Tak sempat nak baca sehelai mukasurat Al-Quran pun. Rasa useless sangat-sangat.
Balik jauh malam, penat. Lepas tu duduk disofa empuk tanpa segera menyiapkan diri untuk terus mandi dan solat. Menangguh-nangguh. Nantilah buat. Bisik hati kecil. Akhirnya tertido sampai ke pagi.
Hanya solat wajib sahaja mampu buat. Itu pun tidak boleh berlama-lama ditikar sejadah. Usai beri salam, terus bangun tanpa doa.
Asyik risau dan sangat struggle tentang rezeki. Duit ada banyak tapi terasa tak cukup dan tak tenang. Nak cari lebih banyak duit. Mula berkira-kira asyik stress tengok akaun bank duit makin sikit.
Mula persoalkan cukup ke dan tak cukup ke. Ada cabaran je, mula menyalahkan orang lain.
Anak isteri jadi mangsa lepaskan marah. Rumah tangga tak aman. Pergaduhan kerap berlaku. Masalah kecil pun boleh jadi besar. Sifat sabar beransur hilang.
Ketenangan, kedamaian mula hilang dari hidup. Setiap hari berulang-ulang benda yang sama. Rasa jiwa kosong. Rupanya..............
.
Nora Yusof.
SuriJutawan Bertaqwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan