Terkejut memang terkejut barang-barang yang biasa tengok, biasa nampak namun boleh jana pendapatan. Dalam USD tu. Duit United Kingdom GBP pun boleh dapat. Duduk di Malaysia je tapi boleh laku barang-barang ni di luar negara.
Siapa sangka dengan menjual barang-barang seperti dibawah boleh hasilkan pendapatan tambahan. Target setiap orang berbeza namun apa salahnya cuba jual barang ni. Mana tahu boleh bayaran ansuran bulanan motor, kereta ataupun sebahagian duit rumah.
Barang-barang ini memang dah terjual di eBay kepada pembeli dari luar negara. Terjual dalam USD ye. Boleh “eksyen” dengan kawan-kawan “wah aku jual barang ni pun boleh dapat USD”.
Tahu tak barang apa di atas? Cetak kuih semperit. Murah barang ni. Tak sampai RM5. Tengok sampai 17 unit terjual. Satu unit terjual dengan $10.90 USD dengan kos penghantaran $19.90 USD. Kos penghantaran memang tinggi sikit tapi masih ada permintaan. Untung penjual ni ambil peluang.
Harga jual termasuk harga penghantaran ialah $30.80 USD bersamaan RM120 lebih. Kos beli barang tak sampai RM5. Sudah tentu terdapat kos lain seperti kos penghantaran dan kos yuran eBay dan Paypal.
Sudah 166 unit terjual. Banyak tu. Setiap unit terjual dengan harga $16.45 USD dengan kos penghantaran yang dikenakan adalah $26.00 USD. Jumlah harga terjual termasuk kos penghantaran ialah $42.45 USD iaitu bersamaan lebih kurang RM170.
Harga acuan kuih ni tidak sampai RM20. Terjual dengan harga RM170. Bijak kan penjual ni.
Acuan kuih ni pun laku juga. Sudah 2 unit terjual dengan harga jualan $62.80 USD termasuk kos peghantaran. Kos beli barang ni dalam RM40 hingga RM50. Anda boleh kira sendiri berapa harga jualan $62.80 selepas ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.
Asyik acuan kuih je laku. Barang lain tiada yang laku ke? Ada banyak lagi barang lain yang laku. Macam contoh di atas. Pernah nampak tak marker ni?
Kadang-kadang bila fikir balik macam tak logik pula mat salleh beli barang ni. Benda biasa-biasa ni. Namun peluang yang ada jangan dilepaskan.
Alat tulis juga ni yang laku. Sama macam contoh sebelum ni cuma yang ni penjual lain daripada contoh yang sebelum ni.
Baju kaftan ni pun laku juga. Jangan kata mat salleh tak suka baju ni. Boleh tengok harga terjual iaitu $31.01 USD dengan kos penghantaran $7.00 USD. Tukarkan dengan Ringgit Malaysia dah lebih RM150. Siapa boleh bagi kan?
Semua penjual ni dari Malaysia dan barang yang terjual ini dibeli oleh pembeli dari luar negara. Ada beribu-ribu lagi contoh barang terjual setiap hari di eBay. Untung dari segi tukaran matawang.
Langkah nak mula menjual di eBay ialah dengan buka akaun eBay untuk menjual barang. Untuk menerima pembayaran perlu buka akaun PayPal. Selepas berjaya buka akaun PayPal anda boleh terima duit dari seluruh dunia dengan hanya perlu memberi alamat email. Tak perlu beri nombor akaun bank kepada bakal pembeli.
Cara nak pos barang ke luar negara ada diterangkan dalam Panduan Export Mudah. Kurier yang boleh digunakan semasa musim covid19 ni seperti DHL Express, Aramex, FeDex, Singapore Post, Flickpost dan juga beberapa lagi kurier. Untuk makluman Pos Malaysia sudah menghentikan pos barang ke luar negara bagi servis Flexipack International.
Contoh order yang dapat dari eBay dan masuk ke akaun PayPal adalah seperti di atas. Jika ingin mendapatkan jualan dalam duit United Kingdom iaitu GBP jual di eBay United Kingdom. Jika ingin dapatkan duit dalam USD, jual di eBay USA.
Untuk akaun eBay yang baru, duit akan eBay tahan selama 21 hari bagi memastikan penjual menghantar barang dan tiada masalah dengan transaksi barang yang terjual. Selepas semuanya tiada masalah boleh keluarkan duit dari akaun PayPal ke akaun bank Malaysia seperti dibawah.
Dalam Panduan Export Mudah ada ditunjukkan cara-cara buka akaun eBay, akaun PayPal, cara nak pos barang ke luar negara, masalah dan solusi dalam menjual di eBay. Ianya boleh menjimatkan masa. Yang penting baca dan tengok video sebelum mulakan. Insha Allah boleh berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan