Pengikut

Krisis Ekonomi Tahun Depan?

Tiap tahun ada sahaja berita pasal krisis ekonomi.. tapi apa yang kita boleh buat?

Harga barang semua tetap akan naik.. benda memang kita tak boleh kawal pun..

Yang kita boleh kawal ialah diri kita.. kita boleh usaha untuk cari pendapatan lebih betul tak?


Untik pengetahuan anda .. Saya pasti ramai kalangan anda yang sedia maklum mengenai platform tik tok yang kini sudah semakin berkembang… kini makin ramai juga yang mula meniaga di tik tok dengan adanya fungsi tambahan iaitu tik tok shop.

Yang saya perhatikan ramai peniaga yang aktif menjual adalah menggunakan kaedah live dan juga content.. kemudian mereka akan bagi tau supaya buat pembelian melalui tik tok shop.

Jika anda nak jual menggunakan tik tok ads.. jual sahaja produk yang orang lain dah jual menggunakan tik tok shop.. tetapi pastikan produk tersebut sudah banyak terjual..
Bagaimana caranya?

  • Langkah pertama : Buat carian #shop di tik tok..
  • Langkah kedua : Perhatikan video-video yang mempunyai views yang tinggi
  • Langkah ketiga : Lihat produk apa yang dijual dan berapa jumlah jualan di tik tok shop
  • Langkah keEmpat : Ulang Step 1 sehingga 3 dan kumpul sekurang-kurangnya 5 piihan produk
  • Langkah kelima : Buat keputusan produk apa anda nak jual.. kalau saya.. saya akan pilih yang kecil atau sederhana supaya senang packing.. saya juga akan pilih yang modal kat tangan cukup untuk borong minimum 50 unit keatas..
  • Step keEnam : Tahniah! Anda sudah boleh jalankan kempen tik tok ads anda!



Kenapa perlu guna kaedah seperti ini?



Sebab sekurang-kurangnya anda dah tahu produk tu memang ada permintaan di tik tok.. ditambah pula dengan awareness yang sudah dilakukan oleh peniaga-peniaga lain yang menggunakan content dan live video.. anda cuma perlu jual produk yang sama di platform yang sama menggunakan kaedah pemasaran yang berbeza.












Hak Menuntut Harta Sepencarian

Soalan:

Saya dan suami bercerai dua tahun lalu selepas 17 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, kami dikurniakan tiga anak.

Sepanjang tempoh perkahwinan, kami tinggal di sebuah rumah teres yang dibeli atas nama suami selepas lima tahun kami berkahwin.

Bagaimanapun, selepas bercerai suami mengusir saya dan anak-anak keluar kerana menyatakan rumah itu dibeli di atas namanya. Kini rumah itu hanya disewakan.

Persoalannya, adakah saya berhak menuntut di Mahkamah Syariah rumah itu adalah sebahagian harta sepencarian kami walaupun ia dibeli atas nama suami?

Hanim, Kajang

Jawapan:

Setiap wanita perlu tahu hak mereka selepas berlakunya perceraian.

Harta sepencarian adalah salah satu hak yang boleh dituntut oleh suami atau isteri.

Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri, harta sepencarian ditafsirkan sebagai harta yang diperoleh bersama suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan hukum syarak.

Namun, yang memberi kesan atau beza dari segi undang-undang adalah sama ada harta itu benar-benar diperoleh dalam tempoh perkahwinan atau perkahwinan itu sah dan apa sumbangan dibuat dalam perkahwinan terhadap harta itu.

Pada dasarnya, harta sepencarian adalah amalan dalam masyarakat kita tetapi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa’, ayat 32, yang bermaksud: “Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.”

Islam mengiktiraf usaha dan sumbangan dilakukan setiap umatnya dalam memiliki dan memperoleh harta. Tanpa mengambil kira jantina, kadar bahagian mengikut apa yang mereka usahakan.

Bukan bermakna hanya suami saja berhak ke atas harta yang dimiliki walaupun secara zahirnya suami membuat sumbangan yang besar.

