruk gila aku dulu kalau post. Nak like post aku pun terpaksa aku suruh. Ceh.




Bukan tu saja, siap dapat Ebook Bonus lagi cara nak tulis Story Selling ni. Ada format dia tu.

Baru la aku tau cara diorang ni dok menulis. Patut la setiap kali post, ada saja yang like dan komen. Fuh!

Template tu dekat sini

Belanjawan Peribadi

Ini adalah BELANJAWAN PERIBADI yang menggunakan model INFAQ (Intelligent & Financial Quotient)

Dalam model ini, pendapatan dibahagikan kepada beberapa bahagian;

✔️30% Perbelanjaan isi rumah

✔️30% Pembayaran hutang

✔️30% Lebihan

✔️5% Pemberian 

✔️5% Lain-lain

TOTAL 💯


1. 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH spt sewa, petrol, makan, minum dll

2. 30% PEMBAYARAN HUTANG-HUTANG spt hutang rumah, hutang kereta, hutang personal, hutang pendidikan dll

Nota: Item 1 dan 2 boleh digabungkan dgn maksima 60%, atau 65% termasuk ekstra 5% item lain-lain.


3. 30% LEBIHAN

Lebihan pula dibahagikan kpd 3:

✔️Simpanan 10%

✔️Perlindungan 10%

✔️Pelaburan 10%

3.1) SIMPANAN (10%).

Instrumen simpanan mestilah:

a) Tiada caj & risiko
b) Mudah cair

Kenapa perlu 2 ciri ini? Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Atas dasar itu, dahulu saya selalu cadangkan Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 4% ke 6% setahun dan ditolak zakat. ALTERNATIF lain ialah ASB tapi ia terhad RM200,000 sahaja dan belum ditolak zakat. 
Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.

3.2) PERLINDUNGAN (10%),

Melalui takaful.

Perkara yg perlu dilindungi ialah:

a) Perlindungan pendapatan
b) Penyelesaian hutang
c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas utk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal, atau 3D.

3D= Death, Disable, Disease.

3.3) PELABURAN (10%), 

Ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.

Pelaburan, melalui kaedah:

a) Peningkatan nilai modal, dan
b) Pendapatan pasif

Tujuan pelaburan ada 3 perkara utama:

a) Persaraan
b) Pendidikan anak-anak (ramai yg tersilap langkah menggunakan takaful sebagai instrumen utk pendidikan anak-anak)
c) Menunaikan haji (boleh kombinasi dengan SIMPANAN di Tabung Haji, tapi bukan menggunakan produk takaful haji yg banyak di pasaran) 

4. 5% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain.

5. 5% LAIN-LAIN, ini sebagai peruntukan kecemasan untuk item ni no 1 & 2 iaitu PERBELANJAAN ISI RUMAH & PEMBAYARAN HUTANG PIUTANG

NOTA:

1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT Quotient (IQ) & FINANCIAL QUOTIENT (FQ) dan perkataan INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM.

2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60% atau maksima 65% termasuk peruntukan "lain-lain"

3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN.

4. PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Utk takaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.

5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG-PIUTANG melebihi 60%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

6. Model ini sesuai untuk golongan M40 dan B40. 

7. Ini adalah sebahagian daripada kandungan Buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW 



Afyan Mat Rawi





Siapa Warren Buffet?

Kenal pakcik ni? 

Namanya Warren Buffet, seorang pelabur tersohor seantero dunia. Namanya ada dalam senarai manusia paling kaya di dunia. 

Pada tahun 60-an, beliau pernah diriwayatkan berkata;

“Jika aku berbelanja melebihi USD20,000 untuk membeli sebuah kereta baru, nilai kereta itu akan berkurangan menjadi tidak bernilai dalam masa 10 tahun.

Tapi jika aku melabur wang tersebut dan mendapat pulangan 25% setahun, wang itu akan menjadi USD158,518 dalam masa 10 tahub, USD1.26 juta dalam masa 20 tahun dan USD9.96 juta dalam masa 30 tahun.

Jadi, adalah satu pembaziran untuk aku membelanjakan USD9.96 juta untuk membeli sebuah kereta baru”."

