Pengikut

Mengapa? Apa terjadi?


Air mata tertumpah tanpa mampu ditahan lagi pada muka surat 17.

Ya, muka surat 17!

Saya memandang sekeliling risau seandainya ada yang melihat. Syukur semua sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Mengapa? Apa terjadi?

Muncul keinsafan yang menerpa ke segenap hati dan sanubari.

Luahan dan garapan penceritaan pengalaman seorang hamba Allah yang pernah diuji benar-benar memberi kesan emosi yang tidak kurang dalamnya kepada diri saya.

"Aku merintih dan merayu. Hanya Allah tempat mengadu tika itu.

Aku mula dapat rasakan kasih sayang Allah melalui ujian. Aku mula rasakan cinta Allah melalui ujian.

Aku mula rasakan rindunya Allah dalam rintihan serta rengekan tangisku".

Ayat-ayat itu benar-benar membuat hati bagai ditusuk-tusuk.

Perlahan-lahan saya meneruskan bacaan. Banyak ayat telah saya garisi kerana ia bukan sembarangan ayat yang hanya memenuhi ruang.

Ia ayat-ayat yang memberi kesan.

Terima kasih Tuan Zuhairi Nopiah
Saya teruskan bacaan.

(Puan Ema Suriati Mohd Ridzuan)
Guru
.

Kini buku PSB boleh didapati dengan mudah iaitu secara online sahaja. Klik,


Percaya Sebelum Berjaya!






Tiada ulasan:

Strategi Melupuskan Hutang

STRATEGI MELUPUSKAN HUTANG 1. Berhenti membuat hutang baru 2. Senaraikan hutang dan jumlah ansuran bulanan, serta kadar, kadar sebenar (effe...