Mengambil contoh salah satu penghakiman dalam tuntutan harta sepencarian, iaitu satu kes yang dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah pada 1978.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang, Yang Arif Harussani Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn Ahmad Shanusi mengenai harta sepencarian:

“Harta sepencarian diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumah tangga ketika suami keluar mencari nafkah. Isteri menurut syarak berhak mendapat orang gaji dalam menguruskan rumah tangga. Jika tiada orang gaji maka kerja memasak, membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian kerja yang mengurangkan tanggungan suami.”

Penghakiman itu menjadi garis panduan bagi kebanyakan kes tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah yang mengiktraf sumbangan isteri sebagai isteri sepenuh masa tanpa dibayar gaji seperti orang gaji.

Maka sumbangan isteri dari segi tugasan mengurus rumah tangga, suami dan anak-anak, memasak, membasuh dan tugasan lain diambil kira sebagai sumbangan terhadap suami dalam usaha meringankan tanggungan suami.

Bagi masalah dialami puan, secara asasnya ia mempunyai merit dari sudut pandangan undang-undang untuk menuntut hak puan sebagai harta sepencarian.

Penamaan milikan di atas nama suami bukan bermaksud ia adalah hak mutlak suami. Seperti yang diperuntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri berkenaan Harta Sepencarian, Seksyen 122 iaitu:

3. Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak itu.

4. Dalam menjalankan kuasa yang diberi oleh sub-seksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:

  • Takat sumbangan-sumbangan yang dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh aset itu kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.
  • Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbangan itu, mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Tuntutan yang ingin dikemukakan perlu disertakan dengan fakta yang menyokong dakwaan puan.

Sehubungan itu, puan perlu mengemukakan fakta mengenai sumbangan yang dibuat dalam usaha puan atau suami mendapatkan harta berkenaan.

Sekiranya puan tiada sumbangan secara langsung sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga, puan boleh mengemukakan fakta sumbangan secara tidak langsung iaitu dari segi tugas sebagai isteri yang dilakukan sepanjang harta itu mula dimiliki sehingga bercerai.

Fakta sumbangan itu perlu dikemukakan bagi tujuan menentukan berapa kadar bahagian yang layak untuk puan dan suami.

Mana-mana pihak yang menyumbang dengan kadar yang besar, maka bahagiannya akan besar.

Seterusnya, puan juga boleh memohon supaya ditetapkan juga cara pembahagian kadar itu sama ada harta itu dijual dan seterusnya dibahagikan kepada pihak yang layak mengikut kadar bahagian masing-masing.

Jadi ketika diri masih dalam perkahwinan dan tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, buatlah Surat Harta Sepencarian supaya tidak menyusahkan diri anda sendiri jika berlaku sesuatu.

Jika tidak anda akan habis wang yang banyak bila sudah melibatkan mahkamah untuk menuntut hak anda. Malah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan

Mulai hari ini, anda hasilkan sendiri Surat Harta Sepencarian dengan mudah dan tanpa perlu pening kepala untuk hasilkan.

Anda boleh belajar dan buat dengan Ebook yang ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim ini.

Sangat mudah untuk difahami dan terdapat 8 jenis surat bukan hanya tentang Harta Sepencarian malah berkaitan harta pusaka, wasiat dan hibah.

.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.  









Harta sepencarian? Apa yang perlu anda tahu?

Perasan tak ramai wanita selepas berpisah dengan suami sama ada bercerai atau kematian suami, diri dia tak ada apa-apa?

Perkara ni yang ramai sangat tak ambil peduli selepas kahwin. Tak ambil tahu tentang Harta Sepencarian.

Jadi hari ni saya rasa nak kongsilah serba sedikit tentang Harta Sepencarian. Mungkin ada yang tertanya-tanya.

Jom kita baca soal jawab tentang Harta Sepencarian untuk lebih faham.

Soalan 1:

Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian.

Jawapan 1:

Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.