Beli kereta, disebabkan benar-benar perlu. Beli kereta, perlu kira kos-kos yang terlibat dalam pembelian kereta.

Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ramai orang yang menghabiskan SEPARUH gaji hanya untuk membeli dan membela kereta.

Ya, SEPARUH GAJI. Maknanya, 6 bulan gaji untuk membeli dan membela kereta. Tapi ramai tak perasan.

Sebaiknya, harga kereta yang kita beli maksima harganya bersamaan dengan setahun gaji.

Gaji RM2,000, maka beli lah kereta berharga RM24,000.

Nak beli harga kereta RM60,000? Boleh, tunggu gaji naik jadi RM5,000.

Dalam #bukuBMW anda akan belajar tentang panduan kewangan supaya membeli kereta yang betul ikut kemampuan sebenar.

Beli kereta tak salah, tapi ramai orang beli kereta yang salah. Baru grad dah berani-berani beli kereta Bangsa H. Anda jenis yang bagaimana?






Satu perkara yang saya tak suka

Satu perkara yang saya tak suka takaful takaful, ia hanya untuk orang sihat.

Jika sudah ada penyakit dan baru nak apply takaful, takkan sama caruman dan coverage dgn orang yang sihat. 

Sebab, takaful ialah entiti bisnes dan bukan badan kebajikan. 

Apabila orang yang sakit diterima sebagai pelanggan tanpa sebarang perbezaan dengan orang sihat, kompeni akan mengalami risiko tabungan takaful berkurangan sebab orang sakit confirm-confirm akan claim. 

Apabila claim tinggi, tabungan takaful akan berkurangan. Apabila tabungan berkurangan, kompeni takaful tak dapat lagi beroperasi dengan baik. 

Jadi, bagi orang yang mempunyai penyakit ada beberapa kemungkinan
  1. Reject, permohonan ditolak terus sekiranya memang sedang mengalami penyakit kritikal dan penyakit-penyakit lain. 
  2. Loading, diterima dgn bayaran tambahan. Contohnya kes berat badan yang tidak ideal. 
  3. Exception, diterima dgn beberapa syarat dan pengecualian tambahan. Contohnya, kalau pelanggan dah ada penyakit asma, maka mereka tak dpt coverage utk penyakit tersebut. 
  4. Loading + Exception. Kombinasi no 2 & 3.

Kesimpulannya: Langgan takaful waktu sihat.

Ada takaful untuk orang sakit? Pasti tak sama terma dan syarat dengan polisi biasa. 

Akhir sekali ia bergantung kpd underwiting syarikat.

Kredit: Afyan Mat Rawi, penulis buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW

Nak lagi belajar ilmu kewangan secara bermodul daripada beliau? Klik link ini www.bukuBMW.com





Moratorium dah hampir tamat, apa nak kena buat?



1. Buat rekod aliran tunai yang sebenar.

Apa maksudnya? Selama 6 bulan aliran tunai kita bukanlah aliran tunai yang sebenar sebab tak perlu bayar hutang. Kajian Bank Negara Malaysia pada 2018, purata nisbah hutang rakyat Malaysia adalah 35% daripada gaji. Jika kakitangan awam, jumlahnya ialah 47%!

Bayangkan selama 6 bulan kita sudah terbiasa tak bayar hutang yang sepatutnya kita bayar, tiba-tiba kena bayar dalam keadaan tak betul-betul bersedia? Tentu memberi kesan besar dalam kewangan.


2. Semak perbelanjaan, kawal dan kurangkan 

Sepanjang moratorium, mungkin ada perbelanjaan yang terlebih disebabkan duit lebihan tadi. Jadi, semak balik untuk dikawal dan kurangkan jika boleh. 

Jika ada perbelanjaan yang terlebih yang dibuat sepanjang moratorium, cepat-cepat semak sama ada ia keperluan atau kehendak semata-mata. Jika kehendak, boleh batalkan untuk akan datang.

3. Buat penstrukturan (restructure) atau pembiayaan semula (refinance) hutang, jika perlu.

Kedua-dua perkara ini boleh mengurangkan bebanan aliran tunai setiap bulan, tapi dalam masa sama ia hanya menambahkan komitmen hutang jangka masa panjang dan menambah tempoh bayaran balik. Hanya lakukan jika perlu.

