Pengikut

PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19

Apa nak kena baca untuk Pengetahuan Am Pembantu Pustakawan S19 ni?

1. anda perlu study tentang skop, tugas dan fungsi jawatan S19 ni. Perlu fahamkan jawatan apa yang anda pohon.

2. study tentang Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Contohnya seperti perkhidmatan, sejarah, dasar, Pengarah, Carta organisasi, fungsi PNM itu sendiri, misi dan visi, akta, piagam pelanggan dan lain-,ain

Bukan hanya tentang PNM dan jawatan S19, calon juga perlu study perkara-perkara lain juga. Ini senarai topik-topik popular yang calon boleh study

- Mengenai negara Malaysia 
- Perlembagaan Malaysia
- Fakta-fakta penting seperti tarikh atau sejarah
- Sistem pentadbiran
- Dasar-dasar kerajaan dan polisi kementerian
- Dasar pentadbiran negara
- Isu-isu semasa dalam dan luar negeri
- Hal ehwal politik
- Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi
- Keselamatan dalam negara
- KDN (dasar baru & lama)
- sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
- Struktur pentadbiran negeri dan pusat
- Pentadbiran dan pembangunan wilayah, tanah, daerah & tempatan
- WKB 2030
- Penjana
- Rang undang-undang
- Peristiwa penting yang berlaku (Tidak perlu ingat yang terkini, cukup 2-3 tahun kebelakangan ini)
- Insentif-insentif kerajaan
- Dan banyak lagi lah!

Apakah tugas Pembantu Pustakawan S19?

Tugas Pembantu Pustakawan S19, ini apa yang anda perlu tahu..

  • Berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan;
  • Berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan;
  • Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran
  • Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.


SEJARAH PERPUSTAAN NEGARA MALAYSIA




  • 1956

Tahun ini merupakan satu detik sejarah kerana Malayan Library Group (MLG) telah menghantar satu memorandum Public Library Services for the Federation of Malaya dan telah mencadangkan penubuhan satu Lembaga Perpustakaan Negara yang akan mempunyai kuasa-kuasa eksekutif bagi menyediakan perkhidmatan awam pada peringkat kebangsaan dan menyediakan asas bagi memulakan satu Perkhidmatan Perpustakaan Negara.
 

  • 1959-1961

Usaha ke arah penubuhan Perpustakaan Negara telah digerakkan oleh beberapa badan profesional, persatuan dan pertubuhan seperti Persatuan Perpustakaan Malaysia, Persatuan Ikhtisas, swasta dan orang perseorangan

  • 1962

Yayasan Lee telah menyumbang derma sebanyak RM 500,000.00 atas dasar "ringgit-ke-ringgit" bagi memulakan tabung Perpustakaan Negara.

  • 1963

Laporan kajian mengenai penubuhan Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur telah di sediakan oleh Arkib Negara Malaysia.

  • 1966

Jawatankuasa Perpustakaan Negara telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan bagi menubuhkan Perpustakaan Negara. Pengerusi ahli jawatankuasa ialah Tan Sri Jamil Rais, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri.

Akta Pemeliharaan Buku-buku 1966 diluluskan. Akta ini mewajibkan penerbit di Malaysia menyerahkan dua naskhah buku setiap terbitan kepada Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Negara telah ditubuhkan sebagai sebuah unit di bawah Arkib Negara untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku 1966.

  • 1972

Akta Perpustakaan Negara telah diluluskan pada 1 September 1972.Bahagian Rujukan (telah) dibuka kepada awam di tingkat 6, Bangunan UMBC.

  • 1973

Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia melawat Perpustakaan Negara Malaysia di bangunan UMBC pada 19 Oktober 1973.

  • 1975

Perkhidmatan Pinjaman Awam bermula di Wilayah Persekutuan.

  • 1977

Perpustakaan Negara Malaysia menjadi sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan.

  • 1980

YBhg Haji Yang Amri Kamaruddin dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sehingga bulan Mac 1981.

  • 1982

Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi International Standard Book Number (ISBN).

