Pengikut

Scammer ada di mana-mana sahaja

Masa harga emas turun, ramai orang cari emas, muncul ramai scammer emas. Contoh Tok Penyangak, Khianat Bangsa dan segala macam jenis scam. 

Masa harga hartanah naik, akan muncul scammer hartanah. Contoh, Ostad Norscam, Boboiboy Iman.

Masa harga Bitcoin naik, muncul macam-macam scam Bitcoin. Mereka bagi tawaran untung bulan-bulan, join Bitcoin dan sebagainya.

Masa saham naik macam sekarang ni pun pastinya akan muncul macam-macam scam yang gunakan "saham" sebagai modal mereka.

Emas, hartanah, Bitcoin dan sebagainya adalah komoditi. Ia hanyalah alat.

Kawan, berhati-hati dengan apa sahaja peluang pelaburan dengan 3 ciri berikut:

1. Menawarkan keuntungan bulan-bulan dengan hanya bagi duit dan duduk goyang kaki tunggu duit masuk. Tak adanya orang nak bagi duit bulan-bulan tanpa buat apa-apa kecuali scam. 

2. Yang memberi JAMINAN pulangan melebihi 10% setahun! Apatah lagi kalau 10% sebulan. Kalau betul la ada skim pelaburan yabg boleh bagi JAMINAN sebanyak itu, boleh cadangkan PNB, KWSP, TH ke sana.

Kalau ada, tunjukkan saya skim-skim yang ada 2 ciri di atas yang dah bertahan lebih 5 tahun? Ok, saya bagi diskaun, lebih 3 tahun. Tolong tunjukkan saya. 

Kalau ada jumpa tawaran pelaburan dengan ciri di atas, tolong lari jauh-jauh 200km/j dan kemudian duduk untuk menghela nafas panjang-panjang sebelum buat keputusan.

Kebarangkalian besar untuk kena sontot.

Biar menyesal tak melabur, daripada menyesal lepas melabur.

Jangan menyontot dan tersontot. Menyontot itu haram, manakala tersontot itu bodoh. 

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian hilang pendapatan.




- Afyan Mat Rawi

Penulis Buku Tersontot Di Pintu Shorga




Belajar ilmu kewangan di www.WorkBookBMW.com



Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...