Pengikut

Sape boleh buat sistem macam onpay?

Ramai nak buat sistem & kalau nak tahu ramai boleh buat sistem ni.. sebijik macam onpay pun boleh



tak caya?

bayar je programmer suruh buat sama macam buat kek.. ramai giler buat bakes a cake tapi hasil mesti ada slightly berbeza

kenapa?

anda tahu jawapannya.. sebab korang pun pernah kan konon nak buat kek sama cam viral tapi x jadi kan? 🤣

ok2..

berbalik pada cerita tadi.. its just not pelaburan rm1 juta atau lebih tapi banyak benda anda kena laburkan dalam membangun sesuatu benda

nih 5 abe bocor rahsia sebagai hadiah korang doakan abe sihat:

✅ 1- INFRA

Kalau korang ingat dulu2, onpay nih kerap down walaupun kami dh guna web server tahap dewa.. bukan murah ya kami bayar bulan2.. lagi teruk down masa hari raya.. hahaa kami x raya hokay.. mengadap sistem down & kritikan pedih user..

siapa kami? orang kuat abe dari dulu hingga kini Firdaus Roslan, Mohd Hafizuddin M Marzuki, Akif Rabbani kami hadap ni semua & tak ramai tahu.. yang penting kami nak sistem up balik user suka

Bila cek rupanya 2 sebab:

  • ddos dari mereka berhati busuk
  • request user yang agak tinggi terutama waktu launching @ peak hour

Alhamdulillah dari 2014, hingga kini, kami boleh menarik nafas lega sebab down kini hanya boleh dikira dengan jari.. itu pun minimal sebab komputer kan, ada je waktu dia pening tibe2 🤣

kos? tak usah cakap.. yang penting solved the issue & user berpuashati.. hanya yg biasa guna shared webhosting murah & kerap down je tahu betapa kecewanya jika web kerap down.. kan kan?

✅ 2- BRAND

Dulu nama lama Onpay adalah SISPEL.. Sistem Pembayaran Online.. tapi bila nak komersialize & register nama company, tak gah.. godek2 kluar idea Onpay..

ingat sistem siap ni terus orang nak guna?

tak ya.. dari 2014 hingga 2015, hanya beberapa manusia sahaja sanggup guna termasuk sifu besar fbads Firdaus Azizi & beberapa manusia yang percayakan abe.. Alhamdulillah & mereka masih gunakan OnPay

cuma anda kena jawab, kenapa mereka kena gunakan sistem anda & bukan sistem lain??

malah guna wordpress hosting sendiri lebih murah..

jika anda boleh berikan value ni, then sistem anda memang pilihan ramai..

iya onpay bukan big brand, tapi cukup jika ramai usahawan berpuas hati & berjaya uruskan bisnes online dengan mudah guna OnPay..

✅ 3- RELIABLE SERVIS

Buat ape akau bayar mahal kalau semua aku kene hadap.. kene dengar rintihan korang sebab provider..

betul kan?

itulah maksudnya reliable servis.. user tak perlu pening bab yang mereka tak pakar..

mereka hanya perlu pening tarik visitors ke form/web onpay mereka sahaja.. the rest bab teknikal part biar onpay uruskan..

bukan ke mudah tu..

✅ 4- CUSTOMER SERVICE

ALLAH.. apa yang abe belajar, bab inilah yang menentukan samada user bertambah marah @ bertambah suka dengan sistem kita

hebat macamana pun sistem kita, jika pengguna tak dibantu dengan baik, nothing power dan hebat sistem kita di mata user

bertahun abe belajar & perbaiki dengan team untuk perkemaskan bab ni..

walaupun masih tak sempurna tapi slow2 makin baik..

abe selalu cakap kat team.. apa korang jawab tu pastikan jawab macamana customer service celcom @ bank jawab.. malah kalau boleh, pastikan lebih baik.. itu benchmark abe letak bab customer service

biar orang kata, compeny kecik jer tapi customer service kalah bank 😅

✅ 5- KEEP UPDATED

Ya rabbi..

ini benda paling wajib dalam bangunkan suatu sistem..

nak kekalkan sistem sentiasa updated.. bukan sahaja kene update ikut perkembangan browser, gajet & terms yang makin mengarut malah demand user juga perlu dikemaskini

yes..

banyak benda kita bangunkan ikut kehendak kita.. tapi perkemaskan ikut kehendak user sebab mereka yang nak guna pada akhirnya..

itulah OnPay.. abe memang bina asalnya untuk abe pakai jual kelas, ebook & produk abe..

tapi lebih seronok bila kami buka group untuk user luahkan pendapat apa mereka nak dalam OnPay.. itulah apa anda nampak hari ini..

& jawabnya OnPay takkan pernah complete sebab demand user takkan complete sampai bila2.. kami cuba penuhi sebaiknya

itu juga kami dari awal tahun lepas buat proses revamp pada sistem sebab total sebab onpay asalnya di bangunkan pada custom php so bila nak kemaskini agak sukar terutama jika pada keperluan yang besar

jadi kami buat keputusan untuk hold semua update sehingga siap proses revamp besar-besaran ni..

✅ 6- MARKETING (BONUS)

Ini penting dalam apa2 busines anda ceburi..

marketkan bisnes anda sebaiknya supaya lebih dikenali ramai..

bila dah terkenal pun jangan stop supaya mereka masih bangga gunakan jenama anda..

berapa pelaburan abe dalam marketing?

not a small amount..


tuh belum lagi nak cover @ betulkan kesilapfahaman atas satu2 isu pada sistem




jadi dengan semua ni, anda rasa pelaburan RM 1 juta cukup?




ok. bereh..












Disebabkan benda teknikal ni saya rela guna Onpay untuk mudah kerja. Tapi bab teknikal biar Onpay pening kepala. Hahaha















Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...