Sebaiknya buat penilaian pro dan kontra setiap pilihan yang ada. Bimbang nanti, keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya. 

4. Jangan mudah-mudah nak buat hutang baru.

Ini paling penting. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan untuk buat hutang. Saya tahu, OPR, BFR sedang rendah sekarang. Ia bukan alasan kukuh untuk buat hutang baru. 

Jika ia hutang berbentuk pelaburan seperti ASB Financing atau hartanah, boleh dipertimbangkan. Namun ia berbalik kepada ilmu pelaburan yang kita ada, bukan melabur membuta tuli. 

5. Semak kembali nilai aset dan baki hutang piutang yang ada. 

Ini penting untuk kita lihat sejauh mana jumlah simpanan kita bertambah sepanjang moratorium dan baki hutang yang masih ada. Berapakah hutang yang bertambah disebabkan moratorium. 

Adakah kita berjaya kumpul simpanan sepanjang moratorium dgn lebihan yg ada? Bagaimana pula baki hutang yg tinggal? Semak dengan bank baki hutang terkini supaya tidak terkejut, terutama hutang rumah. 

6. Pelbagaikan sumber pendapatan 

Walaupun ramai yang terkesan dek kerana krisis ini, dalam masa sama ramai juga kita dengar cerita tentang kejayaan sebahagian orang kita yang berjaya mencipta peluang kerjaya dan menambah pendapatan sepanjang PKP dan krisis kali ini, terutama perniagaan online. 

Apabila kita berjaya kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan, maka kita ada lebihan untuk disimpan dan dilaburkan. 

7. Letak sasaran simpanan kecemasan dan mulakan

Jika selama ini anda tak pernah bersedia dengan dana kecemasan, jadikan krisis kali ini sebagai pengajaran berguna. Belajar untuk mulakan simpanan daripada sekarang. 

Jika sepanjang moratorium anda sudah dibiasakan dengan duit lebihan dan berjaya disimpan, teruskan norma baru tersebut. 

8. Tambah ilmu kewangan, bina mindset kewangan yang baru 

Sepatutnya ini adalah tip No 1, tapi sengaja saya letakkan di akhir sekali supaya rakan-rakan pembaca dapat ingat dan praktiskan terus. Kita kena sedar, majoriti rakyat Malaysia mempunyai tahap kesedaran dan literasi kewangan yang rendah. Jadi, utk mengelakkan kita menjadi sebagaimana rakyat Malaysia lain, tambah ilmu kewangan. 

Antara ilmu kewangan yang kita boleh pelajari, ialah melakaui buku Bijak Merancang Wang.



Berkesan ke Panduan ni?

Hang sakit, makan ubat pun belum tentu bleh sembuh kalau bukan dari Izinnya.. tapi at least hang dah ikhtiar, dah usaha...

Bukan sakit, gi terbaring tunggu malaikat datang lepas tu salahkan diri kenapa tak sembuh-sembuh..

Sama je beli mana-mana panduan pun, kalau tengok melangok je...

Jangan harap nak ada kesan..

Try beli, apply... At least dah usaha buat...Jangan terlepas kapal lagi ye kali ni..




Daftar sekarang di sini





Kelas online smartfasttrackshopee kini dibuka

Ada tak kawan-kawan sini yang nak belajar mula berniaga di shopee tapi -


  • Tak tahu nak jual apa
  • Tak ada produk nak jual
  • tak tahu nak cari supplier produk

Nak buat shopee secara part time, tak berapa cukup masa

Pendaftaran kini telah dibuka..

Kelas online #smartfasttrackshopee

Satu-satunya kelas Shopee yang LAIN DARI YANG LAIN..

Kelas kali ni special sikit..

Sebab bukan saja belajar Shopee, tapi siap dapat tools dan system power..

Tak cukup dengan tu dapat extra 1 lagi kelas beli barang dari China..

Jadi akan ada 

  • 6 + 1 sesi kelas
  • 2 kali sesi LIVE
  • 2 minggu direct coaching support di group
  • 2 Tools smart FTS
  • 2 System smart FTS

Berbaloi ke tak? 