  • 1983

Perpustakaan Negara telah diisytiharkan sebagai Pusat Manuskrip Melayu oleh YB Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

  • 1984

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Perpustakaan Negara Malaysia yang kedua dilancarkan, meliputi 20 hentian di kawasan Sungai Besi dan Cheras.

Perpustakaan Labuan telah diambil alih oleh Perpustakaan Negara Malaysia setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.

Hari Terbuka Perpustakaan Negara telah dilancarkan oleh YB Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Peristiwa ini juga merupakan perayaan ulang tahun ke-10 Perpustakaan Negara Malaysia.

  • 1985

Pangkalan data majalah telah diwujudkan. Artikel-artikel yang diindeks ialah dari terbitan bersiri yang dipilih. Perpustakaan Negara Malaysia telah memulakan sistem MINISIS.

  • 1986

Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 telah menggantikan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966. Akta ini mewajibkan semua penerbit menyerahkan 5 naskhah bahan cetakan dan dua naskhah bahan bukan cetakan kepada Perpustakaan Negara .

YB Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah merasmikan Minggu Komputer.

  • 1987

Akta Perpustakaan Negara 1972 telah dipinda.

Perpustakaan Negara Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

  • 1988

Perpustakaan Negara telah memperolehi sistem komputer pertamanya pada tahun 1988.

Sistem Pembekalan Penerbitan telah dilancarkan.

Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat diluluskan oleh Parlimen.

  • Tahun 1990-1999

Perpustakaan Negara Malaysia memulakan Sistem Katalog Awam Dalam Talian atau dikenali Online Public Access Catalogue (OPAC) yang membolehkan pengguna perpustakaan mencari sumber maklumat yang terdapat di Perpustakan Negara Malaysia.

Perpustakan Negara telah dipertanggungjawab untuk membekalkan bahan-bahan perpustakaan kepada Pusat Sumber Malaysia di University of Ohio, Amerika Syarikat iaitu tempat Kerusi Tun Razak yang telah ditubuhkan sejak 1975.

Dengan tertubuhnya terbitan Malaysia di perpustakaan tersebut, pengguna maklumat mengenai Malaysia dapat diperluaskan di Amerika Syarikat. Para pengguna di Amerika Syarikat yang ingin membuat rujukan , kajian dan penyelidikan mengenai Malaysia dapat merujuk bahan tersebut di Universiti Ohio.

  • 1992

Perpustakan Negara Malaysia akhirnya berpindah ke bangunan barunya di Jalan Tun Razak, dengan penuh azam untuk menjadikannya pusat sumber terulung bagi rakyat Malaysia kini dan masa depan.

  • 1993

Tiga bahagian penting ditubuhkan bagi memesatkan lagi fungsi Perpustakaan Negara kearah perkhidmatan yang cemerlang iaiatu Bahagian Perhubungan Awam, Bahagian Penyelidikan Perpustakaan dan Pusat Sumber Media.

  • 1994

Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Negara oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pada 16 Disember 1994, sebagai satu detik sejarah yang melambangkan satu kejayaan hasil daripada perjuangan dan ketekunan semua golongan yang terlibat.

Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

  • 1996

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ditamatkan.

Pelancaran logo baru Perpustakaan Negara Malaysia.

  • 1999

Persaraan Ketua Pengarah, Datin Mariam Abdul Kadir.

Tahun 2000 - Kini
 ==============

  • 2000

-Penganugerahan Sijil MS ISO 9002/1994.

  • 2001

-Persaraan Ketua Pengarah, Cik Shahar Banun Jaafar dan digantikan oleh Puan Zawiyah Baba, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia mulai Disember 2001.

-Hikayat Hang Tuah disenaraikan dalam UNESCO The World Register Memory of the World.

  • 2002

-Penstrukturan semula Perpustakaan Negara Malaysia telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

-Pelancaran Kempen Bulan Membaca oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di PWTC, Kuala Lumpur.

  • 2005

-Persaraan Ketua Pengarah, Dato' Zawiyah bt Baba dan digantikan oleh Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru bagi Perpustakaan Negara Malaysia mulai April 2005.

  • 2006

-Persaraan Ketua Pengarah, Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat dan digantikan oleh Puan Siti Zakiah bt Aman, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah baru Perpustakaan Negara Malaysia mulai September 2006.

  • 2008

-Persaraan Ketua Pengarah, Puan Siti Zakiah bt Aman dan digantikan oleh Encik Raslin bin Abu Bakar, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai Januari 2008.

  • 2014

-Persaraan Ketua Pengarah, Dato`  Raslin bin Abu Bakar dan digantikan oleh Hajah Nafisah Binti Ahmad, seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia mulai 1 Oktober 2014

-YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dilantik sebagai Ikon Membaca Perkhidmatan Awam

-Dato’ Nafisah Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah ke-9

-Perpustakaan Komuniti Mini UTC Keramat Mall mula beroperasi di Keramat Mall, KL

  • 2015

-Garis Panduan Perpustakaan Masjid diterbitkan

-Peraturan-peraturan PNM (Bayaran dan Denda) (Pindaan) 2015 telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (A) 222.

  • 2016:

-PNM menyambut ulang tahun ke 50.

-Malaysia telah berjaya dalam pembidaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah penganjuran 84th International Federation Library Associations and Institutions World Library and Information Congress (IFLA WLIC) 2018.

-Penyerahan Kunci Bilik Penyimpanan Koleksi PNM.

-Projek Rintis Penjenamaan Semula PD di bawah Tadbir Urus PNM (MyLIKE) dimulakan.

  • 2017:

-Projek Perluasan u-Pustaka sebagai Hub Maklumat Negara di bawah RMKe-11 (RP2).

-Pengiktirafan UNESCO Memory of the World International Register bagi lima naskhah manuskrip Cerita Panji pada tahun 2017.

-Pengiktirafan pencapaian tertinggi bagi Modul Penialaian Outcome (JKPO) ICU JPM bagi projek pembinaan  Bilik Penyimpanan Koleksi PNM di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

  • 2018:

-Penganjuran IFLA World Library and Information Congress 2018 yang ke-84 bertemakan Transform Libraries Transform Societies: Reaching Out to the Hard to Reach.

-Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

-Jabatan Warisan Negara telah mengiktiraf 5 naskhah manuskrip Melayu Cerita Panji Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Objek Warisan Kebangsaan 2005 (AKta 645).

  • 2019:

-Persaraan Dato’ Nafisah Ahmad sebagai Ketua Pengarah PNM.

-YBrs Puan Maizan Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PNM pada 17 Jun 2019.

-Penyediaan perkhidmatan e-Book Beacon Zone melalui fasiliti Smart Tourism sempena Visit Malaysia 2020 (VM2020).

-Pembukaan perpustakaan komuniti iaitu Perpustakaan Buku2U@Radia Bukit Jelutong dengan kerjasama Syarikat Sime Darby Development Sdn. Bhd.




  1. Pengukuhan tadbir urus dan pemerkasaan imej organisasi.
  2. Pemantapan penyelidikan dan pembangunan perpustakaan.
  3. Pemantapan pemeliharaan khazanah intelek negara.
  4. Perluasan capaian sumber maklumat melalui penyampaian perkhidmatan perpustakaan.
  5. Pemerkasaan perpustakaan digital.
  6. Penggerak budaya membaca dan pemertabatan tulisan Jawi

Sistem Pembekalan Penerbitan

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) telah dilancarkan pada 2 Jun 1988 yang merupakan lanjutan daripada perkhidmatan antara perpustakaan. Sistem ini membolehkan perkongsian bahan-bahan perpustakaan dilaksanakan di kalangan ahli SPP. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyelaras SPP.
    
Objektif

1. Menyediakan perkhidmatan bekalan penerbitan dalam bentuk asal atau salinan untuk meningkatkan akses kepada maklumat bagi tujuan pengajian, pengajaran dan penyelidikan untuk pengguna di dalam dan luar negara.

