Pengikut

Projek Tuisyen

Ah ha! Sejak covid-19 melanda.... saya perasan.. ramai anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran mereka. Terutama sekali anak-anak yang baru nak masuk sekolah pada tahun lepas, iaitu anak-anak yang berumur 6-7 tahun.

Anak-anak yang umur 6-7 tahun ini, pada tahun lepas, mereka sepatutnya masuk sekolah tadika atau darjah 1... pada umur tersebut, mereka akan belajar asas membaca, menulis dan mengira.

Saya perhatikan, teknik PdPR untuk anak-anak umur 6-7 tahun ini.. tidak berkesan. Tak boleh jalan orang kata.

Untuk anak-anak yang darjah 4 keatas dan sekolah menengah, saya lihat, anak-anak saya, bolehlah juga mereka "catch-up" dengan kaedah PdPR ni... tapi untuk anak umur tadika dan darjah 1... teknik PdPR ni tak begitu membantu.

Disebabkan itu, ramai anak-anak yang kini berumur 7-8 tahun sekarang ni, masih lagi tidak pandai membaca ataupun mengira (tambah, tolak, darab).

Malah Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.

Saya nampak benda ni benar, sebab saya ada anak yang berumur 6 tahun... pada tahun ini dia bersekolah tadika... selalunya, apabila sudah masuk pertengahan tahun begini, kanak-kanak 6 tahun selalunya sudah boleh mula mengeja dan membaca perkataan 2 suku kata..... tapi saya lihat anak saya sendiri, huruf ABC pun dia masih terkial-kial dan belum kenal sepenuhnya.

Jadi, idea projek ini adalah merupakan juga projek yang akan saya jalankan iaitu projek tuisyen anak dimana, saya akan buat seakan-akan kelas tuisyen dan mengajar sendiri anak saya sehingga dia boleh pandai membaca dan mengira.

Saya tidak boleh lagi letakkan harapan atau tugas pengajaran ini kepada cikgu di sekolah... tetapi saya perlu ambil tangggungjawab tersebut.

Jadi, saya sudahpun beli beberapa bahan mengajar seperti flash card, apps belajar, buku latihan, papan whiteboard dan juga beberapa permainan learning based untuk memulakan projek tuisyen ini kepada anak saya.

Jika anda pun turut mempunyai anak sebaya anak saya, mungkin anda pun boleh buat projek ini!.. Silap-silap, lepas habis covid ni nanti, anda boleh ajar anak-anak jiran pula dan tak semena-mena boleh buat bisnes home tuisyen pula.. ho ho ho! :)




Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...