Tanya lah student-student sebelum ni...

Daftar segera di laman web nie



Mindset Menulis

Dalam penulisan konsisten sangat penting. Kalau kita menulis pun jarang-jarang, macamana tulisan nak bagus apalagi nak viral. 

Sebab itu sebelum menulis salah satu mindset paling penting adalah konsisten. Bila dah konsisten barulah jadi cekap menulis.





Nak jadi cekap ni ada fasa2nya

4 Tahap Fasa Kecekapan

  • Fasa 1 : ketidakcekapan tanpa sedar - Kita sendiri tak tau yang kita tak pandai menulis. Tapi ini biasa bagi semua orang. Dah baca ni kira dah lepas dah tahap ni :)
  • Fasa 2 : ketidakcekapan sedar - Masa ni kita tau dah kita x cukup ilmu. Masa nilah proses pembelajaran bermula.
  • Fasa 3 : kecekapan sedar - Bila dah berjaya amalkan & praktikkan formula apa yang anda belajar anda dah sampai tahap 3. Mudah je. Ikut je apa yg anda belajar x kira siapa pun guru penulisan anda.
  • Fasa 4 : Kecekapan Tanpa Sedar - Eh..eh..sedar anda dah terer menulis :)..Kenapa? sebab anda ilmu & amal. Ambil ilmu dan praktikkan. Belajar tanpa amal memang seperti pohon yang tak berbuah. Tak berkembang. Practice make perfect kata orang. 
Bila kita dah terbiasa menulis ia akan jadi satu norma baru atau rutin. Tak payah semak2 dah anda dah tau macam mana nak menulis sebab anda dah belajar sambil mengamalkan. Try & error.

Kalau kita tanya penulis penulis terhebat di Facebook tentang bagaimana penulisan mereka boleh viral dan dikongsi oleh ribuan orang setiap hari, akan ada antara mereka yang akan berkata bahawa mereka cuma tulis macam biasa sahaja. Kenapa? Sebab mereka dah tanam formula2 penulisan dalam kepala. Cuma petik dan tulis saja. Mereka pun tak sedar dah sampai tahap 4 ni :)

Bila dah cekap menulis nak buat copywriting ke storytelling ke semua boleh sebab dah ada formula. dalam Kopyselling ada disertakan formula2 untuk buat copywriting dan storytelling. Anda cuma perlu susun dan amalkan. Lama2 cekaplah menulis :)

Rancang Kewangan ... Ubah Kehidupan

Moratorium semakin hampir tamat. Bermakna bermula bulan depan kita perlu bayar balik hutang-hutang piutang kita dengan bank. Bagi yang terjejas pendapatan akibat krisis Covid-19, boleh berjumpa dengan banker untuk mohon penangguhan moratorium.

Majoriti rakyat Malaysia terkesan dengan krisis ekonomi kali ini. Atas sebab itu, kerajaan umumkan pelbagai bentuk bantuan dari awal-awal krisis dahulu sehingga yang terkini, semalam apabila bantuan Kita Prihatin diumumkan.

Tempoh 6 bulan moratorium adalah tempoh yang munasabah untuk kita mengstrukturkan kewangan dan pinjaman sedia ada.

Jadikan ia sebagai satu pengajaran bermakna, betapa perlunya kita ada dana simpanan kecemasan.

Ambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusof yang diceritakan sendiri oleh Allah di dalam al-Quran.

Kisah mimpi Raja Mesir melihat 7 ekor lembu kurus dimakan oleh 7 ekor lembu gemuk. Mimpi ini ditafsirkan oleh Nabi Yusof bahawasanya Mesir akan mengalami 7 tahun musim subur dan diikuti oleh 7 tahun musim kemarau.

Dan ternyata tafsiran Baginda Nabi Yusof bukan sahaja tepat, malah bukan sahaja Mesir tapi sellluurrrruuuuh negara-negara rantau Arab ketika itu turut mengalami perkara sama.

Jika dahulu, rakyat Mesir bertuah kerana ada Sang Raja yang diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi.

Kita sekarang nak tunggu mimpi siapa?