2. Menggalak dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dalam perkongsian sumber perpustakaan di kalangan perpustakaan.
    
Faedah Ahli SPP

1. Memenuhi keperluan maklumat pengguna perpustakaan.
2. Perkongsian sumber maklumat antara perpustakaan
3. Akses kepada kepelbagaian sumber maklumat secara global
4. Akses kepada data bibliografi dengan lebih baik
5. Memenuhi permintaan terhadap bahan yang tiada dalam simpanan perpustakaan
    
Syarat Permohonan Keahlian SPP

1. Institusi yang mempunyai perpustakaan atau pusat sumber.
2. Institusi kerajaan atau bukan kerajaan yang sah dan berdaftar.
3. Permohonan tidak dibuka kepada individu atau orang perseorangan.
4. Pemohon hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan pembekal.
5. Mempunyai pegawai yang bertanggungjawab menguruskan SPP.
6. Melengkapkan butiran penuh permohonan iaitu:
   
i. Nama pegawai
ii. Emel pegawai/ emel rasmi jabatan
iii. Nama institusi
iv. Alamat penuh institusi
v. Nombor telefon
vi. Nombor faks
    
Jumlah dan Tempoh Pinjaman

1. 10 buah buku boleh dipinjam dalam satu masa.
2. Tempoh pinjaman bagi semua bahan di PNM adalah sebulan.
3. Pembaharuan pinjaman dibenarkan tidak melebihi sebulan.
4. Jika bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain pembaharuan tidak dibenarkan.
    
Peraturan Pinjaman

Pemohon bertanggungjawab:
1. 10 buah buku boleh dipinjam dalam satu masa.
2. Memastikan kesemua bahan yang dipinjam berada dalam keadaan baik.
3. Membayar kos pembaikan atau penggantian bahan perpustakaan yang hilang/rosak.
    
Bayaran

1. Tiada bayaran dikenakan kepada pemohon.
2. Pembayaran hanya dikenakan terhadap permintaan untuk mendapatkan salinan bahan.
3. Denda dikenakan bagi bahan yang melebihi tempoh pinjaman atau hilang dengan merujuk Akta Perpustakaan Negara 1972, Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) (Pindaan) 2015.
    
Bahan-bahan yang boleh dipinjam

1. Bahan bercetak seperti buku, seminar dan laporan.
2. Manuskrip Melayu dalam bentuk mikrofom
Salinan fotokopi bahan-bahan asal yang tidak dapat dipinjam boleh dibekalkan atas permohonan, dengan syarat permohonan seperti ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Hakcipta 1987.
    
Bahan-bahan yang tidak boleh dipinjam

1. Bahan cuma ada satu salinan.
2. Bahan telah dihapuskira
3. Bahan dalam sirkulasi.
4. Bahan telah dihantar untuk dijilid/pembaikan.
5. Bahan rujukan (kamus / ensiklopedia).

Apakah itu ISBN

International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN ini bagi negara berkenaan. 

Di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi pengeluaran nombor ISBN bagi negara ini mulai Ogos 1982. Bagi sesetengah negara, nombor ISBN dijual dengan harga tertentu, walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia memberikan nombor ini secara percuma kepada penerbit yang mendaftarkan buku terbitan mereka dengan nombor ini.

Struktur ISBN




Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian dan setiap bahagian dipisahkan dengan tanda sempang.

Faedah-Faedah ISBN

  1. Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  2. Membantu mempromosi penerbit Malaysia  dalam "Global Register of Publishers" menerusi laman web Agensi ISBN Antarabangsa.
  3. Memajukan penjualan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa
  4. Butiran penting dalam deskripsi rekod bibliografik.
  5. Pengawalan nombor bagi judul-judul yang telah diterbitkan.
  6. Memperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.
Perkhidmatan Perpustakaan Digital

Portal Repositori Digital PNM menyediakan capaian kepada koleksi-koleksi Malaysiana, terbitan-terbitan PNM, bahan-bahan pakejan maklumat serta lain-lain koleksi yang telah didigitasikan di mana ia boleh dicapai menerusi http://myrepositori.pnm.gov.my. 