Soalan 2:

Apakah harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian?

Jawapan 2:

Harta yang boleh dituntut adalah harta alih dan harta tidak alih.

Harta Alih: Barang kemas, unit amanah, share syarikat, kereta, motor dan sebagainya.

Soalan 3:

Bagaimanakah Mahkamah Syariah menentukan bahagian suami atau isteri dalam tuntutan harta sepencarian?

Jawapan 3:

Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.

CONTOH:

i) Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/ maintenance fee dan lain-lain.

ii) Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan oleh isteri seperti idea, dorongan dan lain-lain.

Soalan 4:

Bilakah saya boleh menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian?

Jawapan 4:

Harta sepencarian boleh dituntut ketika pihak-pihak berlaku perceraian, poligami atau selepas kematian salah satu pihak.

Soalan 5:

Saya dan suami membeli sebuah rumah dalam tempoh perkahwinan yang didaftarkan atas nama bersama. Bolehkah saya mendapat 50% bahagian dari rumah tersebut?

Jawapan 5:

Bahagian harta sepencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri. Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, pihak-pihak boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.

Soalan 6:

Semasa dalam tempoh perkahwinan, suami saya membeli beberapa harta yang dinamakan atas nama beliau seorang. Saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumbangan kewangan ke atas harta-harta tersebut. Adakah saya masih boleh menuntut harta sepencarian selepas perceraian?

Jawapan 6:

Ya puan boleh menuntut harta sepencarian dan puan boleh mendapat bahagian berdasarkan sumbangan secara tidak langsung puan.

Soalan 7:

Saya berkahwin di Thailand, tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia. Adakah saya boleh menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia jika berlaku perceraian/ poligami/ kematian suami?

Jawapan 7:

Jika puan ingin memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia, puan perlu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Syariah Malaysia dan mendaftarkan pernikahan di Pejabat Agama terlebih dahulu.

Soalan 8:

Saya ingin menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian ke atas rumah yang didaftarkan atas nama arwah suami. Bagaimana untuk menuntut harta sepencarian selepas kematian suami?

Jawapan 8:

Bagi kes harta sepencarian selepas kematian, Puan perlu memohon di Mahkamah Syariah dan Mahkamah akan menentukan bahagian puan ke atas harta milik arwah suami tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah harta tersebut dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak.

Soalan 9:

Adakah anak saya boleh menuntut harta sepencarian?

Jawapan 9:

Hanya pasangan suami isteri sahaja yang boleh menuntut harta sepencarian.

Soalan 10:

Adakah suami saya berhak menuntut harta sepencarian ke atas harta di atas nama saya seorang?

Jawapan 10:

Ya boleh dan beliau perlu membuktikan sumbangannya ke atas harta tersebut.

Soalan 11:

Bagaimana cara nak hasilkan surat perjanjian Harta Sepencarian?

Jawapan 11:

Untuk hasilkan surat Harta Sepencarian, anda boleh dapatkan Ebook yang ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim.


Dalam Ebook ni lengkap dengan ilmu dan panduan malah cara langkah demi langkah menghasilkan surat Harta Sepencarian.

Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat template mudah hasilkan surat seperti wasiat dan hibah. Edit terus dalam komputer. Tak perlu taip karang surat dan ayat.

Anda boleh dapatkan Ebook yang sangat penting dan bermanfaat untuk masa depan anda.





Nak mood pagi yang ceria?

Rangsang hormon yang menggembirakan kita.

Salah satunya adalah hormon dopamin.

Hormon dopamin adalah hormon yang menyampaikan rangsangan ke seluruh tubuh sebagai isyarat gembira.

Bila mood ceria

Boleh buat kerja lebih fokus dan tekun lagi

Jumpa pelanggan/client pun senang hati

Dapat close project lagi padu

Balik kerja takdalah rasa baran je bila jumpa anak-anak lepas seharian kerja dan hadap trafik jem.

Macam mana nak tingkatkan hormon dopamin?