Nak tunggu mimpi PM Tan Sri MUHYUDDIN? Nak tunggu mimpi YB Tengku Zafrul? DSAI? TGHH? LKS? AMR?

Sebenarnya Allah dah bagi petunjuk awal sejak sekian lama. Harga minyak mentah jatuh. Matawang ringgit jatuh. Lambakan rumah tak terjual. Lambakan graduan yang tidak mempunyai pekerjaan.

Semua ini Allah dah tunjukkan lama kepada kita di Malaysia. Tinggal lagi kita sedar atau tak sedar. Tinggal lagi nampak atau tak nampak.

Past is past. Kita tak ada mesin masa nak patah balik.

Yang kita ada ialah masa depan yang bakal kita lalui.

Apa yang berlaku kepada kehidupan dan kewangan kita hari ini adalah implikasi daripada apa yang pernah kita lakukan suatu ketika dahulu.

Jika 5 tahun lepas kita pernah buat personal loan, beli kereta baru, buat hutang perabot dsb maka hari ini kita menanggung hutang tersebut.

Maka, apa yang bakal berlaku 5 tahun akan datang ditentukan oleh tindakan kita hari ini.

Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan. 

Belajar ilmu urus wang melakaui buku Bijak Merancang Wang 




Nak Ilmu Kena Ada Guru



Nak jadi pandai kena ada ilmu. 


Nak berjaya kena ada ilmu. 


Nak buat ibadat kena ada ilmu. 


Nak menyimpan kena ada ilmu. 


Nak melabur kena ada ilmu. 


Nak mengurus wang kena ada ilmu 


Nak ilmu kena ada guru. 


Guru saya dalam mengurus wang Afyan Mat Rawi


Tapi kalau nak belajar ABC, saya lah gurunya. hihihi


FBads dulu seronok ... sekarang dah kelaut

"Saya dah penat menjual dan buat fbads dekat facebook ni.."

Betul lah tu.. FBads dulu seronok tapi sekarang memang kadangkala kelaut. Ads tak jadi, dah jadi kena flag dan macam-macam hal. 

Sebab tu lah ramai sekarang 'lari' pergi ke Shopee jual barang. 

Kat Shopee ni bukan kita yang cari pelanggan tapi pelanggan yang cari kita. 

"Tapi ramai jual barang yang nak sama je tengok.. Tak susah ke? "

Betul ramai TAPI kalau tau cara dan belajar dengan orang yang betul juga berpengalaman pasti akan tahu caranya. 

Belajarlah dengan Puan Zarini. Beliau dah 2 tahun menjual dekat Shopee dan mendapat rating yang tinggi. 

Malah jualannya setiap bulan menghasilkan puluhan ribu ringgit. 

Apa strategi beliau buat? Apa yang beliau setting? Apa teknik buat pelanggan pilih produk kita berbanding pesaing? 

Join Kelas Shopee beliau melalui Group Telegram. 

Dah join, boleh bertanya apa sahaja berkaitan shopee dan Puan Zarini akan bantu. Group ni tiada ebook tapi ada GURU. 



LELAKI INI BERKONGSI TIPS JIMAT BELI KERETA MPV UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA

"Afyan, aku nak beli kereta. Apa pendapat kau?", tanya seorang rakan ketika kami bersembang baru-baru ini.

"Dah tu kenapa?", tanya saya balik.

"Laaa... kan kau pernah tulis dulu, pasal tip membeli kereta", katanya.

Tak sangka pula, rakan saya ni rajin mengikuti tulisan saya.

"Oho...", balas saya.

"Kau dah ada kereta kan?", tanya saya.

"Ya, aku ingat lagi nasihat yang kau bagi dulu masa nak kahwin", balasnya.

Baru saya teringat, saya pernah berikan konsultasi kewangan sebelum beliau berkahwin dahulu. Selain dari kos perkahwinan, saya cadangkan juga tentang kereta. Alhamdulillah, banyak juga yang beliau ikuti.

Beliau memang 'kipas susah mati' saya sejak dahulu. Banyak perkara kewangan beliau tanyakan kepada saya dan saya gembira membantu beliau. Dan beliau juga nyaris terjebak skim yang akhirnya tersontot baru-baru ini.

