Pengikut

Resepi Dalca Perut



DALCA PERUT

Bahan A

Perut Lembu 1/2 kilo (rebus)

Kacang Dal 2 cawan (rendam 3 jam)

Kentang 2 biji 

Carrot 2 biji

Terung 2 biji

Kacang panjang 10 tangkai

Lada merah 5 tangkai


Bahan B

 dalca atau rempah kari 1 paket kecik

Santan kotak 2 kecik

Gula melaka (agak2)

Garam 

Kayu manis 2 batang

Bunga lawang 4 kuntum

Buah pelaga 5 biji

Serai 2 batang (ketuk)

Air Asam jawa


Bahan Kisar

Cili kering 20 tangkai

Bawang besar 3 biji

Bawang putih 8 biji

Halia 2 inci

Belacan 


Cara Menyediakan

  1. Basuh perut bersih2.,pastu rebus sampai empuk..Potong semua bahan A suka2 hati.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan serai hingga wangi..
  3. Masukkan bahan kisar..tumis sampai betul2 pecah minyak..masukkan rempah dalca, air asam jawa..Tumis lagi hingga wangi..pastu taruk air sikit..
  4. Masukkan Kacang dal dan perut..biar sampai kacang dal empuk..Kacang dal dah empuk..taruk kentang,carrot.. biarkan empuk.
  5. Akhir sekali taruk santan, gula garam secukup rasa..terung, kacang, Lada merah.. biarkan sekejap... siap πŸ˜‰


Bismillah 😘😘

Tiada ulasan:

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕 🌹 πŸ“† 11-24 Jun 2024 sahaja‼️ πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 𝟯𝟡.𝟡𝟬 𝗷𝗲𝗿 πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 ...