1. Dengar lagu

Mendengar muzik menyenangkan atau disukai merangsang pelepasan dopamin di otak

2. Minum kopi

Kandungan kafein dalam kopi boleh rangsang otak hasilkan dopamine untuk ceriakan hati seseorang

Boleh dapatkan Kopi Black Ginger dihasilkan daripada biji kopi premium Arabica dengan pelbagai manfaat kunyit hitam.

Selain kafein yang mampu tingkatkan dopamin, Kunyit hitam boleh merangsang penghasilan hormon mengeluarkan serotonin yang ditukar kepada melatonin.

Bahan kimia ini boleh menggalakkan seseorang tidur lena pada waktu malam.

Bila tidur malam kita lena dan berkualiti, badan akan bertenaga, mood keesokan hari juga mestilah akan lebih gembira dan bersemangat.

Kunyit hitam juga membantu pengaliran darah untuk lebih lancar seterusnya kurangkan mengantuk dan meningkatkan fokus.


Dapatkan kopi Black G sekarang








3. Bersukan

Berolahraga dapat tingkatkan suasana hati dan kadar dopamin jika konsisten dilakukan


Nak sihat kena rajin makan makanan sihat dan bersukan




#gayahidupblackg

#blackghargaikehidupan

#BlackGingerCoffee

Soalan Popular Tentang Pembahagian Faraid

Berikut adalah antara soalan popular yang sering menjadi tanda tanya apabila ada keluarga yang mahu membuat urusan Faraid:

1)Bagaimanakah harta si mati dibahagikan mengikut sistem Faraid?

Prosesnya sama sahaja seperti mempunyai wasiat yang sah, tetapi untuk kes Faraid, harta si mati akan dibahagikan mengikut Hukum Syariah.

Keutamaan akan diberikan kepada peruntukan perbelanjaan pengebumian dahulu, dan diikuti dengan bayaran hutang tertunggak termasuk zakat, haji yang tidak lengkap, dan Nazar (janji kepada Allah untuk berbuat sesuatu jika hajat tercapai).

2)Bagaimanakah pula dengan waris di bawah umur 18 tahun atau mereka yang kurang upaya?

Pembahagian akan didepositkan ke dalam Akaun Amanah Raya dan boleh dituntut apabila waris mencapai umur 18 tahun, atau umur yang dipersetujui dalam Surat Ikatan Amanah.

Bagi yang kurang upaya pula, pembahagian akan diberikan kepada penjaga yang dipilih untuk proses penjagaan waris tersebut.

3)Apakah asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang menerima pusaka atas sebab perkahwinan?

Antara asas-asas yang dipertimbangkan (mengikut portal rasmi E-Syariah) ialah:

  • Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.
  • Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah.
  • Adakah pasangan pernah bersama atau tidak?
  • Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak?
  • Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie?

4)Apakah status penama terhadap harta si mati?

Seperti yang dinyatakan di dalam portal rasmi E-Syariah, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 telah memberikan pendapatnya dalam Mesyuarat Raja-raja pada 20 September 1973.

Telah dipersetujui bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi.

Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut faraid.

5)Apa yang akan berlaku jika tiada ahli keluarga yang masih hidup dan tiada yang menuntut harta pusaka si mati?

Di dalam kes tersebut, harta si mati akan diserahkan kepada Baitumal. Ia adalah perbendaharaan atau badan pengurusan harta benda dan sumber kewangan masyarakat Islam.

Pilihan Mana Yang Perlu Saya Ambil?

Tiada siapa yang boleh mengatakan wasiat itu lebih baik daripada Faraid ataupun sebaliknya.

Namun, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kekecohan di masa akan datang, anda dinasihatkan untuk membuat wasiat jika ada peluang.

Lagi satu yang saya ingin ingatkan, wasiat itu bukanlah sesuatu yang dibuat semasa hendak meninggal atau berada di ambang maut, tetapi seeloknya dilakukan semasa tengah sihat dan masih boleh berfikir dengan waras!