Antara bahan yang telah didigitasikan yang boleh dimuat turun menerusi portal ini adalah: 

  • Manuskrip Melayu 
  • Buku Nadir 
  • Koleksi Peribadi 
  • Koleksi Negara 
  • terbitan-terbitan PNM 
  • artikel surat khabar 
  • artikel jurnal 
  • kertas kerja persidangan 
  • bahan-bahan pakejan maklumat dan lain-lain.

u-Pustaka menawarkan perkhidmatan perpustakaan digital untuk seluruh rakyat Malaysia yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui portal rasminya yang beralamat di http://www.u-library.gov.my. 

Antara perkhidmatan yang disediakan:

  • pendaftaran keahlian
  • perkhidmatan peminjaman buku dan pembaharuan peminjaman buku secara dalam talian 
  • perkhidmatan penghantaran buku dipinjam ke rumah menerusi perkhidmatan Pos Laju 
  • kemudahan pemulangan buku dipinjam menerusi mesin Gelongsor Buku 
  • capaian kepada pelbagai sumber maklumat elektronik dan sebagainya.
Antara fungsi Perpustakaan Negara Malaysia

1. Menasihati menteri tentang polisi negara bagi perkara berkenaan dengan perpustakaan.
2. Memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan 6 perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan. 
3. Memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan. 
4. Menubuhkan di dalam perpustakaan:
• Pusat penyerahan 
• pusat bibliografi negara 
• pusat kebangsaan bagi manuskrip melayu. 
5. Menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan peminjaman. 
6. Titik tumpuan negara bagi sistem maklumat negara. 
7. Menggalakkan dan meyelaraskan penggunaan sumber perpustakaan.
8. Menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara. 
9. Menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus.
10. Menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa. 
11. Mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam perkara perpustakaan. 
12. Menyediakan latihan untuk meningkatkan profesionalisme dalam perkara perpustakaan. 
13. Menggalakan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca. 
14. Menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan perkembangan bahasa malaysia. 
15. Bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 
16. Meminjamkan, menjual, atau secara lain melupuskan sumber perpustakaan.
17. Hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan PNM.

Jenis Perpustakaan

Perpustakaan ialah suatu yang berkaitan dengan buku atau koleksi,tempat, bangunan, bilik atau sudut di mana bahan koleksi dikumpul, disimpan, dikelola, diatur dan dipulihara secara sistematik dengan menggunakan sistem tertentu dan digunakan oleh pengguna secara berterusan sebagai sumber maklumat.

Terdapat beberapa jenis perpustakaan di antaranya ialah Perpustakaan Negara, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Awam,Perpustakaan Khusus dan Pusat Sumber.

Baca info setiap jenis perpustakaan dan hadamkan! 

1. Pusat Sumber

- Merujuk kpd pusat sumber sekolah
- Untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
- Koleksi berkaitan kokurikulum, kurikulum dan akademik sekolah
- Pengguna adalah pelajar, guru dan kakitangan sekolah

2. Perpustakaan Khusus
- di kategori kpd dua iaitu
i. kerajaan 
ii. swasta

i. Perpustakaan khusus kerajaan adalah perpustakaan yg wujud dlm kementerian atau jabatan kerajaan.
i.i koleksi dibiayai sepenuhnya oleh jabatan kerajaan tersebut (cth; Perpustakaan Jabatan Kimia Malaysia)
i.i.i Pengguna adalah warga jabatan.

ii. Perpustakaan khusus swasta adalah perpustakaan yg dibina oleh syarikat2 persendirian yg mempunyai koleksi berkaitan dgn perniagaan mereka (cth; Perpustakaan SIRIM yg mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM sahaja
ii.ii Pengguna adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar.

