Pengikut

Bagaimana scammer memerangkap mangsa?

8 STEP SANG SCAMMER

Bagaimana scammer memerangkap mangsa?




STEP 1:

Mereka akan gunakan orang-orang berpengaruh, VVIP, malah juga golongan agama dan ulama untuk mempengaruhi orang ramai. 

“Ustaz pun join. Takkan tipu kot?”

“Doktor pun promote. Takkan Doktor tipu?”

“Menteri yang rasmi program ni”

STEP 2:

Scammer ada banyak duit yang datang daripada sumber orang asing dan mereka tak akan approach direct orang Melayu. 

Mereka akan cari orang Melayu yang boleh perlu dalam untuk memerangkap orang Melayu lain.

“Kita nak bantu Melayu!”

STEP 3:

Sang Scammer akan gunakan slogan “bantu Melayu” malah mempergunakan dan menunggang agama untuk mengajak orang ramai menyokong mereka. 

Mereka akan guna orang Melayu untuk pengaruhi orang Melayu. 

STEP 4:

Sang Scammer akan tawarkan peluang untuk mengubah kehidupan dengan janji-janji manis seperti hidup yang senang tanpa tol, tanpa hutang PTPTN, tanpa perlu fikir harga minyak dan sebagainya. 

Akhir sekali mangsa sanggup menyerahkan modal dan menyokong mereka. 

“Hari ini masuk RM10, esok boleh jadi jutawan”.

STEP 5:

Akan muncul kumpulan yang menentang Sang Scammer. 

Kumpulan anti scammer yang melawan dan membongkar kegiatan Sang Scammer akan difitnah, dihina, dan dikeji sebagai orang jahat, dengki dan irihati dengan mereka.

“Ini semua tak nak tengok orang Melayu maju”

“Dengki la tu”

STEP 6: 

Jika Sang Scammer kantoi apabila gagal menunaikan janji, scammer akan menyalahkan pihak lain yang mengganggu urusan bisnes mereka. 

Mereka akan salahkan kerajaan, salahkan Bank Negara dan pihak-pihak lain untuk menutup kesalahan mereka. 

Kemudian ugut nak saman utk redakan mangsa. 

Dalam masa sama mereka akan minta mangsa supaya bersabar. 

Dan yang menariknya, mangsa percaya. 

“Ini semua salah orang tu sebab dengki”

“Kita akan saman mereka!”

STEP 7:

Apabila kantoi, mangsa-mangsa masih dalam keadaan denial syndrom masih mempertahankan Sang Scammer walaupun terang-terang kena tipu dan kena kencing. 

Kebanyakan mangsa masih berharap agar janji-janji manis Sang Scammer ditepati walaupun sudah pun dimungkiri sebab bagi Sang Scammer, janji-janji itu bukannya kitab suci. 

Mangsa scammer selalunya tidak mengaku mereka ditipu scammer. Malu woi mengaku kena kencing. 

Macam-macam alasan yang akan diberikan untuk menutup kelemahan. 

“Takkan melabur RM10 hari ini, esok boleh jadi jutawan?”

STEP 8:

Kepala bapak scammer yang merancang semua ini sedang duduk dan ketawa terbahak-bahak sebab strategi mereka berjaya. 

Mereka berjaya mendapat hasil yang mereka idam-idamkan selama ini. 

Dalam masa sama mereka berjaya memecahbelahkan mangsa scammer dan pejuang-pejuang anti-scammer. 

“Krik, Krik...”

PENGAJARAN: 

Jangan percaya Sang Scammer. Walaupun dia mengaku dah insaf, mengalir air mata darah sekalipun. Forgive but not forget. 

Barang siapa yang bersekongkol dengan Sang Scammer pastinya tidak suka status ini dan kepanasan serta tidak mahu like, komen mahupun share status ini.

Untuk mengelak diri daripada ditipu oleh scammer, caranya ialah dengan cara tingkatkan literasi kewangan.

Dalam buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW mengandungi 7 Modul Kewangan I.N.F.A.Q, iaitu

1. Aliran Tunai

2. Aset dan hutang

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pewarisan


Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna. 

Buku ini adalah buku fizikal yang sedang dalam pembikinan dan cetakan. Pembeli akan terima pada bulan hadapan. 

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza. 

Memandangkan ia adalah pra-cetakan, untuk mengelakkan pembeli rasa lama menunggu, kami sediakan HADIAH ercuma bagi 1,000 pembeli pertama. 

1,000 pertama akan dapat hadiah 2 hadiah

1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!

2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.





Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...