Pengikut

Resepi Daging Masak Merah









Bahan-bahan

Daging batang pinang 1/2 kilo
Pewarna merah 
Bawang holland 1 biji (potong baji)
Lada merah 3 tangkai (potong baji)
Bawang putih 6 biji (ketuk)
Halia 1 inci (mayang)
Cili padi 10 tangkai (ketuk)
Tomato 1 biji (belah 6)
Daun bawang (hiris)

Bahan Perasa

Sos tomato 2sb
Sos cili Life 2sb
Sos cili cap arnab 2sb
Sos tiram 1sb
Serbuk lada hitam 1sk
Gula perang 1sb

Cara Menyediakan


  1. Daging potong kiub sederhana besar, taruk dalam periuk..Taruk Air, pewarna merah, Asam gelugor 3 keping dan garam..rebus sampai daging empuk..pastu angkat hiris daging nipis2.
  2. Panaskan minyak dalam kuali..goreng daging sekejap je..terus angkat..letak tepi dulu
  3. Terus tumis bawang putih sampai kekuningan, masukkan bawang hollang, halia, lada, cili, halia dan tomato..tumis kejap..
  4. Masukkan semua bahan perasa dan daging, taruk Air panas sikit..kacau2 pastu taruk daun bawang... terus angkat.. siap πŸ˜€




Bismillah 😘😘

Tiada ulasan:

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕 🌹 πŸ“† 11-24 Jun 2024 sahaja‼️ πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 𝟯𝟡.𝟡𝟬 𝗷𝗲𝗿 πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 ...