Ustaz Ghazali Ibrahim banyak cerita bab Harta Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah di Radio dan Tv. Dekat youtube pun ada.

Tapi kalau nak belajar lebih detail, boleh dapat Ebook hasil penulisan Ustaz Ghazali sendiri di sini:










Benarkah kerana harta pusaka yang hidup berdosa dan yang mati merana?

Gara-gara berebutkan harta peninggalan si mati, adik beradik boleh berkelahi hingga putus hubungan silaturahim.

Malah lebih dasyat sampaikan berbunuh semata-mata untuk harta pusaka.

Paling sedih, mayat di rumah belum pun dikebumikan lagi, namun harta yang direbut menjadi keutamaan. Itulah hebatnya penangan harta.

Yang beriman pun boleh tergugat imannya, apatah lagi yang hanya Islam pada nama. Mungkin agak kasar bunyinya, namun itulah realiti kehidupan masyarakat hari ini.

Setiap yang berlaku ada hikmah yang boleh diambil pengajaran darinya. Di samping mendedahkan ‘belang’ sebenar sikap seseorang, bahkan lebih dari itu turut memperingatkan kita agar lebih bersedia membuat persiapan sebelum tibanya mati.

Antaranya yang dituntut dalam Islam adalah mewasiatkan harta yang ada, atau paling tidak menghibahkan harta tersebut kepada anak-anak yang ditinggalkan.

Bukankah itu jalan yang terbaik dan kerana itulah Islam menganjurkan penulisan wasiat agar kehidupan manusia lebih harmoni.

Sememangnya pengurusan harta yang baik dapat menyumbang keamanan hidup buat waris yang tinggal sekali gus menjamin ketenteraman hidup buat yang telah mati.

Kepentingan meninggalkan wasiat turut diperjelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

“Sesiapa yang mati meninggalkan wasiat maka dia mati atas jalan Islam, mati dalam keadaan mengikut sunnah, mati dalam ketakwaan, mati dalam syahadah, dan matinya diampuni.” – HR Ibnu Majah

Orang yang tidak beriman dan tidak memahami perkara ini akan berusaha mencari jalan untuk memperoleh harta tersebut sebanyak mungkin.

Namun, bagi orang yang beriman dan memahami hukum, mereka akan memastikan terlebih dahulu adakah dirinya tergolong di dalam golongan yang memiliki hak sebelum menghampiri harta tersebut.

Perlu diingat, sebelum sebarang harta dibahagi-bahagikan mengikut kaedah faraid, waris perlu memastikan setiap hak-hak si mati telah pun diselesaikan terlebih dahulu.

Antaranya kos pengurusan jenazah serta hutang piutang si mati sama ada berhutang dengan Allah mahupun manusia.

Bagi orang yang beriman, mereka tentunya memahami bahawa segala sesuatu itu milik Allah. Maka janganlah pula mengambil sesuatu yang tidak diizinkan serta diharamkan oleh Allah.

Justeru, setiap individu perlu jelas dan maklum perihal ilmu berkaitan faraid. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkan kepada manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu pertama yang akan dicabut dari umatku.” – HR Ibnu Majah

Sekiranya tidak arif bab faraid, maka ikutlah kaedah yang paling mudah. Surah An-Nisa’: 11 dan 12 cukup jelas menerangkan mengenai pembahagian harta ini.

Manakala bagi si mati pula, ketika hidupnya perlu maklum tentang hak-hak yang perlu diberikan kepada waris-waris yang akan ditinggalkan. Jangan sampai hak waris yang sepatutnya diberikan tetapi dinafikan pula.

Sebarang wasiat yang menafikan hak seorang waris yang berhak untuk mendapat faraid nyata terbatal secara automatik.

Tiada guna mereka membuat wasiat kerana jika di akhirnya akan membawa pergaduhan keluarga.

Wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) juga perlu menegur dan memastikan pembahagiannya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Bahkan tidak pula mengubah wasiat yang dibuat bagi memastikan perjalanan pembahagian harta berjalan lancar sebagaimana firman Allah surah Al-Baqarah ayat 181 dan 182.

“Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang mati dengan berwasiat, maka dia mati fisabilillah (di jalan Allah).”

Hadis ini bermaksud, apabila si mati sudah menjelaskan hak dan bahagian setiap waris dengan jelas sebelum dia meninggal, dan apabila dia meninggal, warisnya mengikut apa yang telah dijelaskan dengan sepakat, maka kedua-dua pihak akan hidup aman dan sentosa.

Namun berbeza keadaannya jika si mati tidak menguruskan harta mereka dengan keterangan serta wasiat yang jelas sehingga menyebabkan waris yang ditinggalkan bergaduh.

Kesannya, bukan sahaja yang hidup (waris) akan menanggung dosa, malah roh yang terpisah dari jasad juga turut merana.

Jika sewaktu hidup dia telah membuat arahan dan membahagikan hartanya kepada waris dengan jelas dan waris sepakat, tetapi berlaku juga pergaduhan selepas berlaku kematiannya, maka yang hidup berdosa dan yang mati sudah selesai dan tidak perlu dipersoalkan.

Keadaan sama turut berlaku sekiranya dia telah mengamanahkan hartanya dengan jelas untuk ditadbir oleh wasi bagi kebaikan waris-warisnya, namun si pentadbir melakukan khianat atau gagal untuk mentadbirnya dengan jujur, amanah dan selamat, maka si pentadbir akan berdosa dan merana.

Manakala si mati tidak akan dipertanggungjawabkan.

Walau bagaimanapun di dalam isu pusaka, tidak ada pula mana-mana nas mahu pun dalil yang membincangkan secara khusus azab yang diterima oleh si mati, tidak sepertimana ibadah yang lain seperti solat mahupun zakat dan sebagainya.

Tetapi sebagai gambaran untuk melihat bagaimana azab yang bakal diterima terhadap si mati, lihat pada kehidupan warisnya yang hidup.

Sekiranya keluarga itu berantakan, berpecah belah dan bergaduh, selagi itu yang di dalam kubur tidak akan aman dan tenteram.

Walau apa pun berkaitan harta pusaka yang ditinggalkan ini sebenarnya ia merupakan ujian paling besar kepada yang hidup sama ada mereka tetap kekal dengan keimanan kepada Allah atau sebaliknya.

Ingatlah Allah berfirman dalam surah Al Anbiya: 35

“Setiap jiwa akan merasakan mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan.”

Penulisan ini ditulis oleh Azrin Wahid dari UtusanTV.

Jadi, untuk memahami tentang ilmu harta pusaka, wasiat dan hibah juga harta sepencarian, anda boleh belajar dengan Ustaz Ghazali Ibrahim dengan mendapatkan Ebook di sini:









Darah daging bertukar musuh akibat harta!

Isu harta pusaka sering timbul dalam sesebuah keluarga. Lebih-lebih lagi jika wasiat tidak sempat diuruskan sehinggalah ibu bapa meninggal dunia.

Kebanyakannya tidak berkesudahan dengan baik.

Perebutan dan pergaduhan tetap berlaku sesama waris. Adik-beradik berpecah belah, bergaduh dan putus saudara hanya kerana harta pusaka peninggalan ibu ayah. Itu realitinya.

Hari ini, saya kongsikan kisah adik beradik suami Anisah (bukan nama sebenar) yang berebut tanah sekangkang kera milik arwah bapa mereka di kampung.

Cerita Anisah, bukan mudah mencapai kata sepakat dalam adik beradik.

Walau dilahir dari rahim yang sama, perangai dan sikap berbeza-beza. Ada yang mudah mengalah, ada yang kuat merajuk, ada yang suka menguasai dan macam-macam perangai lagi.

Tapi dalam kebanyakan kes, kata Anisah, berebutkan harta menjadi punca putusnya ikatan persaudaraan.