3. Perpustakaan Awam
- merujuk kpd kategori perpustakaan negeri, perpustakaan metropolitan/wilayah, perpustakaan cawangan, perpustakaan pekan/komuniti dan perpustakaan desa
- Dibiayai oleh kerajaan negeri
- koleksi adalah menyeluruh
- pengguna terdiri drpd masyarakat setempat
(Cth; Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor)

4. Perpustakaan Akademik
- perpustakaan yg terdapat di institut Pengajian Tinggi
- koleksi berasaskan kursus yg di tawarkan
- pengguna adalah pelajar, Pensyarah dan penyelidik luar
(Cth; Pdrpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor)

5. Perpustakaan Negara
- merupakan perpustakaan terbesar utk sesebuah negara
- mempunyai banyak koleksi
- menjadi pusat rujukan utama
- menjadi pusat Bibliografi Negara
- pebgguna terdiri drpd org awam, masyarakat org luar
(Cth; Perpustakaan Negara Malaysia)

Perkhidmatan disediakan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). 
  • Perkhidmatan Rujukan
  • Perkhidmatan Pinjaman
  • Perkhidmatan Kepada Penerbit
  • Sistem Katalog Atas Talian (SKAT)
  • International Standard Book Number (ISBN & e-ISBN)
  • International Standard Serial Number (ISSN & e-ISSN)
  • Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP)
  • Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
  • Pinjaman Berkelompok
  • Penasihat Pembaca
  • Pendokumentasian
  • Pemeliharaan Koleksi Perpustakaan
  • Khidmat Nasihat dan Perundingan

Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia

  • Peranan utama Perpustakaan Negara Malaysia ialah Menyimpan dan memperluas penggunaan koleksi terbitan dalam negara serta koleksi mengenai negara yang diterbitkan di luar negara. 
  • Menjadi institusi memori sejarah dan kebudayaan serta pustaka yang menyimpan, mendokumentasi dan memelihara pencapaian intelek yang telah diterjemah dalam bentuk cetak dan bukan bercetak. 
  • Koleksi Malaysiana ialah koleksi warisan negara dan bangsa Malaysia.
  • Carian katalog bagi bahan perpustakaan boleh dicapai secara dalam talian menerusi opac.pnm.gov.my

Ini adalah antara koleksi yang terdapat di PNM:

  • Koleksi Malaysiana (Cth: Koleksi Fana, Koleksi Peribadi, dsb)
  • Koleksi Luar Negara (Cth: Koleksi ASEAN, Koleksi United Nations & Koleksi Harvard)
  • Koleksi Manuskrip Melayu
  • Koleksi Bahan Nadir
  • Koleksi Terbitan Bersiri (Cth: koleksi akhbar, majalah, jurnal, dsb)
  • Koleksi media elektronik
  • Pangkalan data atas talian.

Logo Perpustakaan Negara Malaysia




Fahami apakah konsep yang diketengahkan. Ketahui apakah maksud disebalik warna, garisan dan bentuk dalam logo PNM. Kesemuanya ada maksud yang tersendiri.

Apakah maksud Pinjaman Antara Perpustakaan?


♡ Pinjaman antara Perpustakaan bermaksud suatu transaksi yang membolehkan bahan atau salinan bahan yang ada dalam koleksi sesebuah perpustakaan disediakan untuk penggunaan melalui perpustakaan lain atas permohonan.

♡ Pinjaman antara Perpustakaan adalah satu proses di mana sesebuah perpustakaan memohon untuk meminjam bahan perpustakaan daripada, atau membekalkan untuk dipinjamkan bahan perpustakaan kepada perpustakaan lain.

♡ Contoh: Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan.

♡ Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) telah dilancarkan pada 2 Jun 1998. Sistem ini ialah satu sistem lanjutan daripada perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan. Melalui sistem ini, perpustakaan boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan di perpustakaan/institusi.

========================
Baca, Hadam dan Share!
========================


PNM dibawah kementerian mana/apa?

1972–1983: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1983–1987: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

1983–1991: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

1991–2005: Kementerian Pelajaran Malaysia

2005–2006: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

2006–2009: Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

2009–2013: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

2013–2018: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

2018–2021: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya


Baca, Hadam dan SHARE!

p/s: Perlukan latih tubi yang banyak? Dapatkan Ebook Extra Seksyen ni 






Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...