Pengikut

Belanjawan Peribadi

Ini adalah BELANJAWAN PERIBADI yang menggunakan model INFAQ (Intelligent & Financial Quotient)

Dalam model ini, pendapatan dibahagikan kepada beberapa bahagian;

✔️30% Perbelanjaan isi rumah

✔️30% Pembayaran hutang

✔️30% Lebihan

✔️5% Pemberian 

✔️5% Lain-lain

TOTAL 💯


1. 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH spt sewa, petrol, makan, minum dll

2. 30% PEMBAYARAN HUTANG-HUTANG spt hutang rumah, hutang kereta, hutang personal, hutang pendidikan dll

Nota: Item 1 dan 2 boleh digabungkan dgn maksima 60%, atau 65% termasuk ekstra 5% item lain-lain.


3. 30% LEBIHAN

Lebihan pula dibahagikan kpd 3:

✔️Simpanan 10%

✔️Perlindungan 10%

✔️Pelaburan 10%

3.1) SIMPANAN (10%).

Instrumen simpanan mestilah:

a) Tiada caj & risiko
b) Mudah cair

Kenapa perlu 2 ciri ini? Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Atas dasar itu, dahulu saya selalu cadangkan Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 4% ke 6% setahun dan ditolak zakat. ALTERNATIF lain ialah ASB tapi ia terhad RM200,000 sahaja dan belum ditolak zakat. 
Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.

3.2) PERLINDUNGAN (10%),

Melalui takaful.

Perkara yg perlu dilindungi ialah:

a) Perlindungan pendapatan
b) Penyelesaian hutang
c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas utk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal, atau 3D.

3D= Death, Disable, Disease.

3.3) PELABURAN (10%), 

Ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.

Pelaburan, melalui kaedah:

a) Peningkatan nilai modal, dan
b) Pendapatan pasif

Tujuan pelaburan ada 3 perkara utama:

a) Persaraan
b) Pendidikan anak-anak (ramai yg tersilap langkah menggunakan takaful sebagai instrumen utk pendidikan anak-anak)
c) Menunaikan haji (boleh kombinasi dengan SIMPANAN di Tabung Haji, tapi bukan menggunakan produk takaful haji yg banyak di pasaran) 

4. 5% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain.

5. 5% LAIN-LAIN, ini sebagai peruntukan kecemasan untuk item ni no 1 & 2 iaitu PERBELANJAAN ISI RUMAH & PEMBAYARAN HUTANG PIUTANG

NOTA:

1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT Quotient (IQ) & FINANCIAL QUOTIENT (FQ) dan perkataan INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM.

2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60% atau maksima 65% termasuk peruntukan "lain-lain"

3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN.

4. PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Utk takaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.

5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG-PIUTANG melebihi 60%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

6. Model ini sesuai untuk golongan M40 dan B40. 

7. Ini adalah sebahagian daripada kandungan Buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW 



Afyan Mat Rawi





Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...