Pengikut

Soalan Popular Tentang Pembahagian Faraid

Berikut adalah antara soalan popular yang sering menjadi tanda tanya apabila ada keluarga yang mahu membuat urusan Faraid:

1)Bagaimanakah harta si mati dibahagikan mengikut sistem Faraid?

Prosesnya sama sahaja seperti mempunyai wasiat yang sah, tetapi untuk kes Faraid, harta si mati akan dibahagikan mengikut Hukum Syariah.

Keutamaan akan diberikan kepada peruntukan perbelanjaan pengebumian dahulu, dan diikuti dengan bayaran hutang tertunggak termasuk zakat, haji yang tidak lengkap, dan Nazar (janji kepada Allah untuk berbuat sesuatu jika hajat tercapai).

2)Bagaimanakah pula dengan waris di bawah umur 18 tahun atau mereka yang kurang upaya?

Pembahagian akan didepositkan ke dalam Akaun Amanah Raya dan boleh dituntut apabila waris mencapai umur 18 tahun, atau umur yang dipersetujui dalam Surat Ikatan Amanah.

Bagi yang kurang upaya pula, pembahagian akan diberikan kepada penjaga yang dipilih untuk proses penjagaan waris tersebut.

3)Apakah asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang menerima pusaka atas sebab perkahwinan?

Antara asas-asas yang dipertimbangkan (mengikut portal rasmi E-Syariah) ialah:

  • Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.
  • Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah.
  • Adakah pasangan pernah bersama atau tidak?
  • Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak?
  • Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie?

4)Apakah status penama terhadap harta si mati?

Seperti yang dinyatakan di dalam portal rasmi E-Syariah, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 telah memberikan pendapatnya dalam Mesyuarat Raja-raja pada 20 September 1973.

Telah dipersetujui bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi.

Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut faraid.

5)Apa yang akan berlaku jika tiada ahli keluarga yang masih hidup dan tiada yang menuntut harta pusaka si mati?

Di dalam kes tersebut, harta si mati akan diserahkan kepada Baitumal. Ia adalah perbendaharaan atau badan pengurusan harta benda dan sumber kewangan masyarakat Islam.

Pilihan Mana Yang Perlu Saya Ambil?

Tiada siapa yang boleh mengatakan wasiat itu lebih baik daripada Faraid ataupun sebaliknya.

Namun, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kekecohan di masa akan datang, anda dinasihatkan untuk membuat wasiat jika ada peluang.

Lagi satu yang saya ingin ingatkan, wasiat itu bukanlah sesuatu yang dibuat semasa hendak meninggal atau berada di ambang maut, tetapi seeloknya dilakukan semasa tengah sihat dan masih boleh berfikir dengan waras!

Ustaz Ghazali Ibrahim banyak cerita bab Harta Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah di Radio dan Tv. Dekat youtube pun ada.

Tapi kalau nak belajar lebih detail, boleh dapat Ebook hasil penulisan Ustaz Ghazali sendiri di sini:










Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...