Berdasarkan statistik Malaysian Department of Insolvency (MDI), hutang pinjaman kereta dikenal pasti menjadi punca utama kalangan rakyat mengalami muflis.
Jumlah ini adalah sebanyak 27.18 peratus daripada punca keseluruhan kes muflis.
Daripada sejumlah orang yang diisytiharkan muflis di negara kita, seramai 34.42 peratus adalah terdiri kalangan rakyat yang berusia antara 35 hingga 44 tahun.
Perangkaan menunjukkan daripada tahun 2013, sehingga Februari tahun 2017, sebanyak 23,191 kes muflis telah tercatat disebabkan tidak berupaya menjelaskan hutang pinjaman kereta.
Beli kereta tak salah. Tapi ramai yang beli kereta yang salah.
Ukur baju di badan sendiri.
Formula ampuh untuk mengelakkan kereta yang kita beli menjadi kenderaan yang membawa ke #nerakawang ialah, harga kereta jangan lebih dari harga setahun pendapatan.
Kalau pendapatan bulanan RM2,000 maka harga kereta jangan lebih daripada RM2,000 X 12 = RM24,000.
Masih boleh beri kereta jenama Bangsa H, tapi yang terpakai la. Tak dapat second hand, boleh cari third hand, forth hand sampai dan seterusnya.
Malu pakai kereta lama? Nak pakai kereta baru? Carilah kereta kompak. Ada kereta Bangsa V. Bukan Vios, tapi Viva.
Malu pakai kereta kecil? Malu nanti apa kata orang lain grad universiti pakai kereta kecil? Nak pakai kereta mahal juga lepas grad? Mahalkan dahulu pendapatan.
Nanti pendapatan dah "mahal", boleh beli kereta mahal. Bukan setakat Honda, Vios, dan sebagainya. Mustang pun boleh. Tapi harga kereta jangan lebih setahun pendapatan.
Beli kereta bukan sekadar bayar ansuran bulanan kepada bank.
Ia meliputi perbelanjaan lain seperti petrol, maintenance, tol, parking, servis, aksesori, bateri, takaful, cukai jalan, tayar, aircond dan segala macam perbelanjaan mak nenek.
Masa mula-mula beli kereta mungkin tak perasan sebab bayaran ansuran sahaja. Kemudian perasan hanya petrol, tol dan parking.
Tapi bila dah masuk 2-3 bulan, baru perasan ada kos servis dan maintenance.
Masuk setahun, baru perasan pasal kos insurans takaful, cukai jalan, major servis dll. Masa ni dah start guna kad kredit. Tambah satu lagi hutang.
Masuk dua tahun, baru perasan pula kos maintenance tayar, air cond, timing belt, bateri dan lain-lain tadi. Tak cukup kad kredit, ambil pula "personal loan" untuk cover hutang kad kredit yang makin menimbun.
Tak masuk lagi kos balik kampung, kos percutian, kos baiki kereta sebab kemalangan kecil...
Tahun ketiga pakai kereta mula salah bank, salahkan kerajaan, salahkan kapitalis, salahkan Yahudi, salahkan Zionis, salahkan Rostchild.
Pendek kata, semua salah kecuali diri sendiri.
Tak perasan, diri sendiri dah mula terjerumus ke #nerakawang.
Kisah berlaku di Wakanda. Jangan lah sentap sangat.
Di Malaysia tak berlaku semua ni.
Harap maklum.
- Afyan Mat Rawi
Pernah tersalah beli kereta Kancil lepas grad, sampai sekarang menyesal.
Jualan #eSeminarBMW dibuka kembali. Klik www.seminarbmw.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan