Pengikut

Tak Pasti Nak Letak Harga Murah Atau Mahal Untuk Produk Bakeri Anda?

Ini 2 Formula TERBAIK Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menetapkan Harga Yang Benar-Benar Mesra Pembeli Tapi Mampu Menguntungkan Bisnes Bakeri Anda!

Ada orang cakap, nak tetapkan harga terbaik untuk produk bakeri kena tengok tahap pendapatan sesebuah komuniti tersebut.. 

Ini bermakna kalau anda menjual produk bakeri anda di komuniti orang kaya, anda perlu menjual dengan harga yang mahal DAN jika anda menjual produk di komuniti rakyat marhaen, anda perlu menjual dengan harga yang murah.. 

Err.. Betul ke harga produk bakeri ini ditetapkan oleh darjat seseorang?

Tapi ada juga orang cakap, nak pastikan produk anda cepat habis dan laku keras terjual di pasaran, anda perlu meletakkan harga yang rendah.. Dan ada yang cakap juga untuk mendapatkan untung yang banyak, anda perlu menjual setiap produk bakeri anda dengan harga yang lebih mahal dari biasa..

Jadi harga mahal atau harga murah, mana satu yang perlu diletakkan untuk produk bakeri anda?

Sebagai pemilik bisnes Bakeri, pastinya hal menetapkan harga ini boleh memeningkan kepala anda.. Mana taknya, nak letakkan harga murah nanti tak balik modal pula.. Nak letakkan harga mahal pula nanti tak ramai yang sudi membeli.. Habis tu apakah solusi terbaik untuk atasi masalah ini?

Sebenarnya formula TERBAIK untuk tetapkan harga sesuatu produk Bakeri anda adalah bergantung kepada faktor harga kos bahan mentah yang digunakan beserta kos utiliti anda.. Dan formula meletakkan harga ini berbeza-beza bagi produk yang dijual seunit-seunit seperti kek dengan produk yang dijual dalam bentuk 1 set..

Ini 2 Formula TERBAIK yang boleh anda gunakan untuk menetapkan harga produk Bakeri anda..

#1 - Formula Letakkan Harga Produk Yang Dijual Seunit

Kos Bahan + 30% Kos Sampingan + Upah + Kos Packaging Produk = Harga Jualan

  • Kos bahan - jumlah kos setiap bahan yang digunakan untuk hasilkan produk bakeri
  • Kos sampingan - jumlah kos-kos tambahan seperti elektrik, pengangkutan, air dan sebagainya
  • Kos upah - adalah upah setiap jam yang perlu anda bayar kepada diri anda sendiri untuk siapkan produk bakeri
  • Kos packaging produk - jumlah kos yang dikeluarkan untuk pembungkusan produk bakeri
#2 - Formula Letak Harga Produk Mengikut Set

Kos Bahan X 3 = Harga Jualan

  • Kos bahan - jumlah kos setiap bahan yang digunakan untuk hasilkan produk bakeri
  • Nilai "3" ini adalah jumlah kos-kos sampingan, kos upah dan sebagainya.. Kos ini adalah dikira 3 kali ganda daripada kos bahan.

Tak kiralah harga mahal atau murah yang anda tetapkan, pastikan harga produk anda melebihi segala kos-kos untuk menghasilkan produk bakeri tersebut mengikut formula di atas.. Ini dapat memastikan anda tidak rugi dan memastikan anda mampu menjana keuntungan hasil penjualan produk bakeri tersebut..

Dan sila pastikan setiap produk bakeri yang dihasilkan ini berkualiti DAN dihasilkan dengan bersungguh-sungguh mengikut resepi yang betul.. Kualiti dan kesedapan produk bakeri anda inilah yang menjadi daya penarik untuk pembeli terus membeli berkali-kali dengan anda.. Inilah sumber keuntungan lumayan anda!

Untuk memastikan anda mampu membina Bisnes Bakeri dari rumah yang betul-betul berjaya, anda perlukan ILMU BISNES BAKERI yang cukup.. Dengan ilmu bisnes bakeri ini, anda mampu menjalankan bisnes anda dengan lebih lancar dan mampu mengelakkan segala risiko kerugian akibat kesilapan teknikal..

"Nak Belajar Cara SEBENAR Membina Bisnes Bakeri Yang Berjaya?"

Untuk belajar buat kek, roti atau pastri yang sedap, anda boleh menghadirkan diri ke kelas-kelas yang dianjurkan pada setiap hujung minggu.. Banyak yang boleh anda pelajari dan ini mampu membantu anda menghasilkan produk bakeri yang lebih berkualiti.. Anda juga boleh pelajarinya dari Youtube dan hasilkannya sendiri di dapur anda..





Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...