Pengikut

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH







••••••••••••••••••••••••••

Bahan 

Ayam Kampung - potong la ikut suka
Serai 10 batang
Daun kari 5 tangkai

Bahan Kisar

Bawang merah 7 biji
Bawang putih 5 biji
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Biji ketumbar 2sb
Serbuk jintan putih 1sk
Serbuk jintan manis 1sk
Serbuk kunyit 1sb
Gula melaka 3sb (hancurkan dulu)
Gula perang 1sb
Garam secukup rasa
Aji nomoto 1/2 sudu teh

Cara Menyediakan

1) Hiris serai kasar2 kemudian blend kasar2 .. kejap2 je pusing ... agak2 la k .. tengok dekat gambar serdak tu..ok pastu keluarkan

2) Blend semua bahan kisar..campur je semua, kisar sampai halus..kemudian keluarkan .. campurkan dengan serai yg dah kisar tadi ... gaul2 sebati.

Rasa manis masin ke..tambah je ikut selera..

3) Kemudian lumurkan kat Ayam .. perap 1 malam .. dalam 8 jam la lebih kurang.

4) Selepas perap .. tapis ayam .. buang Air perapan .. asingkan rempah .. pastu Ayam tu di kukus dulu hingga lembut .. Rempah jgn buang yeee...Buang Air je

5) Selepas kukus .. goreng Ayam sampai kekuningan ... goreng semua Ayam sampai habis dulu ...

6) Akhir sekali baru goreng Rempah perap Ayam k..goreng sampai gareng..dah gareng baru masukkan daun kari..kacau2 kejap..

tapis buang minyak... dan taburkan ke atas Ayam.... siapppppp




p/s: Sedia dihidangkan bersama nasi kukus, nasi biasa pun boleh..sama je 😬😬...taruk kuah kari..kari apa2 je..timun & sambal belacan...okey SELAMAT MENCUBA 😄




Bismillah 😘😘

Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...