Pengikut

Rancang Kewangan ... Ubah Kehidupan

Moratorium semakin hampir tamat. Bermakna bermula bulan depan kita perlu bayar balik hutang-hutang piutang kita dengan bank. Bagi yang terjejas pendapatan akibat krisis Covid-19, boleh berjumpa dengan banker untuk mohon penangguhan moratorium.

Majoriti rakyat Malaysia terkesan dengan krisis ekonomi kali ini. Atas sebab itu, kerajaan umumkan pelbagai bentuk bantuan dari awal-awal krisis dahulu sehingga yang terkini, semalam apabila bantuan Kita Prihatin diumumkan.

Tempoh 6 bulan moratorium adalah tempoh yang munasabah untuk kita mengstrukturkan kewangan dan pinjaman sedia ada.

Jadikan ia sebagai satu pengajaran bermakna, betapa perlunya kita ada dana simpanan kecemasan.

Ambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusof yang diceritakan sendiri oleh Allah di dalam al-Quran.

Kisah mimpi Raja Mesir melihat 7 ekor lembu kurus dimakan oleh 7 ekor lembu gemuk. Mimpi ini ditafsirkan oleh Nabi Yusof bahawasanya Mesir akan mengalami 7 tahun musim subur dan diikuti oleh 7 tahun musim kemarau.

Dan ternyata tafsiran Baginda Nabi Yusof bukan sahaja tepat, malah bukan sahaja Mesir tapi sellluurrrruuuuh negara-negara rantau Arab ketika itu turut mengalami perkara sama.

Jika dahulu, rakyat Mesir bertuah kerana ada Sang Raja yang diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi.

Kita sekarang nak tunggu mimpi siapa?

Nak tunggu mimpi PM Tan Sri MUHYUDDIN? Nak tunggu mimpi YB Tengku Zafrul? DSAI? TGHH? LKS? AMR?

Sebenarnya Allah dah bagi petunjuk awal sejak sekian lama. Harga minyak mentah jatuh. Matawang ringgit jatuh. Lambakan rumah tak terjual. Lambakan graduan yang tidak mempunyai pekerjaan.

Semua ini Allah dah tunjukkan lama kepada kita di Malaysia. Tinggal lagi kita sedar atau tak sedar. Tinggal lagi nampak atau tak nampak.

Past is past. Kita tak ada mesin masa nak patah balik.

Yang kita ada ialah masa depan yang bakal kita lalui.

Apa yang berlaku kepada kehidupan dan kewangan kita hari ini adalah implikasi daripada apa yang pernah kita lakukan suatu ketika dahulu.

Jika 5 tahun lepas kita pernah buat personal loan, beli kereta baru, buat hutang perabot dsb maka hari ini kita menanggung hutang tersebut.

Maka, apa yang bakal berlaku 5 tahun akan datang ditentukan oleh tindakan kita hari ini.

Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan. 

Belajar ilmu urus wang melakaui buku Bijak Merancang Wang 




Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...