Pengikut

PENTING SANGAT KE BELAJAR COPYWRITING NI?

Mau tak penting. Copywriting ni lah yang jadi ‘Orang Tengah’ antara kita dengan sales.

Kalau kita tak belajar teknik atau seni memujuk dalam ayat copywriting, macam mana kita nak tarik bakal pelanggan untuk pm/wassap/mesej kita.

Kalau nak tarik orang pun tak boleh, macam mana kita nak pujuk bakal pelanggan kita untuk membeli dengan kita.

Kita nak close sales pelanggan pun kena guna skill copywriting. Sebab ada aktiviti memujuk bakal pelanggan untuk dia beli dengan kita, bukan dengan pesaing kita.

Kita nak design flyers atau banner, pun perlukan skill copywriting. Sebab kita nak orang pandang flyers atau banner kita terus rasa nak cuba beli.

Nak menyanyi atas pentas pun kita kena pujuk hati juri dan penonton supaya puas hati dengan persembahan kita. Kena tampil menarik, unik, dalam masa sama menghiburkan.

Kegunaan copywriting ni tersangatlah luas dalam kehidupan harian kita, terutamanya dari sudut bisnes, sales, dan marketing.

Copywriting dengan bisnes ni bagai isi dengan kuku, ataupun aur dengan tebing, atau irama dan lagu. Memang tak dapat dipisahkan.





Tiada ulasan:

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕

𝗣π—₯𝗒𝗠𝗒 𝗖𝗔π—₯π—₯𝗒𝗧 π—–π—”π—žπ—˜ ᡇʸ 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗕 🌹 πŸ“† 11-24 Jun 2024 sahaja‼️ πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 𝟯𝟡.𝟡𝟬 𝗷𝗲𝗿 πŸ’°Harga lelong π—₯𝗠 ...