Pengikut

RESEPI SOTONG TUMIS TAUCHU







BAHAN-BAHAN:

500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji cili merah
1 peket tauchu
1 sudu kecil sos tiram
asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri. Tumbuk lumat bawang merah . bawang putih dan halia . Potong menyerong semua cili merah .


Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang yang ditumbuk tadi . Kemudian masukkan sos tiram , semua sotong , gula secukup rasa dan asam jawa secukup rasa . Kacau sehingga masak , jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit dengan menggunakan api dapur yang besar atau sehingga sotong cukup masak . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba

Tiada ulasan:

Cara Mulakan Bisnes Online di Lazada Untuk Pemula

Dalam era digital hari ini, semakin ramai usahawan memilih untuk menjalankan bisnes secara online kerana kos yang lebih rendah dan pasaran y...