Itulah yang berlaku kepada suaminya, Azizi (bukan nama sebenar) yang disisih saudara kandung kerana berebut harta pusaka.

Azizi merupakan anak bongsu daripada enam beradik. Dia mempunyai tiga orang abang dan dua kakak.

Masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal di Kuala Lumpur.

Semasa hidup, bapa Azizi pernah menyampaikan hasrat di hadapan enam anaknya untuk menyerahkan tapak dan rumah yang diduduki kepada Azizi.

Ketika itu, tiada sebarang bantahan daripada adik-beradik suaminya. Anisah sendiri menjadi saksi ketika bapa mentuanya menyampaikan amanat itu.

Berbanding abang-abang dan kakak-kakaknya, Azizi banyak mengurus dan menjaga bapa selepas kematian ibu mereka.

Selepas menamatkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang perniagaan, Azizi mengambil keputusan pulang ke kampung atas permintaan bapanya.

Bapanya yang semakin uzur ketika itu mahu Azizi menguruskan kedai runcit yang diusahakan selama ini.

Anisah yang ketika itu bertugas di sekolah rendah di kampung itu, secara tidak sengaja melihat Azizi.

Mereka seterusnya jatuh cinta pada pandangan pertama.

Setelah hampir tiga bulan mengenali hati budi, mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Anisah bersetuju tinggal bersama Azizi dan bapa mentuanya.

Sepanjang tempoh lima tahun hidup berumahtangga, Anisah dapat melihat sisi lain Azizi.

Azizi bukan sahaja seorang suami dan bapa yang penyayang kepada dua anak mereka, bahkan juga kepada bapanya.

Abang-abang dan kakak-kakaknya jarang pulang ke kampung.

Hanya pada hari raya sahaja. Jika pulang pun mereka tinggal di hotel di pekan berhampiran.

Pada awalnya Anisah tidak perasan mengenai sikap abang dan kakak suaminya yang bermulut manis di hadapan bapa mereka.

Sehinggalah pada satu hari dia terdengar perbualan antara abang iparnya yang tidak berpuas hati tentang hasrat bapa mereka menyerahkan tapak dan rumah di kampung kepada suaminya.

Disebabkan enggan menimbulkan perbalahan sesama adik-beradik, Anisah mengambil sikap berdiam diri.

Sebelum itu, Anisah pernah menasihatkan Azizi agar pembahagian harta diuruskan ketika bapanya masih hidup.

Namun Azizi menolaknya dengan alasan percaya kepada darah daging sendiri.

Sehinggalah bapa mentuanya menghembuskan nafas terakhir pada pertengahan Januari tahun lalu.

Sangkaan Anisah memang tepat. Kubur bapa mentua masih merah, adik-beradik suaminya berebut harta.

Abang-abang dan kakak-kakak suaminya mendakwa apa yang diwasiatkan bapa mereka sebelum ini tidak sah.

Mereka tetap mahu harta pusaka bapa mereka dibahagikan mengikut faraid.

Suami Anisah tidak membantah kerana percaya kaedah pembahagian harta pusaka secara faraid adalah paling baik.

Ini kerana kaedah ini menetapkan siapakah waris yang layak dan berapakah bahagian yang diperoleh setiap seorang secara khusus.

Azizi berharap sebaik semua mendapat bahagian masing-masing, hubungan mereka adik beradik kembali pulih.

Anisah mengakui suaminya mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik.

Azizi enggan memanjangkan perkara tersebut kerana tidak mahu silaturahim dengan saudara kandungnya terputus.

Hanya disebabkan harta tidak seberapa itu, Azizi tidak mahu mereka adik-beradik terus bergaduh dan bermasam muka.

Bagi Azizi, masih belum terlambat untuk dia mengubah situasi itu kembali mengeratkan silaturahim yang terputus sejak kematian bapa mereka.

Islam sendiri sangat mementingkan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama ahli keluarga malah sesama manusia.

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang ingin dilapangkan baginya rezeki dan dipanjangkan untuknya umur, hendaklah dia menyambung silaturahim. (Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557).

