Pengikut

Kisah Pelabur Tersontot

Kecoh isu pelabur hartanah "tersontot" dek terbeban dengan hutang hartanah. Khabarnya, dia buat multiple submission untuk beli beberapa hartanah serentak, selepas belajar dari seorang Sifu Hartanah. 

Multiple submission ialah menghantar beberapa application pembelian rumah secara hutang kepada banyak bank secara serentak. Maknanya, kalau nak beli 5 rumah, hantar 5 application serentak kepada sekurang-kurangnya 5 bank.

Jadi, setiap bank hanya menyemak kelayakan peminjam berdasarkan rekod sedia ada dan tak mengetahui bahawa ada 4 lagi application daripada peminjam yang sama kepada bank lain.

Jika semua bank meletakkan pra-syarat yang sama dan pemohon mempunyai rekod kewangan dan CCRIS yang cantik, kebarangkalian besar permohonan 5 buah hartanah tadi diluluskan. 

Ini ialah pro dan kontra multiple submission:

PRO

- Dapat manipulasi kelemahan sistem bank.

- Dapat beli rumah lebih daripada kelayakan sebenar.

- Dapat levarage OPM (others people's money) 


KON

- Apabila membeli rumah melebihi kelayakan sebenar bermakna ia juga di luar kemampuan sebenar kita.

- Jumlah hutang tak mamadai kedudukan aliran tunai kita

- Ansuran bulanan juga akan melebihi kemampuan sebenar pendapatan kita.

Dalam modul Bijak Merancang Wang, mengandungi penyata aset dan hutang ini (rujuk gambar) untuk menyemak sama ada hutang yang kita miliki itu sihat atau tidak.

Ya, kewangan juga ada tahap kesihatan. Ia memerlukan "financial check up" sebagaimana tubuh badan memerlukan medical check up.

Buku Manual Wang #BMW3series mengandungi format untuk menyemak sendiri tahap kesihatan kewangan kita. Gambar di atas adalah sample sebahagian buku manual ini.

Detail buku manual ini di www.WorkBookBMW.com







Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...