"Ok, jadi nak beli apa lagi kalau dah ada?", tanya saya.

"Itulah, aku nak beli MPV cadangnya. Anak-anak dah bertambah.", jelas beliau.

"Oho.... Kau dah kira dari segi cashflow?", tanya saya.

"Itulah aku nak tanya kau ni. Kau kan perunding kewangan aku sejak azali lagi. Keh, keh, keh...", katanya sambil gelak ketawa.

"Amboi-amboi-amboi! Paling kurang sejam aku boleh dapat seribu ni utk bagi advise kepada korporat. Keh, keh, keh...", saya pula membantai gelak.

Begitulah kami, memang kami berkawan sejak zaman belajar dan masih akrab sampai sekarang.

"Ok, kita kembali kepada tajuk", beliau membetulkan tempat duduk.

Lalu beliau ceritakan situasinya, yang anak sudah masuk 3 orang dan berkehendak kepada MPV dan katanya kereta sedannya sekarang sudah tidak lagi mampu menampung ahli keluarganya yang semakin ramai.

Saya keluarkan kertas untuk kirakan cashflow.

Kereta sedia ada, ansuran RM500 - masih lagi berbaki 3-4 tahun. Kereta ini dibeli selepas anak kedua lahir. Dibeli berdasarkan tip yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Jika beli MPV baru, ada beberapa situasi yang akan dihadapi;

  1. Trade in kereta lama, kena top-up RM3,000 sebab market price masih terlalu rendah berbanding baki hutang.
  2. Deposit kereta baru RM5,000 hingga RM10,000. Saya tidak galakkan ambil skim "zero-deposit".
  3. Ansuran kereta MPV baru sekitar RM1,000 ke RM1,500.

Saya menggeleng-geleng kepala; "Aku tak advise ambil MPV baru. Tercekik kau punya cashflow nanti".

"Alaaaa...", dia tak puas hati. Saya dapat agak. Sebenarnya dia sudah buat keputusan cuma mahukan 'endorsemen' saya sahaja.

"Begini Bro, duit kau bukan duit aku. Aku advise berdasarkan pengalaman aku dalam bidang kewangan. Membeli kereta merupakan perkara terbodoh dalam kewangan", saya memetik kata-kata dari tulisan Pakdi, seorang rakan juga dalam bidang kewangan.

"Hmmm...", nampak beliau masih tak puas hati. Tapi tiada sebarang respon. Dia pun tahu cara saya.

"Ok, apa tujuan sebenar kau beli MPV?", tanya saya. Bukan untuk saya tahu, tapi supaya dia tahu objektif sebenar.

"Nak bawa famili la", katanya semacam geram dengan soalan saya.

"Nak bawa ke mana?", soal saya lagi.

"Nak gi jalan-jalan, nak gi balik kampung", katanya.

"Kereta sekarang ni?", tanya saya lagi.

"Kereta sekarang dah tak muat sangat. Anak dah 3. Tahun depan mungkin dapat 4. Ini nak dekat raya dua tiga bulan lagi, terhimpit-himpit anak-anak aku naik kereta sekarang ni", jelas satu persatu. Agak mendatar.

"Hmmm.... Kalau tak balik kampung, ok tak kereta sekarang ini?", tanya saya. Saya cuba mencari solusi

"Kalau tak balik kampung, tak la rasa sangat. Sekadar hantar pergi dan balik sekolah. Sekali-sekala bawa jalan-jalan hujung minggu", katanya lagi.

Saya sudah nampak satu solusi. Tak jauh bezanya dari situasi saya dahulu.

"Begini, apa kata kau ikut cara aku dulu?", saya menduga.

"Cara kau? Yang mana? Kau pernah tulis kat FB ke?", tanyanya.

"Tak. Ini aku share dengan kau sahaja", katanya sambil tersenyum, menghirup air di restoran tempat kami berbual-bual.

"Begini, aku dahulu pun pernah mengalami perkara sama. Tapi aku kira-kira balik, tak berbaloi keluarkan deposit 10 ribu, bayar installment seribu hanya semata-mata untuk kepuasan balik kampung", cerita saya.