Begitulah pentingnya bagi kita menjaga silaturahim dalam Islam, malah Allah menjanjikan ganjaran besar untuk orang yang sentiasa menjaga hubungan itu.

Cerita ini diceritakan oleh Roslah Othman di mana beliau merupakan bekas wartawan meja Keluarga, Utusan Malaysia.

Perkara seperti yang berlaku pada Azizi pada dasarnya kita semua dapat dielakkan dengan ada ilmu dan pemahaman tentang wasiat dan hibah.

Nak belajar dengan betul dan buat sendiri pelbagai jenis surat wasiat dan hibah serta tentang harta sepencarian, dapatkan Ebook dari Ustaz Ghazali Ibrahim di sini:


















Microsleep boleh membunuh?

Bermula minggu ini, ramai perantau yang akan memandu pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga.

Kalau tak tidur, rehat yang mencukupi, anda perlu hati-hati dengan satu keadaan yang boleh membawa maut ni.

Ianya microsleep.

Microsleep adalah satu keadaan otak yang tidur sekejap yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat.

Microsleep berlaku kerana badan keletihan, otak akan tertidur selama beberapa saat, walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng.

Sebagai pemandu, pastikan diri cukup rehat mental dan fizikal.

Ia berbahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius malah menghilangkan nyawa akibat kemalangan.

Ada beberapa cara nak mencegah microsleep, antaranya

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam.

Pastikan diri cukup rehat mental dan fizikal, lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal menghadapi perjalanan jarak jauh bagi mengelakkan kejadian terlelap semasa memandu atau microsleep ini.

Anda boleh mengembalikan kecergasan badan secara semulajadi tanpa memudaratkan kesihatan badan dengan mengamalkan Black G HiPro.

Ianya berasaskan ekstrak kunyit hitam kajian MARDI, jiaogulan dan madu gunung yang membantu proses pemulihan badan selepas penat bekerja.

Kunyit hitam juga meningkatkan tenaga secara semula jadi seterusnya membantu otak lebih fokus dan badan bertenaga.

Bahan kunyit hitam iaitu methoxyflavones membantu melancarkan aliran darah terutama ke otak.

Saluran darah yang lancar ke otak akan membantu otak berfungsi di tahap optimal.

Pengaliran darah yang lancar inilah mengurangkan mengantuk dan meningkatkan fokus.

Dapatkan HiPro sekarang







Tenangkan Migrain Anda

Migrain dah kurang menyerang

Sebab cegah puncanya Migrain ada banyak faktor pencetus

Antaranya makanan

  • Seperti alkohol, buah-buahan sitrus
  • Persekitaran yang berasap, bercahaya terang
  • Bunyi bising
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Stress
  • Atau masalah hormon macam haid, atau putus haid

Jadi kena tahu apa punca migrain

Daripada punca ni barulah kita tahu nak cegah macam mana

Sebab kalau melarat dah, seksa nak buat kerja pun tak senang

Habis tergendala kerja harian.

Nak drive ambik anak balik sekolah tak boleh.

Nak keluar makan angin pun tak boleh duk layan sakit kepala.

Tapi migrain dengan saluran darah adalah berkait.

Faktor pencetus tadi akan buatkan hormon stress dirembeskan ke saluran darah.

Membuatkan saluran darah jadi makin sempit.

Makin sempit saluran darah, makin sukar darah mengalir.

Makin susah oksigen sampai ke otak.

Produk Kopi Black G yang berasaskan ekstrak kunyit hitam boleh bantu masalah saluran darah anda supaya lebih lancar.

Kajian pakar MARDI mendapati bahawa kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat.

Saluran darah yang sihat bermaksud saluran darah yang anjal iaitu mampu untuk mengembang dan kembali ke bentuk asal berdasarkan aliran darah.

Keadaan ni memudahkan oksigen sampai dengan baik ke seluruh badan terutama otak seterusnya mengurangkan radang yang berlaku di otak.









Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...