Pengikut

RESEPI SET "NASI MINYAK by MARIANA ZAINAL"

dengan ingatan tulis ikhlas "JANGAN CURANG RESIPI"

Resipinya..(sukat guna cawan yang sama) 

5 cawan beras basmathi pusa gold jasmine 1121(basuh dan rendam 20minit)
6 cawan air
1 cawan susu cair/sejat
4-5 pcs bunga lawang
Sedikit daun kari(x de pun xpe)
1 biji bawang besar hiris nipis
4 ulas bawang putih hiris nipis
Sebesar ibu jari halia hiris nipis
1 sudu besar garam
1 helai daun pandan simpul(xde pun xpe)sy buh daun kari bagi wangi
2 sudu besar puree tomato(x letak pun xpe sy saja letak)
Sedikit kismis
1 senduk minyak sapi(bleh gantikan ngan marjerin kalo suka)
1 senduk minyak masak
Bahan kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia nak 2
(kisar semua bahan ini dengan sedikit air)

Caranya

  1. Didihkan air dlm rice cooker..sambil2 tu siapkan bahan tumisan..
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali...tumis 4 sekawan(sy buh bunga lawang jer)daun kari dan bahan2 yg dihiris nipis..bila dah hampir garing masukkan bahan kisar...tumis hingga naik minyak..masukkan susu cair,daun pandan,garam dah mendidih ganas...tutup api...
  3. Toskan beras...masukkan beras dalam periuk nasi yg kita dah didihkan air tadi..masukkan pula bahan tumisan..masak macam biasa..bila air dah kering masukkan kismis..biar betul2 masak dan nasi kering baru kacau..

Tips.. Bila button periuk nasi dah naik ke atas biar dalam 10 minit baru boleh kacau nasi.. 



AYAM MASAK KURMA

Resipinya

1 ekor ayam ( potong ikut suka)
5 bj kentang ( potong ikut suka)
2 biji tomato(potong ikut suka)
3 cwn santan drp 1 biji kelapa parut 
10biji padi(hiasan)
2 pcs cili merah potong serong(hiasan)
3 senduk minyak masak(untuk menumis)
3-4 pcs bunga lawang
2 biji bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih(hiris)
Sebesar ibu jari halia ( hiris)
1/2 sdt serbuk lada hitam(x letak pun xpe)

Bahan pes(satukan semua ini) 
3 paket kecil rempah kurma( 6 sdb camtu)
1 sdb garam
1/2 sdt bahan perasa 
1  1/2 pcs asam keping
3 tangkai daun kari (amik daun jer)
3 sdb kelapa parut(yang ditumbuk sedikit) 
1 cawan air
(Kacau semua bahan ini..jadikan pes)

Cara2 

  1. Panaskan minyak masak..tumis bunga lawang, kayu manis,daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau..
  2. masukkan pes kurma dan serbuk lada hitam..tumis hingga betul2 naik minyak..
  3. masukkan ayam dan kentang..gaul sebati..dan masukkan santan..bila dah mendidih kacau2 sikit..dah mendidih ganas serta ayam& kentang pun dah lembut..masukkan tomato dan cili padi/cili merah... sesuaikan rasa...siap..



"AYAM GORENG BEREMPAH" by "MARIANA ZAINAL"


Resipinya..

1/2 ekor ayam (basuh dan toskan)nak buat sekor pun boleh aje..tapi kenalah tambah bahan kalo nak serbuk tu banyak

Bahan kisar

2 sdb jintan manis
2 sdb biji ketumbar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas(kalo xde jgn ribut2 tp kurang sedap la)
6 btg serai
1 sdb air asam jawa(pekat)(x nak letak pun xpe..sy letak😊)
(Kisar semua bahan ini...tapis buang airnya)..


1 paket kecil serbuk cili(kalo xde buh cili kering 5-6 tangkai kisar dgn bahan kisar yer)
2 sdb(membukit) serbuk kari daging @ ayam
2 sdb tepung beras
1/2 sdb garam(sy agak2 jer)
1/2 sdb gula
Daun kari secukupnya

(Satukan bahan ini dlm bahan kisar dan gaul sebati)

Lumur semua bahan pada ayam..perap 30mnt-1 jam dlm peti sejuk..lagi lama lagi sedap..

Bolehlah digoreng....


Tips menggoreng...

👉Goreng ayam jangan overcooked(garing hingga keras)

👉Bila ayam dah masak perlahankan api dan angkat ayam sahaja..serbuk2 tu biarkan dalam kuali jangan angkat.

👉Serbuk2 tu goreng jer lagi hingga dah perang baru angkat guna penapis besi..

👉Taburlah serbuk2 tu atas ayam yang kita dah angkat tadi..




(SELAMAT MENCUBA)


SAMBAL LIMAU KASTURI..

10 biji cili padi

5 biji cili padi merah(yg merah berkilat dan pedas giler tu tau)

2 biji cili besar merah

5-6 biji limau kasturi(perah amik patinya)kulit jangan buang yer

2 sdb air asam jawa

Sebesar ibu jari belacan

1 sdt gula

Sedikit bahan perasa

5-6 sdb air


Caranya

Satukan semua bahan termasuk kulit limau kasturi(biji buang yer) dalam jug blender..blend/kisar semua bahan jangan terlalu halus..siap.. 



"JELANTAH@ACAR" by  "MARIANA ZAINAL"

1 batang timun ( sagat) 

1 batang lobak ( sagat nipis)

2 biji cili besar ( hiris nipis)

Sikit cili padi jika suka

1 biji bawang besar ( hiris nipis)

Sedikit buah nanas @ buah tomato

1 sdb gula

1 sdt garam

3 sdb cuka ( bleh tambah jika kurang)


Caranya

Gaul semua hingga sebati. .. siap


Sumber


Tiada ulasan:

Dah Penat Buat Konten Tapi Takde View? Cuba Guna Video AI Hack Hari Ini!

Anda dah luangkan masa buat video, rakam konten, edit berjam-jam… tapi hasilnya? View ciput. Like pun suam-suam kuku. Rasa give up kan? Saba...