Saya menyambung lagi "Cuba kau bayangkan, bayar RM10,000, kemudian bulan-bulan bayar RM1,000 lebih, setahun dah lebih RM20,000. Itu tak masuk lagi kos-kos lain seperti petrol, takaful kereta, roadtax, maintenance, tayar, minyak hitam, dan lain-lain. Mungkin boleh mencecah RM2,000 sebulan!"

Saya menconteng-conteng kertas dengan angka-angka tadi.

Deposit RM10,000 + installment RM1,000 x 12 bulan + Kos-kos lain RM1,000 x 12 bulan = RM34,000 / setahun.

"Sebenarnya, sebelum kau hadapi isu ini, aku dah hadapi isu yang sama beberapa tahun lalu, dan apa yang aku buat ialah.....", saya sengaja menggantungkan ayat di situ.

"Apa???", tanyanya tak sabar-sabar.

"Baik, sebelum itu aku nak dapatkan confirmation dari kau. Concern engkau untuk tukar kereta ni sebab nak balik kampung raya nanti kan? Sebab kesian dekat anak-anak berjam-jam naik kereta sempit yang sekarang ini?", saya perlu dapatkan pengesahan beliau terlebih dahulu sebelum berikan solusi.

Jika ya, situasinya sama dengan saya alami.

Saya pun pernah alami dahulu. Hari biasa, kereta sedan saya tidaklah seksa sangat mengangkut anak-anak yang ramai. Tapi apabila musim raya memang menyesakkan. Tambah pula perjalanan hampir mengambil masa setengah hari. Tidak campur lagi jika mengalami kesesakan di jalan raya.

"Ya, betul", jelasnya dengan mata berkaca.

"Maknanya, hari biasa tidaklah teruk sangat kan?", sekali lagi saya ingin dapatkan pengesahan.

"Ya, ya.... Betul, betul", matanya tambah berkaca-kaca.

"Kau sewa sahaja MPV", ringkas sahaja solusi yang saya berikan.

"Maksud kau?, beliau semacam tidak berapa faham.

"Begini, kos sewa MPV lebih kurang RM1,500 ke RM2,000 untuk seminggu. Kau tak payah fikir pasal ansuran, pasal takaful kereta, pasal roadtax, pasal maintenance, minyak hitam, tayar dan sebagainya. Petrol mungkin kena bajet lebih sikit sebab CC besar", kata saya.

"Hmmmm....", nampak berkerut-kerut.

Aiseh, tadi nampak dah berkaca-kaca, sekarang nampak muram balik wajahnya.

"Tadi kan kita dah kira, kos untuk beli kereta baru, untuk tahun pertama mencecah RM34,000 termasuk deposit dengan andaian installment RM1,000 sebulan. Jika installment tinggi, lagi banyak. Kemudian setiap tahun ansuran dan maintenance adalah lebih kurang RM24,000 setahun", kta saya sambil tunjukkan sekali lagi pengiraan tadi.

"OK.... Tapi sewa pun ada kos", tanyanya. Kali ini tidaklah terlalu muram.

"Berapa kos sewa MPV? Katakanlah RM2,000 sekali sewa seminggu. Kau balik kampung setahun berapa kali?", kata saya sambil menulis angka 'RM2K'.

"Adalah dalam 2 atau 3 kali. Selalu raya haji dengan raya syawal", jawabnya.

"RM2,000 kali 3 kali, jadi RM6,000. Itu sahaja kos kau setiap tahun. Mungkin tambah sikit kos petrol", jelas saya.

Saya sambung sedikit lagi "Kalau nak lebih ekonomi, kau tanya tempat kau sewa kereta tu nanti, boleh tak kereta sedan kau disewakan. Mungkin dapat sikit duit poket untuk cover. Hehe...", kata saya.

Ya, itulah cara yang pernah saya praktikkan dahulu.

Cuba bayangkan dari kos RM24,000 ke RM30,000 setahun dapat jimat kepada RM6,000 sahaja. Sekurang-kurangnya dapat jimat RM15,000 setahun selepas ditolak kos pertambangan petrol menggunakan MPV.

Jiwa tenang tanpa perlu fikir installment bulanan, maintenance, roadtax, takaful kereta, minyak hitam, tukar tayar dan lain-lain.

Saya cadangkan juga kepada beliau supaya amalkan perkara ini hingga selesai kereta pertamanya habis bayar kira-kira 4-5 tahun lagi.

"Jika setahun dapat jimat RM15,000, 5 tahun kau boleh jimat RM75,000. Boleh beli MPV secara CASH!", saya tekankan perkataan CASH.

"Lagi satu, nanti setiap tahun kau boleh pilih dan sewa MPV berbeza-beza", kata saya sambil bergurau.

Nampak beliau berpuas hati.

"Fuhhhh.... Memang power tips kau. Memang tak sia-sia aku bayar kau sebagai perunding kewangan aku. Keh, keh, keh...", katanya sambil memanggil pelayan restoran untuk membayar makan dan minum kami.

Itulah yang beliau bayar kepada saya. Segelas air dan sepinggan mi goreng 🙂

Ini adalah pengalaman peribadi yang dikongsi oleh Tuan Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan bertauliah IFP. Dia baru keluarkan program pembelajaran kewangan bermodul BIJAK MERANCANG WANG



Resepi Tauhu Berlauk

Resepi Tauhu Berlauk Mudah & Tersedappp 




Cara masak Step by step

Ni bahan2:

2 ketul isi Ayam
3 keping tauhu petak tu.
4 ketul tauhu telur yang berbungkus tu.
3 biji telur
Bawang holland
Carrot
Daun sup
1 kiub ayam
Sebuk lads hitam kalau nak buh

  • Blend tauhu petak tu... isi ayam, tauhu telur dan telur.. blend sampai sebati dan semua hancur halus lawo okeh...
  • Masukkan dalam bekas... Campurkan sekali ngan carrot, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus... Masukkan garam, ajino, serbuk lada hitam dan 1ketul kiub ayam.. kalo ada lada sulah, boleh hentam buh.. lagi sedap kot.. rumah ni xder lada sulah...korang kukus dulu.. Nanti telur tu jadi keras skit.. So boleh simpan dalam bekas... Nak makan baru goreng dengan celup telur.. Buat bekal anak2 sekolah pun OK sebab ada sayur
Sambal kicap 

Bahan-bahan

5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Perasa - Ajinomoto, kalau suka
Kicap manis
Sedikit jus limau

Cara cara:

Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati. Masukkan gula.. Garam.. Tumbuk lagi.. Pastu keluar masukkan dalam mangkuk... Masukkan Kicap..perahkan limau.

#MirPerhatiJer

RESEPI TAKOYAKI









Bahan-bahan (cukup untuk 16 biji takoyaki)

150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate

Cara-cara:

Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis
Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning

Cara-cara

  1. Panaskan acuan takoyaki.Masukkan sedikit minyak.
  2. Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian masukkan udang/sotong.
  3. Taburkan daun kobis dan daun bawang.
  4. Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
  5. Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
  6. Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
  7. Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.


Kredit Resepi : Faizlinda Yacob

RESEPI GULAI IKAN KERING KELANTAN





BAHAN-BAHAN:

3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya - ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi - jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
  2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
  4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
  5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
  6. Sedia untuk dinikmati.




KREDIT RESIPI & FOTO: ZAT HERNANI

SHARIAH INVESTING WORKSHOP 2020

Ayuh pelajari cara buat duit secara patuh syariah dan patuh undang-undang bersama SMARTSAHAM!








Resepi Rasam Telur



Rasam telur.. pernah mkn?

Katanya blh kuatkan antibodi badan, kalau demam/selesema




Bahan2

  • Jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, lada hitam(semua 1 sudu kecil)
  • Bwg putih
  • Bwg merah
  • Kunyit hidup
tumbuk semua bahan di atas sehingga halus

  • Telur ayam
  • Daun kari
  • Biji sawi 1/2 sudu kecil 
  • Tomato
  • Cili kering (potong) 
  • Air asam jawa
  • Garam
Caranya


  1. panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk
  2. masukkan biji sawi n daun kari, jgn smp hangit
  3. masukkan air asam jawa,cili kering, garam n gula
  4. pecahkan telur masuk satu persatu
  5. last masukkan tomato tutup api

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...